23 March 2015

Berpantang #myadra

Assalamualaikum dan hai. Selamat pagi uols. Best tak keje harini. Monday blues tak? Hihi. Sementara Adra tido ni, baru bole update blog. Kalau tak memang takde lerr nak pegang henpon ni. Dulu cas sehari 3,4 kali. Skang ni sehari sekali hahahaha. Best. Tumpu pada baby.

Sekarang aku berpantang kat umah mak ayah aku. Nanti habis pantang baru kerumah mertua. 'Dalam hari' ni mak mertua tak kasi jalan jauh. Ingat nak juga pantang disana separuh kan. Tapi mak aku kata takpalah. Mak jaga. Adik aku pun bantu jaga. Bak kata dak apple. Kita ni newbie mama ayah hihihi. Banyak orang bantu. Aku pun baru rasa segar ni.

Urut mengurut dah selesai haritu. 3 hari.

Rutin harian aku. Pepagi subuh sepie dah mandi. Pastu ngepam.

Kemudian bertungku. Berbengkung. Haritu maktam aku yg pakaikan bengkung lilit2 tu. Tapi skang aku pakai sendiri. Breakfast kopi o panas + biskut lutut.

Lepastu susukan si Adra. Dia dah tido. Aku makan plak. Menu masa awal pantang. Luka tak baik lagi. Mak aku kasi makan nasi panas + ikan bilis bersama bawang putih digoreng tanpa minyak.


Nasibla aku memang suka bilis. 
Kadang mak taruk lada hitam. 
Alhamdulillah Adra takde kuning.

Untuk luka. Aku takde taruk apa. Cuma makan limau sunkist dua biji sehari. 
Alhamdulillah bertambah baik. 


Dah lama sikit baru mak aku bagi ikan bilis goreng dengan minyak. Sedapnyaa. Hehehe ni paling aku suka.
Tak sabo nak timbang berat.

Korang tau berapa berat aku masa preggy? 
Haha malu nak kabo.

85kg uols.
Walopon tak nampak gemok. Tapi hanya aku je tahu betapa beratnya aku nak duduk bangun. Hihihh.

Untuk set bersalin. Aku pakai NR @Nona Roguy.

Best pakai semua produknya.
Nanti kita review. Aku ngantuk beno nim tatatata

8 comments:

Inani Hazwani said...

alhamdulillah baby adra sihat ^^ selamat berpantang !

shaFazie said...

eka..tima pantang ini kalau boleh maintainkan berat ..jgn bg naik hihi sbb dah habis pantang mudah naik badan sbb kita dah start makan ..

BeLLa de ViE said...

Buah sunkist memang bagus untuk pulih kan luka, lepastu tak sembelit. Eh rindu nye nak berpantang...hihihi tahniah ye eka :)

mas yana said...

tahniahhhh puan Eka, selamat berpantanggg.. syukur baby ok.. ehhehee.. ni lah kalo menu org berpantang.. hihiii .. jgn ngelat tau kalo nk selim melim.. dan jika ada masalah penyusuan seperti susu kering ke takde susu.. contak la mas, insyallah mas akan bantu :)

PS : bykkan makan ulam2 juga

eima said...

selamat berpantang .... sedap tu mkn nasi ngan lada hitam kadang time tak berpantang ni pun aku kn jugak sbb dah kemaruk keh keh

misz sheyla said...

tahniah..selamat berpantang...kite dulu xlalu makan ikan masin... ikn bilis pun xlalu...

MizzTina said...

lauk ms pantang adalah terbaekkk..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
akak masa pantang memang memanjang ikan isi masak asam lada gitew he3
pekena dengan ulam memang sodap he3