02 July 2015

Jalan-Jalan

Assalamualaikum dah hampir dua minggu kita berpuasa kan. Kejap je. Persiapan raya belum siap lagi sebenonyer. Cuma aku adelah tempah biskut dan kek untuk raya nanti. Nak buat rase macam malas. Hehe. Tahun ni giliran beraya di rumah family aku. Perak yo. Tahun ni cam tak sangka sambut bertiga dengan baby. Tahun lepas pon bertiga tapi baby dalam perut. Tahun ni bole kutip duit raya kan Adra hahaha.

Dua hari lepas. Kami ke Jln TAR. Saje nak tengok kemeriahan Jalan TAR. Tiap tahun mesti peg . Tapi kali ni tak masuk pun kat bazar belakang tu. Bawa anak kecik. Kesian dia bersesak kan. Jadinya ke Sogo je kejap. Nasibla tak ramai sebab hari bekerja kan. Kalau weekend pepahamlaa.

Tunggu dak apple balik office. Siap2..


Mama dah ade teman la kalau nak selfie hihihi. 

Zuppp sampai sana. Adra macam biasa. Suka berjalan. Merengek nak susu je. Sampai depan Sogo tengok ramai bersadai berbuka kat depan tangga Sogo . Hah pelagi. Kami pun dah bawa air siap2. Join sekaki berbuka berjemaah. Nasib tak bawak tikor je. Kalau tak berkelah kat situ hahaha. Abam2 juai ayor guna tong kaler oren pon berbaris depan Sogo tu. Senang nak beli.

Dah siap solat semua. Naik atas food court jap. Isi perut dolu.


Amboi manje ayah ni.
Tengokla mata dia kalau tengok makanan. Lek lu adik. Tunggu lagi dua bulan kite makan puree ye. Hehe

Mujur tak ramai pon orang. Sempat sambar dua helai baju untuk Adra. Sehelai untuk Zara. Murah je. Beli baju branded pun kecik lagi baby. Berjimat hehe. Beli yg biasa2 sudah. Lepastu tengok jam dah 9.10 pm. Sogo dah buat pengumuman yg deme akan tutup Sogo pukui 9.30pm. Mak ai awei betoi. Selalu lambat. Aku tengok kelam kabot Mak2 pak2 pilih baju sarung cepat2 kat anak.

Nampaknya baju aku idak la berbeli lagi. Esok2 jelah. Baju ayahnya dah beli. Tinggal nak berbaju melayu je lagi. Nnti kita cari lain kali.

Balik tu ayah Adra bawa gi RSMY pekena naan cheese. Fav mama kalau nak makan naan cheese. Masa preggy selalu makan situ.


Sedapppp. Tapi macam kocik jee sekarang. 

Sekian. Tu je nak kabo. Kome udah membeli ke? Bersederhanalah kita tahun ni. Dgn gst. Dgn pelbagai lagi kenaikan barang maka berhemah lah kita ye tuan puan.



8 comments:

mrs.aziz ummi aariz said...

tu la tahun ni raya ber GST la kita...dh la nk dekat2 raya org nk balik kmpg boleh pulak minyak naik...mmg kena berjimat cermat la raya tahun ni...akak tahun ni mmg terasa la sbb anak dh 2 kan...sbb tu sebelum puasa lg dh beli sikit2...tk terasa sgt...akak pun lebih prefer beli baju anak2 yg tk branded pun time dorang kecik....bila dh besar ni baru babah dia beli yg branded...tp tu pun setahun sekali time nk raya...tp baju branded kt sogo still murah lg kalo sales kan...

MizzTina said...

kami semua blm complete membeli.. pening kpla semua naik harga ni..

Fieda Redzuan said...

sy satu apa pun belom beli lagi.. kuih raya je yang dah tempah. haha

eima said...

sedapnye nan cheese ...

kami dah beli sblm raya dah tu tahun ni tak kalut ..anak2 dah besar ni letih byk diorg shopping ... byk ragam hehehe

sa'adah by atiehilmi said...

behave nye baby.. kalau anak akak.. mana mau diam.. adoi.. ni nak shopping raya pun tak boleh sekali jalan.. dorang tak mo berlama2.. pening dengan kelaku masing2.. hee~

shaFazie said...

comey mama & adra selpie yerkk..

eka,RSMY itu area mana yerk? dah lama sangat cari naan cheese ini sejak pregnant sampailah ni..ngidamm pulakk hihi

Inani Hazwani said...

Amboii bestnyaa jalan jalan :)

Suriya Majid said...

lama tak singgah sini, dah ada baby awak ye. tahniah. selamat hari raya bertiga.