03 June 2015

Kula Cakes @ Kuantan

Hai. Bertemu lagi. Seperti yang dijanjikan. Aku nak update tentang satu cakes shop yang popular di Kuantan. Kula Cakes by Lila Wadi. 100% buatan muslim. Sememangnya Halal.

Sebenarnya dah lama teringin satu signature dessert dia selepas nampak update Hanis Zalikha beberapa tahun dulu. Mango Cheese Cake hehe.

Lepastu terus teringin dan sebelum mengandung Adra lagi dah gedik teringinnya haha. Bila mengandung lagila teringin. Alang2 dah ke Kuantan, jom kita pegi terjah kedai tersebut.

Berpandukan waze dengan keywords Restaurant Khalsa Capati House sebab tengok di Instagram @kulacakes diorang bagi arah nak ke situ search je restoran capati tu , kulacakes sebelah Khalsa tu je. Memudahkan cara gitu. Hehe.

Kot nak makan capati tu pun boleh sebagai credit nak ke @kulacakes hihihi

Sampai je situ. Ohh comel kedainya. Tapi disebelah kedai tu ada mural di dinding. Boleh pilih nak makan di outdoor. Santai je tempatnya.


Ni diluar kedai. Masa kami datang tu team Dewi Remaja 2015 baru selesai buat program kat situ. Tu yang berbelon bagai. Cuma tak sempat la terserempak dengan diorang. Tengok IG Mawar Rashid n Diba Khalil baru tau. Hehe.


Santai,redup je kat sini.


Di dalam kedai. 
Antara menu yang ada.


Walaupun banyak dah habis, tapi nampak menyelerakan. 


Nah ini lah dia signature dessert diorang yang pop pop meletop tu,
Mango Cheese Cake. Memang sedap. Tak terlalu manis. Masam mangga dan cheese yg berkrim tu fuhh sedap..

Jangan risau, mango cheesecake ni SOKMO ADA. Bak kata tagline nyer hehehe.
Masa makan tu cake dia sejuk je. Mmmmm dapp.
Berbaloi datang dari jauh merasa hehe.

Adik aku order Chocolate Moist. Pun sedap. Gambo tak sempat snap hehe.


Ni lagi satu thorbaekkk. Sebenarnya mula2 tak tahu pun air ni antara fav orang yang datang makan kat sini. Masa nak beli tu tengah beratur, semua yang masuk rata2 order pandan cooler. Aku syak sedapla kot tu yang orang order je. Aku pun order la, satu je pun. Ish tau sedap camtu, 3 pon takpa haha. Adik aku order cocoa ice. Pekat dan likat. Sedap jugak.Tapi aku suka yang ni hehe.

Rasanya segar. Ada rasa macam serai, limau nipis dan sedutan tu dah masuk tekak akan terasa aroma wangi pandan tu. Ditambah pula dengan biji selasih. Sedapp.

Bagi yang nak ke Kuantan. Boleh singgah di Kula Cakes ni. Alamatnya

KULA CAKES
A96, Jalan Besar,
25000 Kuantan,Pahang

Dibuka pada 1pm - 9pm 
Ditutup pada setiap hari Isnin.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp
0179711396

Instagram @kulacakes


Sekian, terima kasih

p/s : Sapa penah datang sini? Sedapkan hehe.



11 comments:

Inani Hazwani said...

Ni buat Nani cravingg nak makan manggo cheese cake lagi. Sedaaapnyaa lahaii :D

Yaya Azura said...

akak kulacakes belum jejak lagi..cuma pernah sampai ke lila wadi..akak pun order mango cheesecake dgn pandan cooler..perghh..sodap!

ezan idma said...

kita pon baru nak pergi sabtu ni. cadang nya mmg nak rasa mango cheesecake yg popular tu hehe. nampak sedap

shaFazie said...

menarik tempat ini eka..tgk kek maggo cheese tu sggh menyelerakan
tq share..

HanNis SaNia said...

AMboi hihi. best kan kek2 dia? Memang kreatif owner kek ni.

safurara said...

ramai update pasal mangoo cheese cake ni, tp sbb mango, x teringin pon nk mkn.eh tp kdg2 teringin gak.

Nastyna said...

sesuai sanga tl apandan coole rtu dengan cuaca mesia tu kan.. boleh terasa coolnya ditekak, ni baru baca.. belum try lagi.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ika,
santek deco kedai tu
klasik gitew

p/s : akak xmakan benda2 bijik yg dlm ayor tu he3

eima said...

sedapnye kek //....menarik ....

dongmei pan said...


Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

nini said...

kiutnya kat luar kedai......comel jer.....