04 February 2015

Entry Pelbagai #Makanan

Hai. Alamak harini dah masuk opis balik. Aduyaii malas gile ahhh. Tapi tetapkan hati jua masuk opis. Lagipun keje 3 hari je kan minggu ni. Bila teringat keje 3 hari tu terus rasa macam semangat lipan bara. Kahkahkah.

Minggu baru ni kan cuti deret, kami balik ke Nogori lah jawabnya.

Sampai je umah mertuo, kebetulan abang ipar dan family pun ada. Meriah. Hehe. Petang Ahad tu kluar deting jap dengan dak apple. Kemaen, dating haha. Tengah dating mak mertua ajak makan luar malam tu. Lepastu siap dating zupp terus ke Port Dickson. 

Tempat makan kitorang malam tu dekat Samudra Ikan Bakar Hj Fared. Malam tu Pak Mertua bawa ikan dari rumah. Hobi pak mertua adalah memancing ikan laut. Memang fresh lah ikan siakap 2 ekor, ikan bawal cermin 2 ekor. Upah masak je lah kat kedai tu. Yang lain-lain macam ketam, pepahat,udang dan sotong pilih kat situ jelah hehehe. 

Sampai pukul 9. Makanan sampai pukul 11.00 malam. Best tak tunggu dua jam? Hahaha. :p

Orang ramai sangat malam tu. Tak buat reservation pun. Main rodah jo. Tapi lupo lak Isnin cuti, mestilah ramai kek PD tu ha. Nasibb hehe. Tapi lauk sume sedap. Jadi takpa aaa lambat pun. Hehehe. Sengkak perut aku.

Tapi ni bukan untuk makan 4 orang ya. Tapi 14 orang. Termasuk bebudak.


Disebabkan lapar, tangkap ala kadar je.
Alaa mencix la update pasal makanan ni.
Otomatik lapor. :P

Hari Isnin balik rumah mak ayah aku plak. Mak aku buat kuah rojak. 
Wife sepupu aku yang koje nun jauh di Sabah tu,
Mengandung dan mengidam nak makan kuah rojak. 

Next week sepupu aku nak ke Sabah, dia bawa lah kuah tu.
Aku pun tapau sikit semalam hehe. 


Sedapnyaaaa aihh. Balik keje ni repeat lagi lah hehe.
Dulu mak aku buat meniaga kuah rojak ni.
Sedapnyaaa.
Sekarang je mak aku tak buat
Bukan senang nak buat kuah rojak ni.
Prosesnya lama. Mak aku guna sukatan pun kira pakai 'KATI'
Tu pasal mak aku jarang buat dah. Kecuali ada tempahan
atau orang mengidam hehehehe


Semalam, otw balik rumah. Aku pekena lak Cornetto Royale baru.
Red Velvet tu. Auchh sedapnya eskrem ni uols.

Sebelum sampai umah, kita pi makan dulu.


Aku makan nasik lemak ayam goreng + telor gedik sebiji.
Sedap.

Harga RM 5.50


Dak apple makan Grilled Chicken Chop.
RM 10.00.

Ni pun sedap jugee.

Okey. sekian sahaja entry makanan pada hari ini. 

Hehehehe tatatatataa

Selamat menjamu mata.






8 comments:

Nur Inani said...

apa ni tayang makanan sedap sedap. dah lah tengah diet. nak emnangis tengok. Huwaaaaaaa T.T

Cik Puan Fadli said...

ini mkn ke, mentekadarah..hahaha...xpo, janji mak buyong hepi...nak melantak byk pon masa ni laa, kan....dah kurus nnt dah xleh nak mlantak sakan...take care bebeh...

shaFazie said...

puan eka tayang pic makanan secara taklangsung buat perut azie berkeroncong hihi

menu2 yg sangat sedap..

eka hitung hari je kan.. hope semua dipermudahkan yerk eka

Yaya Azura said...

eskrem..kuah rojak..

alahai...lapooooo

FarhanahAdzlan said...

dua jam tunggu? tabahnyaa menunggu haha
tapi takpe asalkan makanan dia sedap mabless gituu tengokk gambaq pon dah terliuq :)

eima said...

ya Allah rojak tu buat aku kecur betui la .... nasib baik tak ngandung ni ......

Nazlee Ismail PCL said...

emm berselera terus rasan nak makan, ada menu siput pepahat tu? ..sedap dan kesukaan pcl tu..

salam dari www.nazlee.com

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
waaweeeeeeeeeeeeeeeeeee
sodap nasik lomat telor mata kuningku itu he3