21 June 2015

Bubur Durian

Assalamualaikum dan hi. Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 puasa. Kejap je masa berlalu kan. Rasa macam baru sehari. Hehe.

Semalam. Pegi beli barang nak masak berbuka. Depan pasaraya ada orang jual durian. Perghh kuning kuning uols. 

Aku dah lama teringin nak makan doyan dari Adra dalam perut lagi. Tapi belum musim. Memang takkdooolah haa. Dah beberapa hari dok cakap kat dak apple nak durian. Semalam terus dia ajak beli. Tapi jangan makan banyak katanya. Okiesss. Gumbiraaa hehe. 

Pilih hat sederhana. Kuning. Emm nampak gayo cam lomak manih ehh.
Sebiji 10hengget yoo.

Actually durian is one of my Milk booster. Tapi mengenangkan takut sikecik panas. Aku cuba makan sikit haritu. So far alhamdulillah Adra okey.. Takdo sakit perut ke panas ke. Elok je dia. Tapi langkah berjago. 

Sampai umah. Terus aku call nenek. Acaner resepi nenek buat. Takde tambah kacang hijo ke apa. Stail aku nak makan pure bubur durian. Senang je rupanya.

Resepi Bubur Durian Sodapp.

12 ulas Isi Durian. (Campak dgn biji sekali)

1 mangkuk Santan

1 cawan gula pasir (ikut suka nak manis mana)

Setengah ketul gula kabung.

Garam secukup rasa. Untuk lemak. Tkdo garam memang rasa tak perfect gitchuuu.

Cara. Masukkan semua dalam periuk. Gaul kasi masak. Tetiba. Eh daun pandan bubuh keee? Konpius dah den. Call nenek lagi sekali hahaha.

Ooo takyah buh pandan. Nanti hilang rasa dan bau durian.

Tadàaaaaaa.



Enak dimakan bersama roti Gardenia. Roti lain kurang enak hihihi. Rasa nak makan bermangkuk-mangkuk.

Sekian. Err korang suka bubur durian?


8 comments:

Ezy Loy said...

alaaa kite xmkn duyan.. huhu

Shiqin Sunshine said...

adududu dap nyee ~~ bubuq derian

shaFazie said...

peberet,makan dengan roti memang mavelous

Selamat berpuasa mama adra

cik hani said...

sedapnyaaaaaaa..

kita suka..

Inani Hazwani said...

kalau ada pulut tu lagi sedaap :D waa kecur air liur. hahah

eima said...

kurang gemar .... kami org kedah suka makan durian je ... yg dimasak ni kurang sikit

Nafira usof said...

sedapnyeeeee..*telanailio.

♥TheOnlyFarah♥ said...

sedapppnya..tergugat la..huhuhu