05 May 2015

Selepas..........

Assalamualaikum.

Diam tak diam. Dah dekat dua bulan bersalin. Alhamdulillah makin sihat. Dan makin kurus. Kot? Eh? Hahahaha.

Sebenarnya aku ada la target sendiri nak dapatkan berat badan yang ideal dan BMI yang cantik. Dengan ketinggian aku,berat yang sesuai sekitar 55kg-65kg. Kurus sangat kang cengkong plak rupa kan. Sedang2 cukuplah.

Masa mengandung biasalah kan berat. Dah bawa berat untuk dua orang hihi. Aku plak selepas baik mabuk teruk tu,selera makan menjadi-jadi. Asyik mengunyah je kejenya. Dalam peti penuh la. Dengan roti,biskut,buah-buahan. Jenuh juga apaknya nak melayan tekak omaknya haha.

Aku penah cakap kan berat aku sampai 84kg sampailah masa bersalin. Walaupun nampak macam takdelah berat sangat tapi aku dapat rasa keberatan itu. Kalau duduk bawah,nak bangun tu jenuhla dak apple tarik. Kadang2 abah aku pun tolong bangunkan aku haha kalau ingat memang kelakar. Kalau jumpa orang,eh berisinya. Adoi mengandung kan. Memang la besa . Aku pula jenis pantang. Ha ah pantang nampak semua nak makan. Haha. Lantak lah gemok pon hahahha.

Mak ayah aku pun. Dak apple apetah lagi. Nak makan ape je cakap. Tapi jangan mengarut sangatla nk makan tu. Pastikan yang boleh dicari dan dibeli. Hihi :p

Kawan2 opis pula memang suka melayan mak buyong ni. Oh my.. Rindunyaaa aku dengan gelaran mak buyong,mamayong etc tu. Rinduuu. Tunggu anak nombo dua yaaaaa aduuuuu hahahahaha. Apa yang aku teringin nak makan, diorang bawa. Diorang sekali melayan aku makan.

Rinduuuuu.

Masa dalam pantang,aku makan pil phytonatal dari NR (Nona Roguy) . Aku start makan pil tu masa hari ke 10. Alhamdulillah Adra takde kuning,jadi aku berani lah makan. Bila makan pil tu. Memang mengulang ke tandas jela. Memang very lawas. Susu pun meriah.
Risau juga kalau Adra tak tahan sebab aku bf Adra.

Sebelum bersalin memang aku ade google dan tanya2 orang tentang pil ni. Kata orang kalau nak lawas,nak turun berat badan memang bagus.

Aku makan memang bestla. Asyik prott prott jela. Kadang2 Adra pon prot prot juga hihihihi.

Ni nanti timbang,berapa la berat aku nanti ni. Aritu dah lost 10kg.

Tempek gambar pertama selepas bersalin ni.


Hai. Mama dukung Adra.
Adra makin semangat. 

Dari sehari ke sehari nak update tapi tak sempat je. 

Bye bye nanti sembang lagi .

P/s : Korang bersalin juga produk apa?
Best tak? 




8 comments:

mshazadoes said...

ibu amai guna produk Salindah je yanggg :)

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

ika, nanti buat la entry pasal nona roguy tu.. hihi

Inani Hazwani said...

Dah slim balik tuu :P Hiksss

eima said...

WAHHHH MMMG SLIM LA....
CUNNN.... LG SEBULAN LA KAN DOK RUMAH NI KAN ... HEHEHE SYOKNYE .....RINDU TETIBA NK BERANAK NI

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
alloooooooooooo
nomei mama adra :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Laaaa dh bersalin ker?
Congrats tp ingat x bersalin lg
X de tekan link ni hahaha
Comey nyer bb❤️

Puan Awin said...

Comenya adra...ikut muka sape eh?ayh ke ibu?

nini said...

Phytonatal bg susu meriah gak eh...aiseyhhh kenaaaa teraii nantiii hihi