16 July 2015

Raya Raya Raya

Assalamualaikum semua.

Tatkala orang tengah sibok melemang merendang melontong mengetupat bagai, aku ni ha kat opis lagi. Memang aku saje tak nak cuti awal. Sebab nak cuti lepas raya. Lagipun cuti tahun makin menyusut sebab unpaid leave haritu. Mengikut pekeliling, cuti tahun memang kena tolak. Sebulan dua hari kene tolak. Total 4 hari kene tolak. Ngeeeeeeeeeeee.

So, tadi husband hantar. Harini half day.

Adra tinggal kek umah nenek. Tak sabor rasanya nak beraya esok bawa Adra. Hehehe.

Tahun ni kami bertema purple. Baju Adra dah beli, baju ayah dah beli. Baju mama tak dapek laie ni camno? Hahaha jap lagi pegi cari baju raya.

Dikesempatan ini eka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca belog eka, termasuklah sweet stalker semua. Hai. Lambai tangan sikit. Lambai laaa. :p

Kira kosong-kosong.

Ni, meh dengar lagu ni. Antara lagu raya baru yang menarik dan sedap.



Ni ha Waris punya lirik win.


Bongka La Poit Buang Ghoba,  Nijam Dogheh Poei Mandi,  Baju Melayu Dah Gosok Ko?  Apo Ekau Buek Malam Tadi,  Wan Dah Tanyo, Bilo Nak Ko Sojid?  Kutbah Dah Mulo, Nak Solat Ghayo,  Polak Den Tunggu Ekau Tak Bongka Juo,  Angek Lak Ati, Kang Den Lak Kau Bonci,  Ghondang Itik, Sodap Bona,  Itik Eh Boli Kek Juasseh,  Dogheh Bongka, Dogheh Bongka,  Ghayo Ghumah Mato air,  Kisah Di Pagi Ghayo, Bermacam Tawo, Bermacam Hibo,  Lomang Ketupek Tosodio, Apo Ekau Tunggu Laei, MAKAN!





4 comments:

Lynda Che Lah said...

Selamat Hari Raya Eka
Akak tiap tahun keje sebelum Raya dan selepas Raya
cuti save utk event tertentu je ngan standby anak tak sihat..
huhu

aizamia3 said...

Selamat hari ghayo buek Eka dan family..
Patutnya ai pun keje ri ni sebab bukan buek apopun kat ghumah.. tapi takpelah.. temankan anak2 berjimba dalam rumah.. hehehhe.. malam nanti kot baru nak packing baju balik Selatan, takpun pagi esok memandangkan mak ayah ado kat KL so takdelah ralat sangat.. hehehe..

Nastyna said...

Siap buh lagu lagi haaaa... hehehe Selamat hari raya jugak. Kami tak kemana mana punnn.

Inani Hazwani said...

Selamat Hari Raya :)