20 August 2015

Diari Mengandung Part 4 # Makanan Tambahan

Hai semua. 

Assalamualaikum. Sambung semula mengenai diari mengandung. 
Macam biasa, ini entry throwback ya. Suruh ingat sekarang , memang tak aaaaa. Hahahaha

Pertamanya, aku ada la terfikir nak makan pil2 vitamin yang lain. Tapi aku takut hahaha. Mintak cadangan dr Doc Faiz pun dia kata no, tak perlu. Makan je vitamin KK bagi. 

Vitamin KK bagi, tula Vitamin Hematinik tu. Acid Folic, Vitamin B, Iron Tablet dan Vitamin C.

Okey aku pun makan aje vitamin2 tersebut sampailah 9 bulan aku mengandung ditambah dengan makanan2 sunnah yang lain. 


Walaupun.

Walaupun.

Walaupun bau iron tablet tu, dan rasanya agak ermm ermm, susah nak cakap rasa dia.Tapi demimu anak, kugagahi juga telan.Walaupun loya haha. Tu pun antara penyebab HB maintain kot. Cara makan iron tablet pun lain. Selalu makan pagi-pagi sebelum breakfast, 
supaya zatnya menyerap di dalam badan. Cuma jangan minum atau makan yang mengandungi caffein. Nanti susah nak menyerap. 

Kalau yang ada masalah HB tu, makanlah Iberet. Takde bau tapi beso le pulak hehehe.

Mula-mula aku pregnant, aku tak minum susu pun. Dah dekat dua bulan, baru aku cuba try anmum materna perisa mango sebab aku muntah teruk masa tu. Susu pun tak boleh telan.Lagi pun tak sedap pon ikut tekak aku hahaha. Tekak orang mengandung ni, memang sangat lain. Berbeza. Hidung lagilah peka. Bau dia, tak tahannn.  

Aku minum la jugak sikit-sikit. Dah nak habis susunya aku stop. Aku tak suka bau mangga dia.Mula-mula rasa minum yogurt perisa mangga, lama2 aku tak tau nak cakap rasa apa. 

Lepastu aku try frisomum. Ingat nak beli, tapi aku request sample dulu. Try rasa, eh sedap la pulak frisomum. Macam rasa susu HL. Tak manis sangat macam yang susu sebelum. Banyak jugak dapat sample dia. Minum tu sampai habis.

Sambil-sambil tu, dak apple ada tanya, boleh minum susu kambing tak.Sebab, budak sebelah meja dekat opis dia tu, bininya mengandung jugak. Awal sebulan dari aku. Eh macam berjanji plak. Haha. Bini budak tu minum susu kambing WILDAN. Tu budak tu suggest suruh laki aku beli untuk aku.

Aku pun rasa nak try jugakla sebab susu kambing kan elok. 



Antara kebaikan susu kambing adalah seperti ini.


[ Klik gambar untuk paparan lebih jelas ]


Masa balik dua minggu lepas, dak apple dah belikan aku sekotak susu kambing Wildan tu. Semangat betul dia aku suruh minum. Aku pun bancuh, 3 sudu + air suam. Bila dah minum, sedap lah pulak sebab dia rasa lemak-lemak dan tak manis langsung. Susunya bukan kaler krim kuning macam susu lembu biasa. Susunya warna putih bersih. Halus je serbuknya. Aku macam ketagih pulak nak minum susu kambing tu. 

Lepastu bila bancuh susu tu, suam2 hangat tu masukkan kurma yang dah dicarik dalam 3 biji. Perghh sedap gila susu campur kurma. Yang preggy tu boleh la try. Makanan sunnah ni bagus kita amalkan semasa mengandung dengan niat supaya baby kita mendapat manfaatnya termasuk ibunya sekali. Cuma aku ambil susu tu sehari sekali je.

Selain daripada aku minum pati delima Gulsan. Pati delima memang aku amik sejak dari awal preggy lagi. Lagi-lagi masa muntah teruk. Aku tak boleh minum air masak sebab tekak aku pahit amat.Kena minum air masam-masam berperisa. Alhamdulillah rasi walaupun rasanya super masam. Kalau bancuh ngan air lagi masam, jadi aku teguk je sesudu besar pati tu setiap pagi. Terpisat biji mata aku. Masam tapi boleh pegi la kalau minum macam tu saja tak bancuh dengan air. 



Seperti yang sedia maklum, delima sangat bagus. kaya dengan antioksidan.Ada entry pasal delima tapi tak sebut plak aku mengandung time tu, kan nak suprise hehe. Klik SINI.

Aku ada beli saffron juga. Bapak mahal saffron tu 1 gram RM 28.00. Tu aku masukkan dua urat dalam air mineral 1.5 liter. Rasa sedikit payau tapi khasiat sangat bagus. Kadang-kadang bancuh susu kambing tu, campur kurma dan masukkan dua urat saffron dalam tu. Kemudian minum. Rasanya, sedap. 


Ni la rupanya.
Macam asam tembakau kaler merah yang kite makan kocik-kocik dulu kan.

Antara khasiatnya adalah :

Dapat mengelakkan bayi anda terkena demam kuning selepas dilahirkan

Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.
Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
Bengkak hati atau hipatitis A dan B
Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
Menambahkan tenaga zahir dan batin
Masalah mati pucuk, sembelit
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain

Time pregnant jugak aku suka makan buah. Tapi buah oren,mangga,betik dan jambu batu. Lagi satu, aku sangat suka makan anggur. Baru tahu anggur good untuk kuantiti darah kita. Wajib ada dalam fridge hehe. Makanan yang lain-lain, aku tak ingatlah. Cuma satu jela, kita kena jaga makan. Makan yang berkhasiat. yang paling penting, 

elakkan makan asam atau jeruk,

elakkan makan makanan yang tajam,

Makan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran bayi di dalam janin kita. Mohonlah semoga anak yang kita kandung dalam keadaan sihat sehinggalah waktu melahirkannya. Perbanyakkan solat hajat, baca Al Quran, Surah2 pilihan seperti surah Yusof, Maryam dan jangan lupa amal ayat Kursi dan ayat Bismillah 6.

Okey, next air gula plak ye hehe..Tula, dah gemuk, kuat makan, kene minum air gula pulak. Padan muka ko eka. Hehe.



3 comments:

yoorin melacolea said...

kenapa tah ubat kat kk tu busuk ya amat..huhuhu.. at last beli sendiri kat klinik swasta baru boleh telan...

nila anggraini said...

Mengandung memang kena makan yg bernutrisi..agar ibu dan bayi sihat.

misz sheyla said...

kite pun pnh try susu mango tu..serius xboleh telan..last2 beli dumex mama perise coklat bru boleh minum susu..