25 August 2015

Adra ke Cameron Highland Part 2 @ Big Red Strawberry Farm

Assalamualaikum dan hai semua. Sambung lagi part dua kisah jalan-jalan ke Cameron Highlands. Part 1 di Lata Iskandar boleh Klik sini.

Sampai je atas, kami makan dulu dekat Medan Selera Pekan Brinchang. Sedap jugak makan sejuk2 tu. Tapi aku order juice strawberry, nampak sangat pakai kordial. Merah2 habis mulut kami. Ishhh tak sedappp.

Masa tu cuaca sangat terik tapi udaranya sangat sejuk dan nyaman. Air paip dia je macam air batu. Sapa yang ke toilet tu mesti menjerit kecil. Auch hahahahahaha :p

Aku first time ke sini. Selalu aku ke Raju Strawberry. Rupanya sini lagi best. Dessert dia bermacam-macam. Sediakan aja uwangnya ya. Kawasan big red ni dekat belakang kawasan perumahan. Aku pon tak sangka kat situ terletak tempat ni.

Jom layan gambar.


Ni kena paksa bergambar sebab asyik sangat dia nak tengok benda alah berwarna warni kat belakang mama dia tu. Hihihi. 


Mama Adra, Ibu Zara
Nak tergelak. Maklong letak spek mata kat kepala.
Eh Zara pun nak buat jugak macam maklong hahahaha.


Masuk je naik tangga, ada kolam ikan koi.
Seronok budak2 ni tengok ikan berenang-renang.


Aku nak tangkap gambar ni,
pakcik tu cepat2 alih muka dia pandang kelain.
Malu ye pokcik. Hahaha


Auchakkkkkkkkkkkkkk.
Cikuchakkkkkkkkkkkkk.

Nampak muka awak je Adra.
Sejambak disitu hehehe.



Suka sangat dia tengok bunga,
semua nak direntapnya hehehe.



Tadaaaaaaaaaaaa.
Mestilah ada gambo strawberry kan hehehe.



First time tengok strawberi, waaaa teruja betul anak mama ni ya.
Dia pegang, dia nak tarik, nak masuk molot hihihihihi



Hihihi genggam erat strawberiku ini yeahh.
Jenuh ayahnya leraikan genggaman buah stoberi tersebut.

Datang sini tak sah lah kalau tak pekena dessert dia yang bermacam-macam 
dan mestila berasaskan buah strawberi. Ada salad jugak, ada butterhead juice. 
Hijau je. Ko mampu nak minum ayor salad butterhead?
aku tak mampu, mampu tengok je muahahaha. 



Ni dessert kami.

Chocolate Fondue 
Waffle with Strawberry Jam and Ice cream
Strawberry Cheese Cake
Strawberry Milk Shake
Strawberry Tea
Strawberry Sundae.

Aku suka semua.
Hahaha fresh. 


Aumm melt. 
Sedapnyaaa. Teringat plak.
Meleleh air liur.


Sian anak mama.Dia sangat geram tengok orang makan. Hihi.
Nak terkam je. Selalu terkam cawan mama.
Nasib mama minum air masak je taw.
 Sikit lagi awak boleh makan dah tau.
Mama buat puree untuk awak nanti.
Boleh ke strawberry dibuat puree? 


jalan-jalan kat situ. Tengok macam-macam bunga adaaa.
Geram je tengok bunga-bunga tu semua.

Kat situ banyak gila lettuce.
Berjenis-jenis ada. 
Antaranya coral, red coral, butterhead.
Semua ditanam menggunakan kaedah hidroponic.

 

Amacam, geram kan tengok hijau jerrr.
Eii geram sangat.



Ni Coral lettuce.
Aku suka makan coral lettuce ni cicah ngan sambal belacan.
Sedap gila. 
Lepastu cicah ngan sambal tempoyak,pon sedap tau.


Ni red coral lettuce.



Tengok Adra, kemaen lagi dia pon geram sangat nak terkam coral lettuce tu.


Haaaa buat apa tu Adra. Tarik apa tu.
Nak cicah ngan sambal belacan ke dik? Haha


Finally dapat jugak direntapnya.
Nasib takde orang nampak hahahaha.

Lepastu sepanjang laluan nak ke cafe tu, ada pokok anggur kat atas kepala kita.
Nampak la anggur bergayut tapi tak snap plak. Nak amik tak boleh sebab ada cctv tau haha.

Tapinya, next time kalau pegi sini, kami takmau ah parking kat atas n keluar kat bukit tu.
Seriau gila kauuuuuuuuuu. Punyalah curam n sempit masa turun tu.
Aku ngan ibu Zara dah istighfar bebanyak dah ditambah dengan dak apple pun diam je time turun tu hahahaha gile ko gayat nak pengsan hokay. 

Patut ah ramai parking bawah je. Memula nak parking bawah.
Ada pekerja cakap sian bawa baby, parking atas la kaka. 
Jalan jauh la kaka. 

Ahhh aku rela jalan jauh lepasni dari turun bukit tinggi gile tu hahahahaha



Ni time kat Kea farm
Beli sayur, beli buah, beli topi yang Adra pakai tu. Hihihihi.

Mula-mula Adra pakai selepas beli tu.
Harga RM 10.00. 
Dah keluar dari kedai tu, sekali si Zara plak nak Opi, ayah. Nak Opi.
Adik ipar aku belikan kat kedai depan sikit, Rm 7.00 je
hahahaha hampeh. 

Lepas je beli topi, Zara pakai ditambah ngan spek hitam.
Sekali Adra tengok, melalak menangis Adra takut ngan Zara hahahahahaha.

Tadaaa ni ha gambornya


Hihi sian anak mama.
Kakak Zara nampak garang ke apa kamu nangis ni Adra hiihi.


Okey , habis cerita buah stobeli.
Tak lengkap rasanya kalau pegi CH tak cerita pasal setelobeli.

Tata, next pasal teh lah.









9 comments:

Liyana said...

yeke x boleh amik gambar anggur bergayut tu?
akk hari tu pegi selamber je p snap2 gambar anggur tu ahaha

Nastyna said...

Suka betul dia ngan buah storberi tu langsung tak nak lepas yer.. dah ready nak makan sangat2 dah ni dia kan, eh stoberi tu u bagi jer sebijik2 kat dia ngap gitu, tak payah puri,, takpun buh dalam apa ke bendanya food feeder? baby feeder? namoak salad tu terus teringat nasi ayam.. tah kenapa.

Cik Puan Eka said...

Haha bukan tak bole tangkap gmbar maksud eka tak boleh amik buah anggurnya haha

Cik Puan Eka said...

Tula taknak lpas kak naz. Ooo bih dalam jaring baby tu eh. Okay nanti nak beli haha. Salad buh kat nasi ayam kann hihi

mia kaftiya said...

comelnyaaa adraaaa.. *cubit pipi* tengok adra macam tengok raisya anak buah kite. huhuhu >__<

Sue PeLik said...

mintak sikitt strwbey coklattt tue....
huhuhu(merah jambu)

Inani Hazwani said...

Pehhh starwberi celup coklat tu menggoda :D

IQ = Iez Qis said...

bestnye! rindu nak pergi sana...mungkin ada rezeki bila da ad anak nanti..huhu~

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
ooohoooooii
strawbery celop cekelat