03 August 2015

Kami Demam

Assalamualaikum semua. Kembali lagi bersiaran. Minggu lepas, aku dan Adra demam. Mula2 Adra je demam. Sekali petang tu, dengan mama sekali demam.

Malam tak tido la menjaga anak dara tu. Mama mula2 melepek dah sakit kepala, selsema, suhu 37 kejap 38. Adra pun sama. Kejap 37 kejap 38. Ayah Adra tak tido menjaga puteri2 yang digelarnya aku baby tua, Adra baby kecil. :p

Sekali Adra nangis takmo tidur atas katil. Nak tidur atas lengan mama. Maka, tidurlahlah anak dara tu diatas lengan mama yang sado ini sambil tepid sponging kat Adra. Ayah Adra tepid sponging untuk mama. Adra nak mengempeng mama je. Sian dia. Senyum tak, ape pun tak. Masam.

Biasalah kan. Newbie. First time jaga anak time demam ni. Macam ni rupanya mak mak  ayah kita jaga kita jaga kita masa kita kecik. New experience. Kejap-kejap cek suhu. Adra merengek. Nak dipegang.

Esok paginya, kami ke klinik. Cek suhu baby, 39.1. Suhu mama die lak 38.2. Dua2 pun bersaing. Kemudian Adra kene ubat cocok bontt. Petang tu dia okey dah. Mama dia plak yang demam sampai hari Jumaat baru kebah. Harini baru masuk office. Agak lambat baik demam, segala batuk dan selsema. Haritu pun doc tak bagi banyak ubat sebab bf Adra. So, memang natural remedy jelah aku dapat telan. Hot Lemon, Honey Lemon, Orange Sunkist, Air Barli, Winter Melon.

Yang diorang ni ingat Adra nak dapat adik.

Oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Bagila rehat jap ha hahahaha. Memang musim demam agaknya ni. Dengan cuaca tak menentu. Suara ku pun dah sengau tak habis2 lagi selesema nih.



Masamnyaaa muka saya. Tunggu turn nak masuk bilik doctor ni.
Nak berkepit dengan ayah je.
Nak ayah.
 Ayah sampai je balik kerja, kemaen ngadu ngan ayah.
Hihihi


5 comments:

shaFazie said...

get well soon yerk mama & adra

haah eka sekarang cuaca tak menentu jaga diri baik2 yerk

eima said...

kesiannye .. bila anak sakit ibu la org kena paling kuat ..... tp bila ibu dan anak sakit .... ayah le kena jd org kuat .....

selamat belajar menjadi ibu eka ....

Lynda Che Lah said...

GWS syg..
kita demam takpe..xmo anak demam

Inani Hazwani said...

get well soon kak :)

LYAfrina said...

olor siannya ...
get well soon ye