20 January 2015

Mee Goreng Legend

Hai semua. Alamak pasal makan lagi. Hahaha takde modal dahla nak up. Tapi kalau pasal makan-makan banyak modal aku nak up buat entry.

Kali ni nak cerita mengenai satu kedai makan popular kat kampung nenek aku. Kampung nenek aku terletak di salah satu daerah yang berada di dalam negeri Perak. Sempadan Selangor. Cukup sampai situ hint dia hehehe. 

Menu popular ' Mee Goreng'.

Kedai ni memang dah lama. Lama gila. Sejak aku lahir dah ada dah kedai ni. Anak ownernya ada sebaya aku dan juga sebaya adik perempuan aku. Aku sekelas dengan anak ownernya hehe. Kedai ni jugak jadi port mengopi orang kampung pada waktu petang hari sebab buka waktu petang pukul 3 sampai malam pukul 10.00 malam. 

Dulu kedai ni kat tepi padang. Tapi sejak padang tu dibesarkan, owner dah meniaga kat depan rumah dia. Dia besarkan depan rumah dia. Memang lagi senang la aku nak pegi kedainya. Hihi dekat je ngan umah nenek aku. Aku siap ajar dak apple makan kat sini. Dia pun dah jatuh cinta dengan mee goreng kat kedai ni. Asal lalu je, kalau tak makan lagi mesti nak singgah. 

Sabtu haritu dak apple baru kebah demamnya. Petang tu dia ajak pegi makan. Nak hirup sup-sup katanya. Kebetulan nak balik kampong, aku terus ajak dia ke sini. Dak apple makan laksa. Aku makan mee goreng. Ermm nyum nyum. Sedap. 



Rasanya masih sama macam dulu-dulu.
Dulu-dulu masa tahun 1997-1998, RM 2.50 sepinggan. 
Sekarang rasanya RM 3.00 ke RM 3.50 aku tak ingat sebab bukan aku bayor haha.

Mee gorengnya cukup rasa, tak pedas sangat.
Dalamnya mesti ada tauge, sawi, ayam, cekodok, tauhu.
Perah pula limau kasturi. Memang meleleh makan panas-panas.

Ni tengah menaip pun nak lagi apa crita. 
Hahahahaha.


Okeylah, tu aje. Lain kali cerita lagi.
Dah nak dekat pukul 5 dah rupanya.


Tatatatata


9 comments:

Nuriesya Nadia said...

Wusshh ! Makanan pula diupdatenya dipetang hari. T_T

Nur Inani said...

Aaaaa apesal update makanan ni? hahaha. terliur tengok. tapi now on diet kenot makan mee :)

dorsett pink said...

Mesti best sangat ni sebab dari tahun 1997 dah bertapak kat situ, ramai pulak customer tu

amy mill said...

kedai nyer ktne eka? blk nie bleh g cari ;)

wawa syaida said...

sedapnya...wawa klu kat penang ni...weekend mesti gi cari mee sotong padang kota tu...sanggup que panjang semata2 nk makan :)

eima said...

mee goreng ke kuehteow goreng ke yang belah kedai kat kg2 ni mmg terbaik ... tambah2 yang masak tu org tua kampung .. peerrghhh tetiba rindu nk balik kag aku kat kedah nun ... mkn mee goreng kat kedai kag sg. baru alor setar ....sedap

MizzTina said...

org kg klu niaga makanan mmg jujur kan.. mcm² dia bubuh..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
samala kita
up entry mee goreng sepetang bersama kekdahnya gitew :P

LYAfrina said...

mmg nmpk legend.. sedap