23 July 2015

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan hai semuaaa. Harini dah 7 Syawal. Kejap je masa berlalu kan. Tahun ni alhamdulillah beraya bertiga dengan our little princess. Teruja. Sebab nak bawa Adra jalan2 dan kutip duit raya wihuu hahaha. Ayah adra paling excited. Malam2 sebelum tido. Pastikan sampul raya letak setempat. Nanti simpan bank!

Tahun ni giliran beraya kat rumah family aku di Perak. Malam raya gerak pegi kampung nenek aku. Tidur kat sana. Tidur jenis lambak. Berderet je semuanya. Best. Kitorang ade anak kecik so special sikit ah dapat space yang beso dekat ruang tamu muahaha.

Bangun pepagi siapkan suami dan anak dulu. Lepastu terus ke dapur siapkan hidangan rayo. Adoiyai baju raya pun pukul 10 baru pakai hahah. Bising dah dak apple bile nak tukar baju ni, nak bergambo bagai. Baru je pakai. Tetamu dah mai beraya. Sibukk dah sejak jadi mak mak nih. :p

So. Inilah gambo raya kami.


Purple theme
Malam raya baru cari baju. 
Padahal Bangi Sentral tu ha melambak baju, tak terpegi.
Haihhh 
Raya bertiga tahun ni. Agak2 tahun depan raya berempat tak? 
kahkah. 


Happy girl~ Weeeee..
Hihihi. Rindu lak tengok gambar anak mama ni.



Mama, Adra, sepupu n makcik.

Tu napenyer muka terkejut tu baby hihi.


Born in Perak yooo.

Nak dijadikan cerita, hari raya kedua pegi la raya umah adik ayah aku.
Suaminya, Adra panggil Tok Chik Man.

Dia tanya, baby minum susu apa. Peha kemaen beso lagi.
Aku pun cakapla, susu badan je tokchik.
Dia kata uihhh bagusla. Baby boy kuat nyusu, biar beso lagi.

Aku dan semua pun, eh BOY?

Adoyai Tokchik. Girl la. Hahahahahaha.
Dia dah gelak. Acikman ingat lelaki. Sebab muka lelaki.
Kebetulan Adra tak pakai headband. Dia dah bukak. 
Kuikuikuikuikui. Dah nak masuk 5 bulan, baru sedor ke Adra ni girl.

Hahahahaha
Tapi muka Adra memang nampak baby boy.
Muka ayah die. 

Lepasni cite pasal kuih ghayo lah yo.
Den dah masuk kojo nieee





13 comments:

Puan Awin said...

salam aidilfitri...maaf zahir batin buat eka sekeluarga...

Khalid Kyle said...

Selamat Hari Raya ye buat sis eka sekeluarga :)

Nastyna said...

Selamat hari raya Adra, kalau ada dekat aunt dah bagi duit raya :) takpa la muka boboy pun, tetap comel. anak2 kami ni pun orang tak tau jantina depa hahaha.

Hafizin Jamil H.J said...

Selamat hari raya ibu Adra. Moga sihat dan gembira bersama keluarga tersayang. :)

aizamia3 said...

Teringat kenangan kali pertama bawak dak Nuha balik kampung.. bapa saudara pandang pelik pada kitorang masa nak pakaikan gaun pada dak Nuha.. dia ingat boy sebab sebutan nama tu dah macam 'anuar' huhuhu..

safurara said...

holloh3 omei angat neh!

eima said...

wahhhhh budak fully bf ni mmg mantap badan die ...... boy ka ai nampak girl je ..sbb pakai bj perak tu kot

♥TheOnlyFarah♥ said...

Selamat Hari Raya Eka.. mesti best kan 1st time raya bertiga.. comey jer tengok adra.. orang kat muka iras ayah nie sejuk..hehehe.. =D

zulhilmitempoyak said...

Selamat hari raya Eka! Harap dapat beraya bertiga tahun depan. Hmm.. berdua pon ok. Hehehe

Ellina said...

selamat hari raya eka..lama xsinggah sini..comeynye bby Adra..mcm bby ell la..smpai opah pun slap boy ke gegel..tu la..copypaste muke ayah sngt hihi..

HanNis SaNia said...

dah besar adra boleh berjalan-jalan :)

LYAfrina said...

alhamdulillah..raya pertama buat si comel...

salam aidilfitri eka..
maaf zahir n batin

QasehnyaRania said...

comelnya adra senyum tu..
samaa lah dgn rania saya dlu, org ingt boy jga.
sbb tu suka saya pakaikan headband
itupon ada yg dok kata boy juga.sbb muka iras ayah dia..
sabaq j la kan