10 July 2015

Bidadari Syurga

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas. Hari Rabu selepas berbuka. Emak dak apple call menyampaikan berita sedih yang meruntun hati dan jiwa semua termasuklah aku yang bergelar ibu.

Anak adik biras aku. Baby girl. Usia dua bulan 17 hari, pergi mengadap ilahi dengan sebab yang tidak diketahui. Muka berubah biru sewaktu ibunya ambil dari jagaan pengasuh.

Allah. Allah. Allah.

Maka bergegas kami anak beranak bersiap untuk menziarahi bidadari syurga tersebut di Hospital Az Zahrah Bangi.

Sesampai di sana. Sayu.

Aku berpeluang melihat bidadari syurga. Pertama kali dan terakhir kali.

Sejuk. Biru mukanya. Tapi cantik. Lembut wajahnya. Sempurna ciptaanNya.

Allah. Aku cium dahinya. Wangi.

Ya Allah. Kenapa begini jadinya sayang. Sampai sini sahaja waktumu di dunia sayang.

Aku terbayang anakku Adra Safiyya. Aku kelu. Aku sedih. Aku hiba. Berlinang air mata aku. Betapa berat dugaan yg Allah swt berikan pada mereka. Lagi2 di bulan yang mulia ini.

Ibu mertua serta kak ipar ku turut sama. Kami menangis hiba sewaktu melihat ibu saudara bidadari syurga melapiknya dengan telekung untuk dibawa pulang.

Ditambah dengan esakan ibunya memeluk ayahnya dengan hiba. Mereka tenang. Tapi berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul.

Al Fatihah untukmu Bidadari Syurga, Aliya. Bergembiralah bermain di taman syurga. Bertuahnya ibu ayahmu. Ada yang menanti di sana. Moga kalian bersatu nanti.

InshaAllah.

P/s: Minggu depan. Aku memulakan tugasanku. Beratnya hati untuk meninggalkan Adra untuk bekerja. 4 bulan dia tidak berenggang denganku. Allah berikan aku kekuatan. Moga Allah lindungi anakku.


3 comments:

shaFazie said...

Ya Allah sedihnya eka,semoga mak & ayahnya tabah dgn dugaan ini tambah pulak nak raya kan..
Salam Takziah & Al Fatihah..

eima said...

Ya Allah sedihnya .... tak dpt aku nk bygkannye dik
persiapan raya si bidadari syurga juga mesti dah siap .....
dugaan yag maha besar ... kirim salam pada sepupu ko ye dik .... sampai salam takziah dariku .....

Puan Awin said...

naluri seorang ibu....terkesan baca...x dpt bayangkan klu kita kat tempat mereka ....berat ujian mereka....al fatihah buat bidadari syurga...