06 January 2015

Berkelah Di Pantry

Hai semua. Dah setat lah cerita pasal makan aje ni. Tadinya opismet aku, Kak Paghah siap whatsapps dalam group. Katanya lunch nanti jangan keluar, dia masak. Siap awal-awal bagi menunya iaitu gulai lemak labu, ikan goreng, salad telur. Sambal belacan je takda sebab cili habis. Katanya. Aku pun volunteer nak beli sambal belacan kat cafe bawah opis ni. 

Time lunch, turun pantry technic dept. Tengok menu, auwww sedapnyaa. Kelip-kelip mata. Hahahaha. 


Gulai lemak labu. 
Sedapnyaa. Makan panas-panas.
 Macam mak aku masak. Labu empuk dan lemak manis. 
Ada daun kunyit macam biasa. 
Tapinya Kak Paghah buh serbuk kunyit sikit.
Kalau mak aku, gulai lemak labu kaler putih je. 

Gulai lemak labu begini gu dia adalah sambal belacan lembik, 
dan juga ikan goreng. 
Aku pun turun pegi beli sambal belacan dan sedikit ulam ulaman. 


Amacam, rasa terliur tak melihatnya?
Hehehe aku macam biasa, dua kali tambah hehe.
My fav ni. 

TQ Kak Paghah kerana rajin memasak dan membawakan kami bekalan yang sedap-sedap. Siap nasik pun ditapaunya juga. Semoga dimurahkan rezeki ye kak. Next time, buat potluck pulak. Hehehe camtula kitorang kat sini.Ada geng makan-makan, semua suka makan. Kalau aku dapat tukar office nanti, mesti aku akan merindui semua ni. Mesti punya. 

Korang, suka gulai lemak labu tak?



16 comments:

Nur Inani said...

nani tak minat gulai labuu. kalau ibu masak makan kuah aje. heee :D

eima said...

penah makan tp bkn selera aku dik .... tp MIL suka benor mkn masak lemak labu ...kami org kedai ni harus la gulai dihati hehehhehe

GREENJADE said...

suka gak tp lg suka lepat labu...adehh tetiba meleleh ayaq mata..huhuhu

MizzTina said...

gulai lemak labu ada pulak ikan kering.. perghhhhh..

HanNis SaNia said...

bestnya. hihihi arini still xde mood nk bekerja lps cuti lm :'(

Daddy Ziyyad said...

meleleh air liur...hahaha

sama la taste kita...kalau makan gulai lemak labu, mesti ada sambal belacan, lepas tu, ikan goreng ! hahaha

cik hani said...

TAK PERNAH TRY YANG LABU TU..
nampak macam sedap jer..

LYAfrina said...

meriah....

lya x makan juga gulai labu ni

Amanda Suria said...

akak x leh makan gulai labu...nanti semput..hehehehe...

iryanty ahamad said...

salam kenal..yan tak suka gulai labu..tapi kuahnya yan suka..

iryantyahamad.blogspot.com

Ellina said...

memang pebret lemak labu ni..letak kuah bnyk2,lenyek labu kat nasik,pastu tambah kicap..mkn pulak dgn ikan goreng panas2,memang bertambah la hihi..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
bestnya ada pembekal makanan kat opis he3
kem salam kat kak paghah yer he3

mardiana abu darin said...

Kombinasi yg hebat! Kalo diana mesti nak ade ikan masin Dan sambal goreng....wahhh menjilat jari tau...

aizamia3 said...

Mana boleh tolak menu macam tu.. favourite kot.. ;)

Mar Mansor said...

seronok dapat office mate rajin masak ni

eMMe said...

gulai lemak labu?
saya suke labu wat pengat @ bubur, sebab rasa labu tu manis..so, tekak ni takleh trima gulai labu, ngadakan, heee~