19 August 2015

Diari Mengandung Part 3 #bukupink

Hai. Sambung balik cerita ngandung-ngandung ni. Opss ni throwback tau. Aku dah selamat melahirkan bagi yang tak perasan hehe. Cuma aku taip dari preggy. Sekarang ni memang tak ingat dah. Urat halus banyak putus dah hahaha. Pelupa yang amat. 

Aku ambil keputusan untuk check up di KK. Ramai yang tahu, KK sangat details. Alhamdulillah KK yang aku pergi ni sangat ok, nurse dan doc semua baik2 dan sangat membantu.

First check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Tak tahu pape ni sebab ada orang kata, lain KK, lain caranya. Tapi satu je nak ingatkan. Bila kita dah mula preggy. Banyakkan bertanya. Walaupun ada orang yang bila kita tanya macam emm entahla. Emmm tak tahulah. Emmm tanya kat doctorlah emmmm emmm. Bagi aku bila tanya kat ramai orang,banyak pengalaman yang berbeza. Takpela yang tak bagi kerjasama kan. Ramai yang bantu. Terima kasih.

Mula-mula ingat nak pegi lewat sikitlah. Tapi bila ramai cakap elok pegi time ni. Masa tu aku nak dekat dua bulan rasanya. Aku pun call klinik tu. 

Klinik cakap, kalau dah tahu je pregnant, dah boleh terus buat buku pink.

Disebabkan dak apple pun nak ikut sama, nak teman. Maka aku tunggu dia cuti. Baru kami pegi sama-sama. Debar ni hehehehe.


Sampai je klinik, pegi kaunter. Nak buat buku pink. Ambil nombor giliran.


Stage 1


Ada sorang nurse yang akan isikan biodata kita di buku. 
Tanya tarikh LMP. 
Penting tau ingat tarikh hari pertama last period
 untuk menentukan usia kandungan dan Estimated Due date kita. 
Sebab tu kita kena tick setiap kali kita period. 
Kemudian tarikh kahwin, suami merokok ke tak etc.

Masa tu rasa macam tak percaya je aku dah ada buku pink. 
Selama hari ni aku tengok orang je ada buku pink hihi.




Buku pink tersebut.
Dalam buku pink ni banyak info tentang kehamilan.
Aku amik masa gak baca.
Sebab ni kandungan pertama.
Banyak benar benda yang aku tak tahu. 

Amalan pemakanan dan sebagainya.
Orang kata tak payah ikut sangat.
Tapi semua mak bapak nak kan yang terbaik kan.

Stage 2


Kemudian aku kena ukat tinggi dan juga berat.


Masa tu berat aku 67kg. Gitu. 
Antara tanda2 mengandung aku, tu ha berat naik mendadak. 
Sebelum tu 62kg jer. 

Stage 3

Lepas ukat tinggi dan berat, kena amik darah pulak.
Kat sini setiap kali check up ko kena amik darah dan urine test.
Dah siap amek darah, ke makmal pulak untuk urine test.
Dah siap urine test.
Tunggu kejap untuk check gigi.

Gigi okey semua. 
Tunggu masuk dalam bilik nurse.

Di dalam bilik nurse tu, kena check tekanan darah,
Ulas tentang HB. 
Alhamdulillah HB aku maintain dari awal pregnant sampailah selepas bersalin.
Nanti aku share ye, apa yang aku amalkan. 
Ada la nurse terangkan tentang info2 awal kehamilan,
makanan apa yang boleh dimakan dan lain-lain.

Kemudian, selesai.
Next check up baru jumpa doctor. 


*Balik first time check up tu, aku ke klinik private untuk scan. Betul ke pregnant ni, hehe. Kemudian aku nak memastikan juga keadaan janin. First time kan. Gusar tu tetap ada.

Alhamdulillah, dah ada heart beat. Nampakla jantung baby berdenyut. Masa tu sangat speechless. Janin terletak elok di dalam kantungnya. Dalam hati berdoa semoga semuanya dipermudahkan. 

Next, emmm nanti jap semak dulu lepasni nak cerita pasal apa pulak hehehehe. Ikut turutan la ye. Nak cerita jugak pasal aku kena marah dengan nurse sebab setiap kali check up je berat naik, banyak pulak tu. Hehehehe. 

Paling membantu, TQ Blogger Doc Faiz yang banyak bagi info, menjawab segala persoalan kalau ade yang tak jelas. Sampaikan kalau ada yang tak kena sikit, dak apple plak cakap, dah tanya Doc Faiz ke belum. Haha. Alhamdulillah TQ Doc. Jasamu dikenang. Mana tahu, untuk anak nombor 2 pula kalau ada rezeki. :p




5 comments:

cik hani said...

nasib baik ada blo kan, boleh dapat pengalaman dari blog lain jugak kalau pasal mengandung kan..

eima said...

THROWBACK LA NI KAN ... HEHEHEH

Daddy Ziyyad said...

Bagus entry awak ni..
Step by step..sebab mmg ramai 1st timer yg pregnant tak tahu..

Saya doakan moga lepas ni cepat utk yg ke 2 ..hihihihih

SweetLikeWhat said...

hai eka..salam kenal juga..satu opis dengan asri ke..alahai keciknye dunia..hehe

HanNis SaNia said...

Wah cantik lagi x buku pinknye?? sy punya masuk kandungan 5 bln lbh da nk hancur bawa sn sini. haha... ni pn salotep tepi2 buku kasi cun balik