07 May 2015

Diari Mengandung Part 2 #mabukloya

Hai semua. Haritu dah share pasal Upt positif. Nak baca meh klik SINI. Entry ni aku taip masa baru mengandung dulu,tapi aku simpan peram dan niatnya memang nak update selepas selamat semuanya. Alhamdulillah. 

Sambung semula cerita pasal mabuk. Bukan mabuk yang mabuk tu ye. Hihi. Ni mabuk orang ngandung.

Aku start alahan masa kandungan dah masuk 6 weeks.

Aku ingat lagi pagi tu nak bersahur, hari Isnin 14 Julai.

Aku terjaga dari tidur sebab aku rasa perut aku bergelora. Aku rasa macam nak muntah. Mual. Tengok jam pukul 5 pagi. Aku cepat-cepat pegi toilet, nah amekawww. Muntah asid yang masam gile dengan pahitnya tu. 

Rasa nak nanges. Laki jauh. Apalah nasibku. Drama subuh buta tu haha. Nasib aku tak update kat FB yang aku muntah ke loya ke. Kalau tak loya orang membacanya haha.

Aku try makan nasik. Goreng telur. Aku rasa macam tak selera. Tak habis pun jamah masa tu. Bila aku nak mandi, aku memang guna shower gel almond body shop. Sebab aku rasa sangatt wangi bau almond tu.

Bila aku hidu nak sapu, aku rasa macam mual. Terus aku muntah lagi masa mandi tu. Waaaaa bau sabun pun dah tak boleh ye.

Maka bermulalah morning sickness, evening sickness + night sickness aku. Bila muntah tu,keluar dekat hidung sekali. Auhhhhh memang pedih yer. Tapi kata doctor bagus kalau ade alahan ni. Maknanya kita ada tindak balas dengan orang dalam tu. Nak tahu lagi boleh Klik Sini

Aku dah dapat detect aku alah pada bau apa. Yelah, setiap orang mengandung lain alahannya kan.

Pertamanya :

1. Aku alah bau shower gel sendiri

2. Aku tak boleh bau shampoo. Muntah terbelahak aku kalau shampoo rambut

3. Aku tak boleh bau sabun basuh kain + downy perfume. Pening satu hari

4.Aku tak boleh bau dapur. Lalu dapur aku tutup hidung.

5. Aku tak boleh bau peti ais. Bukak peti ais aku akan tutup hidung jugak.

6. Aku tak boleh basuh pinggan. Sebab aku mual tercium bau sabun basuh pinggan. Wahhh goyang kaki sungguh la yaa . Haha. Nasib baik dak apple bantu basuh pinggan masa awal2 tu. Huu

7. Aku tak boleh bau nasik + makan nasik semuanyaaa pun lah apa2 tentang nasi. Hampir 2 bulan aku tak sentuh nasik tapi aku gantikan kuewtiow, mee, bihun goreng jeee. Berat memang turun masa minggu2 awal.

8. Sampai satu tahap, aku tengok rancangan masak memasak pun aku muntah. Muahahaha

9. Aku suka bau laki aku balik keje. Achem achem tu muahaha. Selalu orang ngandung tak suka bau suami tapi aku suka.

10. Aku alah dengan bawang besar. Aku tak boleh telan bawang langsung. Apatah lagi bau menumis bawang. Dulu aku suka bawang. Memang fav.  Semua masakan aku taruk bawang. Kalau boleh, kek pun aku nak taruk bawang hahahahahaha. Tula orang kata kan,yang disukai sebelum mengandung akan jadi tak suka.

11. Bau perfume aku sendiri aku tak boleh hidu. Aku pakai perfume dan body spray laki aku hahaha. Lantak situ bau lelaki pun. Nasib tak de bau jantan sangat. Akhirnya aku pakai perfume baru.

12. Muntah pagi, petang, malam. Sampai keluar ikut idung muntahnya. Sabooo jela aku.

13. Kan aku jauh dengan suami, bila tiba rasa sangat weak tu. Aku menangis teresak-esak. Rasa macam aku perlukan laki aku time tu tapi dia jauh. Sebab tu bila seminggu jumpa tu, aku rasa lega sangat. Laki aku layan aku macam princess dah rasa. Terharu sangat. Harapnya bila aku ngandung lagi nanti, anak nombor 2,3,4,5 ke. Amboi banyaknyaaa hahaha. Laki layan jugak seperti tu yer abanggg.

14. Allah swt bagi dugaan dekat aku, mengandung sulung berjauhan dengan yang tersayang. Betul-betul menguji aku. Aku harap anak yang aku kandung ini kuat seperti aku. Aku percaya ada hikmahnya dan aku percaya Allah swt tak akan bagi aku dugaan ini kalau Allah swt tahu aku tak mampu hadapinya. Cuma yang boleh aku cakap, bukan senang berbadan dua berjauhan dengan yang tersayang. Semua kena buat sendiri.

15. Tapi muntah-muntah tu, start masuk 13 ke 14 weeks, muntah pun berakhir. Cuma mual-mual tu ada lagi selain daripada bau-bau pun aku alah sikit lagi.

16. Doakan keselamatan dan kesihatan aku dan anak aku ya. Tak sabar rasanya aku nak menatap wajah si buah cinta ni. Ikut aku ke ayahnya hehehehehe..

17. Tapi selepas mabuk hilang,dah boleh masak. Memang aku gila memasak jelah kejenyer. Kat instagram penuh la gambo makanan je. Hihi

Ada lagi alahannya tapi aku pun hampir lupa nak taip. Tapi apa-apa pun aku bersyukur Allah swt bagi aku peluang untuk menjadi seorang ibu. Memang indah sukar digambar dengan kata-kata. Teringat mak aku.

Cuma, setiap orang mengandung ni lain pembawakannya. Sekarang aku dah dapat rasa pergerakan si buah cinta ni. Precious moment.

Lepasni cite pasal lain pulak ye hehehehehehe..

Next, buat buku merah.


12 comments:

aisyah ambris said...

Hehe... mcm tu lah kalau pregnant, aisyah lg teruk..alahan smpai dekat 5 bulan..sedih sgt..tp skrg, alhamdulillah..semuanya dah ok

Inani Hazwani said...

Banyknya alahan. Hikss.

Maria Firdz said...

Nikmat alahan... pengorbanan si ibu... alhamdulillah,. Sy tak alah sgt., memula je suami yg alah...

eima said...

oohhh entry ni karang timealahan tu ek ... tp skrg br publish hehehe ... ingatkan hang karang skrg ni br nk puji bgsnye ingatan ... keh keh

Cik Puan Eka said...

Kak eima haha bertuah la kalo ingat smua skang. Mmg lupa kak. Baca ni baru tringat haha. Bnyk entry mngandung eka karang masa mgandung.

Lynda Che Lah said...

tak juga..
akak mengandung Qhalif husband dekat tp jauh..
terpaksa pinjamkan husband kepada bos `tercinta'. seorg lady boss yang x faham erti sedih dan sayunya seorang isteri mengandung bersuami tetapi tidak boleh dekat.
check up bulanan sendiri..tgk 4d scan sendiri sbb dan-dan time semua tu husband diperlukan di pejabat.
Check up last month sblm bersalin pun..bayangkan dgn perut sarat kena stereng..drive pegi check up sorang2 sbb dia hantar husband kursus..menangis sorang dalam kereta..Allah je lah yang membalasnya..sekian..
Dekat tapi jauh Eka..lebih pedih dan sakit..

Cik Puan Eka said...

Akak dekat tapi jauh versi lain. Yg penting dua2 punya kepedihan sebab jauh. Jauh dua versi. Setiapnya berbeza. Eka pun checkup sorang selepas 3bln. Takmo susahkan husband nk cuti dtg sini. Eka sampai ngandung 8 bln still bawa scooter pegi opis. Org opis sampai marah sbb naik moto. Tapi nak buat camne kan. Suami jauh. Berdikari.

merahitujambu said...

sy pon jenis muntah2 sampai 4 bulan lepas 4 bulan mkn x igt

Sunah Sakura said...

bestnya...akak baca dari awal sampai habis tak tinggal satu perkataan pun...hahahah...moga2 satu hari nanti akak pun dapat nikmati saat menjadi seorang ibu...ameen ameen....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Lama yer x terjah sini
Baru taw uols preggy
Congrats so happy for u taw
Jgn lasak2 k

sarahhernyzar said...

Mabuk kita sama... Hampir kesemuanya sama.. Hehe.. Hujung2 preggy bru ok.. But still few things yg x boleh accept.. Huhu...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
waaaaaaaaa
bertingkek2 jugak alahan uols naaaaaaaaa