04 February 2015

Product Review : Hansaegee Sulfur Blackhead Suction Nose Pack

STICKY POST

SCROLL BAWAH UNTUK ENTRY BARU


Hai semua. 

Pertama. Nak tanya dulu.

Ada whitehead & blackhead tak kat hidung?

Kalau ada, mari sini ' Give Me 5 '! Hihi.

Eka pun ada whitehead lah paling banyak dekat hidung ni. Takut nak picit sebab nanti berparut pulak. Lagi-lagi kalau pakai kuku. Pernah juga pakai jenis charchoal mask. Tapi kurang berkesan sebab tak banyak pun blackhead & whitehead yang keluar.

Suami eka pula banyak blackhead dekat hidung dia. Memang geram je kalau tengok. Kadang-kadang terpicit juga. 

Kali ni mari cuba produk dari Hansaegee Nature pula. Ini adalah kali kedua eka review product dari Hansaegee. TQ Hansaegee. Love. :)


Memang berkesan untuk remove kan kita punya white head & blackhead ni. 

Hansaegee Sulfur Blackhead Suction Nose Pack berbeza dengan mask-mask yang lain. Ada dua langkah mudah untuk buang blackhead & whitehead yang degil ni. Yang bestnya dah buang semua whitehead & blackhead tu, siap ada pula Pore Stamping Serum untuk tutup liang-liang pori yang dah terbuka tu. Best kan?


Hansaegee Sulfur Blackhead Suction Nose Pack

1. Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack

2. Pore Stamping Serum

RM 37.00

Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack
Fungsi Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack ini adalah untuk membuang bintik hitam @ putih (Whitehead/Blackhead) dan juga sebum-sebum yang berlebihan di sekeliling hidung. Produk ini mengandungi sulfur dan arang yang sangat baik untuk pengelupasan serta dapat mengawal minyak berlebihan di hidung.
Pore Stamping Serum
Fungsi Pore Stamping Serum ini adalah untuk merapatkan kembali liang-liang pori selepas kita buang whitehead/blackhead tadi.
Mempunyai Ls-8865 yang dapat mengawal liang pori dari terbuka dan cepat terserap di dalam kulit.
Menjaga kulit supaya kelihatan lebih segar tanpa berminyak.
Membersihkan sebum berlebihan dan menjadikan kulit lebih tegang.
Permukaan kulit menjadi lebih halus dan berseri.

Best kan. Dah buang semua whitehead, boleh pulak tutup liang-liang pori kita yang dah bebas bintik putih hitam tu.

Terima kasih model hari ini hehe. Suami excited nak cuba sebab dia banyak blackhead kan. Hehe.

Cara pakainya, macamni. 

Mula-mula. 

1. Bersihkan hidung kita dahulu, kemudian basahkan hidung rata-rata.



2. Kemudian tampal dengan nose pack. Biarkan dalam masa 10-15 minit.



3. Kemudian. Tadaaaaaaaaaaaaa. Haaaa nampak tak tercabut semua blackhead tu. Kalau     picit ni. Gerammm.


4.Lepastu, cepat-cepat sapu pula Pore Stamping Serum.



Siapp.

Licin dah hidung saya. Thank you model. I labiuuu hikhik.




Bagi yang berminat, meh klik sini untuk beli macam-macam jenis produk 
yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Klik sini : 



Instagram : Hansaegee Nature










9 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
akak ni dok fokus la nengok gambor muka model tu
alen bebnor dengan muka eka ni
PELIK
ater last pic berjanggut pulop
haaaaaaaaaaaaaaa....hamek ko :P
hubby uols ghopernya :)

Cik Puan Eka said...

Waalaikumsalam kak.

Hahahahaha terkujat ya tengok model lain kali ni. Kebetulan hubby banyak blackhead tu. Dia pun offer nak jadi model. Kita kasi dia jadi model hihi

Nuriesya Nadia said...

Mujur kita takde sangat whitehead , blackhead tapi untuk suami bolehla kot pertimbangkan untuk beli. Hahahaha.

Nur Inani said...

Hahaha siap ada model lagi tuuu. nani tak dek sangat blackhead ke whitehead ke apa semuaaa. encik jerawat selalu ada. ahhaha :P

Hanida Moss said...

rm37 je kan? kena beli! kite ade sikit laa blackhead. pakwe kite ade byk benda alah tu. kena beli! hahaha

Yaya Azura said...

meleleh air mata time nak mencabut pelkat tu..haha..tp puas hati kan..

Nazlee Ismail PCL said...

wah bagusnya produk ni...

Najlaa 'Aqilah said...

comel je suami tolong jadi model hahahah

Najlaa 'Aqilah

eima said...

menarik la ..sporting betui hubby die hik hik