13 March 2015

Pengalaman Bersalin #MyAdra

Assalamualaikum. Awas entry ni panjang gila. :p. Tanak baca. Komen terus. Hihi.

Baby tengah tido. Jadi baru buat entry ni. Aku sebenarnya start cuti awal sebab anak first ni kita tak tau bila kluarnye kan. Awal ke lambat ke aku memang nak cuti awal. So. Bincang ngan dak apple. Aku start cuti masa preggy 37weeks. Masa tu aku dah start rasa pelvic pain. Bayanglah nak naik tangga opis yg 60 anak tangga @ 3 tingkat. Tak lalu rasenyer dengan boyot2 nih. Hihi. Aku duduk ngan family aku sebab nak bersalin dekat ngan umah mak aku je.

Masa cuti waa best kot duk umah. Layan anak buah anje aku si Zara tu. Dak apple standby jer kot aku nak terberanak kan. Hari berganti. Ramai yang due date sama dah bersalin. Hihi nebes mula terasa. Contractions pun ada tapi ala2 palsu @ braxton hicks.

Sepanjang cuti tu dak apple selalu bawa berjalan. Ikut dia jogging. Aku jalan jela hehe petua org kata nak mudah bersalin kerap berjalan. Tak dinafikan :).

Pastu dak apple layankan aku nak makan apa. Makan kenyang2. Tq suami. Last ngidam nak maggi ketam nipah. Aku buat sendiri. Resepi menyusul haha sempat lagi.

Bila masuk 40 weeks jatuh pada hari Ahad. Subuh ahad tu aku mimpi dalam class. Aku nak duduk lepastu sakit pinggang belakang. Mengaduh sakit pastu aku terjaga bila dak apple kejut n tanya sakit ke?

Aku bangun dan ternyata sakit pinggang macam nak patah nak tercabut ahh sume ada la. Aku bawa mandi. Perut mengeras. Baby punya movements makin kurang tapi mengeras jer. Lepas mandi. Breakfast. Sakit kurang. Mak aku cakap ni awal2 sakit ni. Kalau makin kerap pegi hospital.

Pagi bawa ke tengahari perut makin kerap mengeras. Contractions dah mula sikit-sikit. Lunch tu mak masak sedap2. Aku bab makan jangan cite ah. Lalu lagi haha. Bila petang bawa ke malam asyik ngeras jer. Dah takleh jadi. Dak apple bawa aku pi spital. Buat CTG. Cek jalan baru 1cm. Doc suruh duduk ward jer. Sampai bersalin.

Masa kat wad pemerhatian Labour Room. Katil aku kat sebelah seorang ibu yang babynye IUD ( meninggal dlm kandungan 36weeks ) sedihnya tengok. Doc n nurse tumpu pada dia. Aku pun masuk ward. Al Fatihah untuk anak syurga itu.

Hari isnin. Pagi. Aku ada rasa sikit contractions. Doc pakar kata kalau tak sakit kuat lagi. Hari selasa pecahkan air ketuban kalau perlu.

Bila bawa ke petang. Sakit sikit-sikit. Cek jalan baru 2cm. Aku kerap2 jalan dalam ward tu. Jumpa kawan baru. Sambil borak2. Tengok baby orang.

Malam pukul 9. Tetiba contractions datang makin kerap. Kerap dan kerap. Sakit tu tak taula macam mana nak cakap. Kejap dari belakang. Ke depan. Kejap dari depan. Istighfar sambil Lailahailaantasubhanakainnikutumminazzolimin. Mulut kunyah kurma. Dengan air kosong. Pejam mata menikmati sakit bersalin yg indah ni. :) Lepastu baring terlentang jap. Baby kerap sangat mengeras.

Baring ngiring pon tak mampu sebab sakit. Tapi nurse kata klau ngiring lagi sakit lagi bagus. Okey aku ngiring.

Bila pukul 11.30 malam. Makin kuat. Cek bukaan  3cm. Erkk sakit kuat pun still macamtu bukaan. Nurse kata pegi tido. Selawat banyak2. Minum air ke. Makan roti ker. Aku buat milo + marjerin. Petua kate orang. Ahh belasah banyak2 milo tersebut. Roti tak lalu telan. Mak call. Dak apple call. Adik call aku tak jawab. Sebab sakit sangat. Sangat. Sangat. Allahuakbar.

Bila pukul 2 pagi. Aku rasa nak terberak. Nak terkencing. Rasa nak teran tapi teran dia lain machiam.. Aku baring pastu bangun. Masuk toilet dekat 10x. Tetiba 2.30 rasa nak teran. Alamak ini nak beranak ke ape ni. Laju aku bangun. Terus pegi dekat nurse. Nurse tolong la cek bukaan. Merayu la aku hihihihi.

Bila cek haaa 7cm. Nurse terus cakap pegi amik baju baby. Napkin. Kelengkapan perlu kat katil. Call husband. Sambil tu diorang tolak wheelchair. Aku call mak aku suruh kejut dak apple datang spital. Dah 7cm ni. Dekat atas katil labour room tengok jam 2.45am. Aku merayu lagi dekat nurse saye nak teran sangat. Tolonggggggggg. Allah swt.

Nurse cek jantung baby. Dah kebawah sgt. Aku tak tahan nak teran aku teran tetiba zusssssss air ketuban pecah. Panas je rasa. Terkena muka nurse. Alamak sorry nurse. Aku teran lagi. Nurse kata sikit lagi kepala dah nampak. Ohh bila dikata dah nampak kepala. Lagi semangat lipan bara datang. Tutup mulut. Amik lajak. Tarik nafas. Pushh. Keluar kepala.

Nak keluar badan lak. Nurse2 Spital tu sgt support dengan tangan2 sekali. Malam tu aku sorang je nak branak. Aku teran lagi sekuat hati aku tetiba PLUPppppppppp badan baby kluar. Terus nanges. Nurse sebut Alhamdulillah. Aku raut muka. Syukur Alhamdulillah. Tengok jam tepat 3.00am. Uri keluar 3.10am. Allah swt permudahkan semuanya. Terima kasih yang mendoakan.

Nurse kata suami awak dah datang tengah azan baby. Dia tak sempat tngok sebab tak sangka aku bersalin cepat camtu. Padahal rumah ngan spital 5 minit je. Takde rezeki. Next lah. Haha.

Proses jahit sume pukul 4 kot siap. Masa jahit baru doc sampai. Sembang ngn nurse n doc yang jahit. Tapi sakit ye jahit. I is ngiluuu. Tapi lega lah bila dah keluar.

Dah siap jahit. Diorang letak baby kat sebelah. Allah menitik air mata. Baunya wangi. Muka macam ayah dia. Hidung sebiji ayah. Tapi jantina macam mama hihi. Dia diam je. Pastu uwek. Satu perasaan yang sukar digambarkan.

Tolak masuk ward. Nampak dak apple. Senyum kat dia. Dia senyum meleret sambil iring aku n baby.  Rehat sambil pandang anak. Hilang semua sakitt. SubhanaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Pengalaman yang manis. Sakit bole ilang. Tapi rasa sayang pada anak tu menebal rasa.

Terima kasih buat semua. Makayah suami keluarga termasuk kawan3.

Terima kasih jugak doctor2, nurse2 ,PPK di Ward 3 & Labour Room.

Maka. Tamatlah kisah bersalin aku. Panjang tak? Banyak stop ni sebab Adra merengek hehehe.


Ni 3 ari sebelum beranak.
Sempat lagi makan kenduri hihi.

Nanti cita pasal preggy. Macam panjang. Hehe.



19 comments:

syira yaya said...

Tahniah sebab dpt lahirkan seorang baby! :)

Amanda Suria said...

Tahniah Eka...mudahnya Ek bersalin...akak dulu sakit 3 hari...sama lebih kurang macam eka...bila dah keluar baby...sakit semua hilangkan...ya allah rindunya akak saat2 tu

cik hani said...

Alhamdulillah Eka.. dipermudahkan bersalin.. harap ada peluang merasa saat bersalin untuk jadi ibu..

Redha suami, insyaAllah Allah mudahkan para isteri untuk bersalin.

Tahniah Eka dah jadi seorang Ibu..

dari sisi hidupku said...

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan bersalin. Tahniah kak Eka n husband.

sarahhernyzar said...

Tahniah eka.. Alhamdulillah selamat melahirkan seorang mujahidah.. Tiap kali baca pengalaman org bersalin, air mata mesti mengalir.. Subhanallah.. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu itu.l. Tahniah eh yang.. Pelok cium utk adra..

Inani Hazwani said...

tahniah kak eka. seronoknyaa dapat baby ^^

Syida Rasyidah said...

Tahniah Eka :)

Lynda Che Lah said...

tahniah sayang..
tetiba rindu preggy..huhu

Mohd Ariffin Abd Talib said...

bergenang air mata. terus teringat masa nak bersalinkan Zaheen aritu. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya

shaFazie said...

Alhamdulilah.Allah memudahkan segalanya.Amin Ya Rabbalamin

Tahniah Eka & suami..
Comey sangat anak eka..
Tengah berpantang lagikan..selamat berpantang..

mrs.aziz ummi aariz said...

eka mcm akak...7cm nk ke 10cm tu cepat sgt...ada org 7cm tu boleh tunggu2 lg...tp akak kalo dh 7cm jgn dibuat main2 mmg anytime baby nk keluar...dua2 anak mcm tu...tp yg medina ni senang sikit la sbb maybe dia ringan sikit berbanding abg dia....

Leeza NM said...

Tahniah dah jadi mummy.

MizzTina said...

kite sm la eka..dr 7cm nk ke 10cm sgt cpt.. 15minit je proses nk kuar baby..hehehe.. apa pun, selamat menikmati momen indah ni ye..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
waaaa
akhirnya reveal gambor peknen yer
alolooooooooooo
nomeinya dia he3

sya mimie said...

rindu kenangan bersalinkan zahra.. Allah.. tak tergambar perasaan tu.. indah sngt2 :)

EZAN IDMA said...

wahhh kita yg baca pon terasa kesakitan tu apatah lagi awak yang melahirkan. thats why syurga di bawah tpk kaki ibu kan. heee btw alhamdulillah semua selamat

Nastyna said...

Uwaaaaa datang baca entry2 u (sorry tak sempat komen semua, maklum la si tipah duk bergayut jer payah nak menaip) however, sampai tang post ni.. huhuhu terharu I baca. And Allhamdulillah semua selamat.. and omg senang nyer u beranak hahahaa.

nini said...

Hamoir meniyis air mata baca entry niii

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)