22 April 2015

Diari Mengandung Part 1 #uptpositif

Hai semua. Tiba-tiba malam ni gigih nak update. Mata tak ngantuk + Adra baru je lelap. Mamanya menghitung hari nak habis pantang je ni hehe. Tak tido dibuatnya. Tapi perkara biasa dah beranak. Tiada istilah tidur nyenyak. Sebab tu masa ngandung pun tido tak nyenyak. Practise tau hehe.

Ni entry throwback tau. Hehe. Throwback 9 bulan lepas. Mengandung adalah perkara yg sangat manis. Syukur diberi peluang. Moga ada rezeki buat anda2 yg ingin merasa nikmat ini. Ameen. Mudah-mudahan.



Aku sebenarnya dari sebelum buat UPT lagi aku rasa macam aku mengandung tapi tak nak lah meletakkan harapan yang tinggi aku ni mengandung.

Orang tua-tua kata, jangan beria-ria sangat kalau nak anak ni. Buat biasa je. InshaAllah sampai masa Allah swt akan bagi kita rezeki anak tu kerana Allah swt tahu bila waktunya kita bersedia memikul tanggungjawab itu. :) Kalau fikir sangat pun nanti hormone kita juga terganggu. 

Mula-mula kahwin, sapa pun mesti excited kalau lambat period kan. Termasuklah aku ngan suami. Tapi lepas dah 3,4 bulan kahwin. Kitorang mula buat biasa. Mood honeymoon ada lagi. Pegi jalan-jalan, makan-makan. Habiskan masa bersama2. Ala2 bercinta lagi kekdahnya. Cinta halal. Hehe. Takde fikir pun pasal baby.

Sampailah masa bulan June 2014 tu.LMP aku awal bulan June. Dapat tau pregnant hujung bulan June. Masa tu lagi 2 ke 3 hari nak puasa. Kira ni rezeki bulan puasa kami. Syukur.

Sebelum preggy memang ada beberapa tanda preggy. Nanti kita share tau.. 

Buat upt first masa tu tengahari Jumaat. Tu pun officemate paksa. Muahaha. Gigih aih pi 7e beli upt ditengahari meremang. Pulaknya tinggal seketol je bende alah tu. Buat2 eh naik dua line tapi kabur. Tak caye lagi ni. Patut buat urine pertama tapi semalamnya upt tak beli lagi. 

Esoknya subuh sepie buat. Ya confirm double line. Dak apple tentulah gembira. Family pun hehe. Lusanya baru buat pengesahan preggy kat klinik.

Sampai kat klinik, aku masuk sekali ngan suami aku. Cite ngan doctor pe sume. Doc suggest suruh aku buat UPT lagi sekali. Dekat pukul 4 lebih masa tu. 

Sambil tu aku keluar kejap. Dalam 10 minit doctor panggil masuk semula. Doc cakap dah cek UPT, memang naik terang sebab dahla dah petang, bulan puasa pulak tu. Naik line terang camtu. HCG tinggi.

Doc salam laki, cakap tahniah. Sah Pregnant. Sebijik macam drama telebisen tu haha. Laki aku sengihhhhhh memanjang masa doc kira kat aku, aku baru sebulan pregnant. Lepastu doc pesan jangan buat kerja berat ape semua. Hatiku berbunga-bunga. Hehehe

Lepas tu, aku still macam biasa. Mabuk pon takde lagi masa tu. Tapi jangan ingat aku tak mabuk ye. Kang aku cite pasal mabuk aku plak. 

Masa tu takde sapa tahu melainkan family dan kawan rapat . Awal lagi kan. Sampai masa. Memang aku umumkan supaya orang lain mendoakan agar aku dan baby baik2 saja sehingga waktu melahirkan. Cuma bila orang tanya. Aku jawab lah iya. Tidaklah aku menafikan. Tak tanya, diam jelah. Tahu2 eh boyot dah ko. Hehe

Bila kandungan dah 6-7 minggu kot (lupa woi. Urat banyak putus masa bersalin haha) aku pegi scan. Alhamdulillah dah ada heartbeat. Janin duduk betul didalam kantungnya. Masa awal2 tu janin sangat2 kecil. Kena jaga baik2.

Next. Nak cerita pasal buat buku pink ke atau cerita pasal mabuk loya muntah belahak? Haaa pilih pilih hehehe. 











8 comments:

nurr said...

awal kahwin mmg excited kalo piyed lambat..kalo blh tiap bulan nk test upt..hahaha.. Skang dh buat biasa2 je sbb lps wt upt asyik kecewa je.

Mudah2an ada rezeki sy pulak :)

Ezy Loy said...

bestnyeeeeee..
arap rezeki saye plak pasni..
best dpt rase pengalaman mengndung ni kan..

Inani Hazwani said...

Hahaha. tak tahan betul part yang akk cakap macam dalam drama tu. hikssss :D

eima said...

perkara paling indah bila bergelar ibu ni adalah mengandung hingga melahirkan membesarkan anak ..... mmg tak leh challenge perkara lain

FIZA AZIZ said...

Patutla awak diam lama tak update blog. pape pon tahniah! Suke baca pasal pengalaman orang pregnant. xsbr nk kawen hehehe

shaFazie said...

tak sabar nak tunggu next story..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
betoi
ahkak pun banyak urat putuih :P he3

Nabila Syifa said...

hmm..bila la nk ada rezeki :(