14 July 2015

Start Kerja!

Haih. Nampak tak tajuk entry tu siap ada tanda seru. Tegas nampaknya ayat tersebut.

Semalam.

Bermula lah tugasan aku. Nyesal tau dak apply cuti tak tengok tarikh. Kalau lah aku tau, aku ambik je unpaid leave setahun. Dak apple tak habis2 bising kenapa tak tengok tarikh masa apply. Hahahaha. Adui bang. Sorry.

Alhamdulillah Adra okey. Pandai pulak guna botol semalam. Jenuh beli macam-macam puting, comotomo bagai. Alih2 dia nak yang fiffy punya.

Buat masa sekarang Adra dijaga oleh mak dan adik aku. Aku pun berulang lagi ni sebab alang2 dah nak raya ni. Gigih mengepam buat stok untuk anak tercinta. Adra masih fully bf.

Yang kelakar, Adra senantiasa nak pegang baju ayah. Nak main baju ayah. Sedih bila adik whatsapp kitorang yang tengah kroje ni tengok Adra peluk baju ayah. Memang Adra pun rapat dengan ayahnya. Manja ayah. Dengar suara ayah je dah berpaling muka tu ha. Tangan dah mintak angkat. Tu pasal muka sebijik ayah kot. Hahaha.

Aku sebenarnya agak terasa sikitlah dengan pertanyaan-pertanyaan yang bertanya bila nak tukar, bila nak tu, bila nak ni. Kenapa berulang, kenapa itu, kenapa ini. Tak suka. Bukanlah tak boleh bertanya, aku okey je bagi yang bertanya biasa-biasa. Tapi kadang2  ada macam over sangat bertanya tu.

Pertama, kenapa aku tak suka?

Kerana aku yang rasa, kome tak rasa. Hanya yang pernah rasa sahaja faham.

Kedua, kami mampu merancang. Allah swt yang menentukan. Noktah.

Ketiga, orang ingat kita suka-suka nak tinggal anak ke ? Inilah dilema ibu bekerja. Nak tak nak. Kena.

Tapi itulah, aku hanya mampu berdoa agar semuanya dalam lindungan Allah SWT.
Berhenti bertanya itu dan ini, kadang-kadang mengguris hati sampai semua nak ditanya.



Anak mama ni. Dah 4 bulan lebih dah.
Kejap je rasa. Time 4 bulan ni, sronok main dah.
gelak mengekek.

Rasa nak terbang je balik rumah. Hahaha.
Tak sabo tunggu 4.30 petang.







6 comments:

metware said...

ambooiii, tampak elok nian blog niii..
please visit it http://metware.blogspot.com

Lynda Che Lah said...

Semoga semuanya dipermudahkan..
tak sempat nak melawat sepanjang Eka di Bangi dan KL
Insya Allah rezeki lain kali

Inani Hazwani said...

selamat bekerja. hehe. hai adra omeii :)

Fatihah Fazlin said...

comelnya adra....

LYAfrina said...

yeayy!!!
dah besar dia..mata sgt comelss.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

HanNis SaNia said...

comel.. adra tinggal mana masa g keje?