05 May 2015

Si Durian Udang Merah

Hai. Eh rajin lak update hehe. Harini first time bawa Adra pegi kenduri. Ikutkan aku malas nak keluar. Tapi mengenangkan dak apple beria mengajak dari awal lagi, aku ok jer lah. Lagipun aku kenal kawan-kawan dia tu. Satu kawan dari skolah rendah,satu lagi masa buat dip. Adra okey dibawa kenduri. Tido nyenyak hihihhhhhhhhh. Bunyi kompang pon dia tak sedar. Kawan2 ayah ea cuit pipi pon dia tak sedar. Ngeliat sikit terus sambung tido hahaha aduhai anak.

Balik dari situ aku ajak dak apple cari durian. Aku teringin gila durian. Masa mengandung aku takut nak makan. Mak pun tak bagi. Panas katanya. Tak elok untuk preggy. Jadi aku tahan sampailah dah bersalin ni.

Sampai ke Jalan Pantai Ampangan mencar . Jumpalah van jual. Tengok kat situ ada dia tulis atas kotak 'GERENTI SODAP' ohoii gerenti sedap kome. Ada durian tembaga,durian udang merah. Lepastu  ada lagi satu jenis tu apa tah. Tapi yang tembaga tu bapak besor. Rega mesti mahal. Almaklomlah belum musim lagi kan. Tapi teringin. Hehe.

Dak apple turun beli. Tanya2 sekilo durian udang merah tu RM 38.00 hengget. Aku nak sebiji jer. Sebiji 800gram harganya RM 25.00.

Aku suruh dak apple bagitahu pakcik tu,belah siap2. Balik rumah senang nak makan. Kopek je. Tak kan nak suruh dak apple belah. Dia makan durian pon TAK. Inikan nak kupas. Bau doyan pon dia pening hihihi. Omputeh celop sangat ni bang.

Penyudahnya masuk dalam bonet,satu kete bau sebab dah suruh pakcik tu belah siap-siap kan. Hahahahahaha. Membebel somiku. Dapat perfume kereta baru. Kihkih.

Balik umah,buka. Perghhh kekuningan isimu.

Nyum nyum. 
Sedap,manis,isi tebal,lemak berkrim.
Isi dalam ada 5 ulas.
Satu ulas 5 hengget. Sedapnyaaa.

Nak lagi boleh tak?
Kenyit mata kat dak apple hahahaha.

Tq hubby. :)

P/s: Korang,suka durian tak? 



7 comments:

cik violet said...

Arghhhh. Sedapnyee. Lame tak makan ni :(

Hana Niey said...

Suka3!!! Lama sangat2 xmakan.. huhu

Nik Azidah said...

Tak suka durian tapi kalau masakan berasaskan tempoyak suka giler hehe...asalkan jangan durian fresh...

Aida Azryn said...

terliur tengok.. hehe. :D

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa lahaii :D

shaFazie said...

azie pun suka sangat,dh lama mengidam ini time prgnent dpt makan seulas 2 je

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
he3
akak tak makan durian
sekian :P