29 June 2015

Set Hidangan Terbaru Rosabelle Dari Corelle

Hai semua pembaca.Selamat berpuasa semua. Sekarang ni Eka sedang bercuti selepas bersalinkan baby Adra, jadi sebagai 'housewife sementara' ni memang hari-hari kena masak untuk suami,hari-hari kena fikir nak masak apa. Lagi-lagi dibulan puasa ni.Lagi memerah otak je nak masak apa. Lepastu mula lah nak menghias hidangan lah supaya selera semakin bertambah. Husband eka pulak jenis suka makan kat rumah.Kalau waktu lunch tu mesti nak balik rumah. Siap request lagi breakfast hari ni nak makan apa, lunch nak makan apa.

Baru-baru ni eka diberi peluang menggunakan Corelle dan Corningware Rosabelle.

Set hidangan ROSABELLE ini diperkenalkan sempena ulang tahun ke 45 Corelle oleh World Kitchen Asia Pacific.

Mengenai World Kitchen
World Kitchen, LLC ialah peneraju dalam industry perkakasan dapur. Beribu pejabat di Rosemont, Chicago, syarikat mengilang dan memasarkan produk-produk kegunaan dapur ke seluruh dunia.Ia turut memiliki World Kitchen (Asia Pacific) Pte Ltd yang beribu pejabat di Singapura. Selain mempunyai pejabat jualan serta  pengedaran di China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Filipinadan Vietnam. Di Malaysia, turut terdapat sebuah kilang pengeluaran dan pusat pengedaran.

World Kitchen (Asia Pacific) Pte Ltd memasarkan pelbagai jenama perkakasan dapur yang terkenal serta boleh dipercayai seperti CORELLE, CORNINGWARE, PYREX, VISIONS, SNAPWARE, EKCO, BAKER’S SECRET, REVERE dan CHICAGO CULTERY. Produk-produk World Kitchen menggunakan teknologi terkini demi memenuhi trend pengguna yang sering berubah, sekali gus membuatkan jenama ini terus relevan. Kini, ia terus memenuhi gaya hidup moden di seluruh dunia.

Memperkenalkan set hidangan dari Corelle dan Corningware Rosabelle yang menjadikan hidangan bertambah cantik dan juga sedap mata memandang walaupun lauk biasa je hihi.

Rosabelle pula bermaksud bunga yang cantik di dalam Bahasa Perancis.Patutla cantik kan hehehe. Macam ala-ala zaman Victoria punya corak je.





Eka memang dah lama teringin nak pakai set Corelle ni. Bila dah kahwin ni, terus jadi golongan mak-mak yang nak mengumpul koleksi pinggan mangkuk, set cawan lah macam-macam hehe. Corelle ni pulak memang dah diakui kualitinya yang sangat baik. Nipis je. Tapi tahan.Jatuh pun elok je dia. Terbaekk.

Apabila diberi peluang menggunakan Set Corelle & Corningware Rosabelle ni memang menarik. Ditambah dengan coraknya yang cantik.

Mula-mula tak faham jugak kenapa ada Corelle dan Corningware.

Rupanya Corelle adalah Set pinggan mangkuk.

Corningware ni pula set memasak. Kita boleh masak menggunakan dapur gas,oven menggunakan set Corningware ni. Set ni memang unik dan versatil.


Antara kelebihan set Corelle yang menjadi pilihan pengguna sejak sekian lama ni antara adalah

1. Tahan lasak. Set ini diperbuat daripada 3 lapisan Thermally Laminated Glass

2. Sangat versatil.Coraknya pun tahan lama

3. Tidak mudah pecah. Kira tahan lasak tau.

4. Selamat digunakan dalam ketuhar gelombang mikro

5. Nipis dan ringan

6. Made in USA

Kelebihan Corningware Rosabelle pula adalah

1. Ketahanannya yang diperbuat daripada Revolutionary Glass Ceramic yang dipanggil pyroceram yang tidak meninggalkan sebarang bau ataupun kesan makanan.

2. Sangat versatil. Boleh terus masak di atas dapur mahupun di dalam oven @ microwave dan terus hidang. Wahh memudahkan betul kan?

3. Energy Saving - Masakan dimasak tu akan panas dalam tempoh yang lama. So, tak payah la risau masakan cepat sejuk ke apa kan. 

4. Made in USA & France


Dah rasmi dah set 6pcs ni hehe.


Untuk breakfast sangat cantik.


Ini antara lauk sahur hari pertama menggunakan set Corelle Rosabelle.
Masak Sambal sardin dan ikan sepat goreng.
Simple je tapi bila dah masuk dalam set Corelle Rosabelle ni,Berselera jadinya.




Husband bangun pun terkejut tengok, eh specialnyaaaa sahur hari ni heheheheh.





Harga Set 16 Unit Corelle Rosabelle adalah RM 729.00

Manakala Set 6Unit Corelle Rosabelle adalah RM 629.00

Produk Corelle ini anda semua boleh dapatkan di AEON,JUSCO seluruh Malaysia.

Ha cepat.Raya ni boleh hidangkan lemang,rendang, ketupat dalam set Corelle & Corningware Rosabelle ni.Suka tetamu nanti hehehe.

Jangan lupa ke Facebook World Kitchen Asia Pacific untuk mengetahui sebarang update terkini mengenai produk-produk Corelle.

Sekian, terima kasih.


5 comments:

♥TheOnlyFarah♥ said...

set Corelle memang lawa2 eka.. berkenan jugak..tapi sampai la tak terbeli lagi..hahaha.. aduhai lama btl tak singgah sini..tup2 dh bersalin ek..sedap nama baby adra..=D

Inani Hazwani said...

Cantiknyaa set ni :D

Liyana said...

cantik.. tp mak x mampu uols hihi
syg nak guna nt hehehe

Cik Puan Amy said...

As salam. hai eka, salam perkenalan. Saya bekerja di World Kitchen Manufacturing Sdn Bhd yg terletak di pasir Gudang Johor.
Alhamdulillah, sejak kerja di World kitchen dapat juga saya merasa pakai jenama corelle , corningware , vison, pyrex. ermm corelle memang terbaik, ringan aje.

suhailey mohd noor said...

wa..cantiknye! huhu yang ada kat umah tu pun belum guna