10 June 2015

Adraku Sayang


Diam tak diam. Sudah 3 bulan usia Adra.
Alhamdulillah Adra membesar dengan sihat sempurna.

Kadang-kadang rasa tak percaya.
Sudah punya anak.

Anak yang menjadi pengikat kasih mama dan ayah.

Mama menghitung hari untuk memulakan kembali tugas mama.

Terkadang serasa mahu agar waktu lambat berjalan. Mama mahu selalu bersama awak, Adra.

Mama suka tunggu awak bangun pagi.
Minta disusukan dengan senyuman yang manis. 
Ayah suka usik awak pagi-pagi sebelum keluar bekerja. Awak terjaga,kami senyum berdua. Berebut mahu dukung. :)

Mulutnya asyik bersembang.
Cuba meniarap tapinya peha sudah gedabak. Kahkahkah.
Tak mengapa anak, cuba lagi. Hihi

Moga anak mama sentiasa dibawah lindunganNya 
Meski kita terpaksa berjauhan seketika nanti, moga kamu baik2 sahaja.


Adra Safiyya
Minggu lepas
Kena buli. Hihi.

Masa awal-awal kelahirannya, si kecil ini tidak suka dibedung. Menjerit. Habis keluar tangannya. Hihihi. Aku tetap bedung. Sesekali dia mengalah. Tidur jugak diee haha. Aku beli instant bedung cuddle me tu. Rasa kelako Adra pakai sebab tangan mesti kena keluar. Adududu. 

Next week dah puasa.
Harap dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna.

Tahun lepas puasa dalam keadaan mabuk loya. Fuhh teringat. Muntohhijooo. Nak makan nasik pun tak boleh. Makan bihun hari2. 
Nanti kita cerita lagi. 

Selamat berpuasa semua.

11 comments:

FarhanahAdzlan said...

comellnya Adraaa patutlah kena buli. kalau saya pon nak 'buli' Adra hari2 hahaha

MizzTina said...

muka redha je adra.. hahaha

Sally Samsaiman said...

comel sangat ni awak ni Adra!

Sally doakan keluarga kecil ni sentiasa dirahmati..InsyaAllah.. :)

wawa syaida said...

comelnye adra...wawa tengah menghitung hari ni...nervous2 huuu

eima said...

dah nak kerja dah kan ....

Inani Hazwani said...

omeinyaaa Adraa :D

Yaya Azura said...

nanti eka masuk keje sape jaga adra?

Nina Cik Barbie said...

Comelnyaa

EZAN IDMA said...

comelnya adra. kejap je dah 3 bulan. rasa baru lagi baca entry awak preggy hehe

Miss Sparkler said...

Comelnya si puteri ini! Salam singgah dari harinumunirah.blogspot.com

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
AMIN

psstt : anak akak dolu tak bedung :P