03 June 2015

Percutian Singkat #Kuantan

Hai & Assalamualaikum. Lama tak menulis rasa macam nak menulis kembali. Tapi lain rasanya menulis dengan handphone ni. Lembab sikit. Hehehe.

Minggu lepas aku sekeluarga ke Kuantan untuk menghadiri konvo adik bongsu aku. Kami menginap di Bukit Gambang Resort City (BGRC). Whoaa skema beno ayat aku hahaha.

Disebabkan kami ramai,maka aku booking apartment di Caribbean Bay Suite's di BGRC.

Nervous juga nak berjalan jauh kali pertama bawa sikecik #AdraSafiyya ni. Tapi Alhamdulillah Adra ni tak meragam sebab masuk je kereta dia tido. Dari Kl sampai Temerloh dia tido. Pastu tido sampailah dah nak exit tol Gambang baru bangun. Sonang kojo omak ni haha.

Ni apartment kami. Disebabkan aku penah pegi sini beberapa tahun lepas maka aku pilih nak duduk kat sini. Arabian Suite je aku tak try lagi.

Bilik okey, besar. Selesa untuk yang bawa keluarga besar. Harga RM400++ untuk 1 malam include 4 pax breakfast.


Sekitar dalam apartment.
Malamnya kami makan di Restoran Super Top, Tanjong Lumpur.

Udang & sotong goreng tepung.
Sedap. Kenyang makan seafood. 
 Sejak ada anak ni aku kurengg sikit nak snap banyak2 kehkehkeh. Pegang anak kan.

Esoknya Sabtu, check out dan kami ke Bando Kuantan. 

Jalan- jalan Kuantan sambil aku nak singgah ke Kula Cakes.
Lama dah nak ke sana tapi tak berkesempatan. Hehe.

Next entry aku cerita apa yang menarik kat sana. 

Sebelum balik, singgah di tepi Sungai Kuantan. Orang sana panggil Benteng.
Makam stimboat ni. Sedap jugak.
Eh aku semua sedap hahahaha.


Steamboat Benteng.


Jauh Adra berjalan.
Nanti mama ngan ayah bawa Adra jalan-jalan lagi ya.


Okey tuje. Babai. Adra dah nanges hehehehe.




4 comments:

HanNis SaNia said...

hihi amboi welcome to my hometown :)

Yaya Azura said...

kalau tak meragam senang nk bawak berjalan..macam anak-anak akak jugak..asal masuk kereta je tdo..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ekan,
he3
baguih betoi enrty niiiii
sambung lagi la apa yang best kat kuantan tu
akak tengah dok buat itinerary cotik2 ghayer Penang-Terengganu-Pahang-KL ni
toolooonnnn3

nini said...

asliseymannnn steamboat tu mcm beshhhhh Jesse kannnn