19 January 2015

Keranamu Apple

Apple. 

Dua tiga hari ni heboh diperkatakan tentang apple. Bukan dak apple my darling tu ya. Hehehe. Tapi dua jenis buah apple yang dikatakan dicemari bakteria 'listeriosis'. Apple jenis Granny Smith & Royal Gala dari California. Jadinya penjualan dua jenis buah apple tersebut telah ditarik balik daripada pasaran di Malaysia dan beberapa buah negara lain. 


Royal Gala


Granny Smith

Memang takde kes lagi kat Malaysia ni. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, memang kena tarik balik la penjualannya kan. lagi-lagi ada kematian di Amerika Syarikat dan Kanada.

Aku, memang suka makan apple. Aku tak suka apple hijau sebab masam.  Lepastu royal gala ni memang aku suka dan selalu jugak makan. Kalau ke jayen beli barang dapur, tangan laju je capai buah apple. Royal gala kan rangup dan juicy. Selain daripada Royal Gala ni, aku suka juga ambil Apple New Zealand yang dah siap packing satu plastik tu. Geram je tengok buahnya merah tu. Bila balik umah, sambil tengok tv ngap ngap buah apple dengan dak apple. Dia pun suka buah apple jugak. Tapi kat umah kami, memang ada je stok buah-buah. Dua-dua pun gila buah. 

Untuk semua, berhati-hati ya membeli apple. Nampaknya aku kena berhati-hati kalau nak minum jus apple ni. Stop kejap jus apple asam boi bagai-bagai tu hehehe.

Take care semua. 





4 comments:

Nur Inani said...

setakat ni stop dulu makan epal. dah lah teliur nak minum jus epal sam boi.

eima said...

ala br beli 2 biji apple ari tu .... hijau tak prasan jenama ape ... kena lempar bunag je la .. tak brani aku haaiisshh

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

takut jugak kan eka.. tapi nasib baik lah akak suka makan apple fuji jer..hehehe

LYAfrina said...

huhu..lya dh buang epal y beli utk bento asya..