21 January 2015

Sakit Perut Masuk Ward

Hai semua. Dah basi dah cerita aku masuk ward tahun lepas. Tahun ni baru nak update. Sangat melampau kan. Hehehe.

Haritu aku masuk ward. Sebab utamanya keracunan makanan. Dicampur dengan gastrik lagi. Patutla asyik heart burn je. Perghhh pestaim aku kena sakit perut yang serius sakit gila. Allahuakbar. Tapi beranak lagi sakit agaknya kan. Perghh tu je aku boleh cakap. 

Last aku makan malam tu, sup sayur. Sup sayur tu ada ayam + sayur + telur. Beli di kedai. Memang aku pangkah siap-siap ah kedai tu. Haha. 

Dah la masa tu dak apple ada hal. Perbincangan dekat U dia. Aku call dak apple, dia cancel nak datang meeting tu. Dia terus pegi hospital sebab aku dah sampai hospital dah time tu. Terpaksa suruh mak ayah aku ambik aku cepat dengan kesakitan yang tiba-tiba je datang. Selang 15 minit macamtu. Perut aku memulas-mulas. Tak tahu lah nak cakap macam mana memulasnya. Nak teran tak keluar pon tinja. kalau keluar tinja, boleh la lega. Duduk la dalam tandas lama. Air mata keluar sendiri. Tak payah nak teruk-teruk keluarkan. Hehe. 

Penyudahnya doc cakap, admit ward. Tak kira. Aku pon okeylah duduk ward. 

Dah doc cek ape sume. Aku pun masuk ward. Dak apple sampai, aku dah duduk atas katil. Nak cakap pun tak boleh dah. Sebab sakit sangat ni ngerekot atas katil hospital. Terus aku rasa nak nangis dah. 

Tapi dalam pada nak nangis tu, aku tercakap kat dak apple. Tak jadilah kita pegi Cameron Highland esok kan. Hahahahaha melampo. Ingat lagi planning tu. Sebabnya memang plan nak ke naik Cameron hari Sabtu. Terus bulat bijik mata dak apple hahahahahahaha :p . Dah-dah katanya, rehat kat hospital. Dah la sakit. :(

Dia datang bawa barang-barang aku. Lepastu aku suruh dia balik umah mak aku. Boleh dia tak nak balik,nak tidur kat depan ward. Memang tak aaaa aku nak bagi. Baik dia balik rumah boleh rehat lagi-lagi dah rushing datang sini tadi. Dengan jemnyer. 

Malam tu, tidur dengan kesakitan. Esoknya pun dengan kesakitan memulas kriuk-kriuk dan masuk tandas tanpa mengeluarkan tinja. Tapi lepas dah cucuk ubat, makan ubat, petang tu aku cherry berry akhirnya. Gila lah. Dekat sehari semalam aku menahan kesakitan, petang Sabtu baru cherry berry. Kuat sangat kuman dia tu yaaaa. 

Aku keluar ward tengahari Ahad. Lega. Alhamdulillah. Tapi sakitnya masih bersisa. Masih memulas-mulas. Aku MC lagi sampai Krismas, terus dengan cuti rehat. Koman-koman, 5 hari aku sakit perut tu baru lah sembuh sepenuhnya. 

Dah namanya blogger, haruslah aku nak update pasal makanan dan keadaan di dalam spital tersebut. Hehehehe. Disebabkan aku tak berapa nak lalu makan, yelah sakit kan. Aku makan sikit je. Selebihnya mak aku datang melawat, mak aku makan. Hihihihi. 



Kat situ aku sorang je. Huwaaaa. 


Breakfast hari pertama.
Sedap tapi pedas. Dah sakit perut, memang aku tak makan banyak.


Lunch hari pertama.
Makan sikit je sebab tak larat. Hukhuk.


Minam potang. Kuih sagu ni sedap tapinya aku tak larat.
Eh asyik asyik tak larat kan, hehehe makan sikit aje. 


Makan malam. Pon sikit je. 
Mak aku makankan hehehehe.


Ni lauk last ada kat hospital. 

Ini adalah pengalaman pertama aku duduk tido ward.
Tak pernah pun. Pengalaman baru. 
Sekarang ni aku sangat fobia makan AYAM.
Aku syak ayam dalam sup yang aku makan tu bermasalah.
Eii takut aku. 
Ayam kan ade virus salmonella kalau tak dimasak dengan betul.
Aku sanggup makan udang atau ikan dari ayam. 

Sekian. Tatatatatata.

p/s : Ngantuk ni. Tadi makan kenyang sangat :p



11 comments:

dorsett pink said...

Tahniah.. last sekali update juge

Cik Puan Eka said...

hahaha kan. dah sebulan kejadian. Dah la tahun lepas punye cite hahaha

tallgirl said...

Kalau sy tu, papa masuk ward, kitorang anak anak yang dtg habiskan makanan. Papa makan makanan yg mak masak je.

Hahahaa siap berebut lagi kitorang adik beradik. Padahal bukan sedap pun kadang tu T___T

Amanda Suria said...

Nasib baik baby xde apa2 kan......jaga makan eka...jaga kesihatan...

Nur Inani said...

tak pernah lagi tido dalam ward dah besar ni. hehehe :D

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
waaaaaaaaaaaaaaaaaaa
iols pun dah takut ayam

Daddy Ziyyad said...

Dasar blogger! hahaha

alhamdullilah dah sembuh...
Ya, sakit bersalin ialah sakit no 2 paling kuat, selepas sakit mati :)

aizamia3 said...

part kena masuk hospital yang den lomah.. kalau tak sebab nak bersalin memang tak nak pergi.. huhuhu.. bukan sebab pengurusan hospital tak bagus cuma ai tak suka kena tdo hospital.. hehehe..
Lepas ni dah tak fobia dengan ayam, leh lah makan macam biasa balik.. ;)

sarahhernyzar said...

Mcm best je tgk mknn hosp.. Dedulu masa arwah abah masuk hosp.. Sarah suka kecek kt abah mknn hosp.. Hahahaha.. Sedap gak kan? Lapaq... Nk g cari makan.. Mihmihmih..

LYAfrina said...

dugaan tu...
msti sakit perut trk smpai kena warded ni..

HanNis SaNia said...

sape teman dok spital?? lepas ni jg kesihatan baik2 :) .. bila due bersalin Eka?