06 April 2015

Ilmu Mak-Mak

Assalamualaikum dan hai. Pepagi aku dah bangun. Ayah Adra nak pegi keje dah. Rutin harian memang dah berubah sekarang. Dulu takde anak tido malam kroih kroih bunyi orang sebelah kentut pun tak sedar haha. Tapi aku since preggy memang tak berapa tido malam. Insomnia sedari ngandung. Tu practise dari awal sebenarnya tu kan. Nak berjaga malam. Adra plak kuat nyusu macam baby boy. Tu badan pun makin hantap.

Aku fully Bf Adra buat masa skang. Dan aku harap aku dapat teruskan bf dia sampai dua tahun. Berharap. Aku ni sudahla kerja. Memang susah sikitlah. Apa-apa pun Kena semangat walaupun mula2 aku agak down & stress sebab susu sikit ye. Lepas urutan barulah meriah. Dak apple selalu support aku jgn stress. Alhamdulillah rezeki anak.

Masa mengandung, aku kurang fokus pasal ilmu bf ni. Banyak fokus bersalin. So pada yang mengandung ni jangan lupa ilmu bf kalau nak bf baby. Aku ni ha tengah dalam pantang sibuk google sibuk menanya sana sini. Nasibla dalam ward ritu ade misi yang banyak bantu pasal bf ni. Time ni la aku tahu pasal milk booster bla bla bla.

Banyak lagi ilmu mak mak yg aku kena belajar tapi slow slow kata orang. Dulu jaga adik jaga sepupu setakat basuh yakyak. Buat susu,mandikan je. Kalau pegang baby orang plak, asal nangis pi anto kat maknya. Haha. Ni baby kita nangis. Kita kena la pujuk. Dodoi. Susukan. Cuma aku rasa syukur mak dan adik banyak bantu aku. Bantu mak baru macam aku ni. Sekarang baru aku tahu rasa seorang mak. Nyamuk ke semut ke lalu dekat anak pun kita rasa nak henyak nyamuk dan semut.

Bulan depan dah start masuk keje. Aku cadangnya nak cuti tanpa gaji je ni. Harapla boss bagi.

Korang. Kalau ada ilmu2 mak2 yg best. Share la ya. Aku jarang blogging,facebooking,instagramming skang ni tapi kdg2 tu buka jugaklah.

Okey jumpa lagi nanti. Nak update resepi plak. Padahal bukan bole mkan pon haha.

Ngidam dalam pantang ni lagi teruk tauuuu dari ngidam masa preggy. Kena tunggu 44 hari baru dapat tu pun bukan semya boleh ditelan. Kena try and error.

Nasihat aku pada yang ngandung tu. Korang makan la banyak2 apa yang korang idamkan. Kalah takda diabetes takpa. Telan. Gemok skit takdehal hiksssss.

Eh aku lupa. Entry ngandung belum publish. Tunggu makcik edit dulu ya. Part mabuk yang panjang tu. Hihihhh

Tata.

P/s :teringin nak makan kek nihhh. Hahaha

7 comments:

Inani Hazwani said...

pehh dalam pantang ngidam kek. berat ni. hahaha

MizzTina said...

dik, bf baby kena selalu ingat konsep supply n demand.. cer google.. kipidap!!

shaFazie said...

eka elok bf ,macam azie tak dan dah sedih sangat ..

tahan yerk mama adra dah habis pantang leh makan kek..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
he3
ilmu mak2 nanti uols akan belajor dengan sindir he3
boleh lagu tu ??? :P

Nazima said...

Hai Eka,

kena belajar bab baby nangis. Lain tangisan lain menda dia nak. Sometimes bila dah susu, tukar pampers, perut kembung or dah cukup tido, but dia still nangis, baby just nak kita dukung2 dia. Tu je. Tu la mula2 saya dpt baby dulu..Tak tau kan. Hehehe..
Tahniah and enjoy your motherhood.

-silent reader selama ni-

eima said...

wish u luck ....semoga rezeki adra bertambah .. dan mommy die berjaya BF sampai 2 thn

EZAN IDMA said...

selamat berpantang eka . tak lama dahh tuuu nak habis hehehe