11 August 2015

Keguguran... Rambut!

Assalamualaikum n hai semuaaaaa.

Seminggu satu entry. Ok kot? Heheh.

Maleh nak intro pepanjang. Nih. Saja je nak cerita. Bila anak kita main air liur. Orang mesti kata. Haaa habeslahhh rambut mak dia. Gugurlah rambut mak dia. Botaklah rambut mak dia. Habisla habisla bla bla bla.

Sebenarnya. Apa kaitannya?

Sebenarnya, takde kaitan pon menyembur air liur ngan gugur rambut. Yang berkaitannya Perubahan Hormon selepas bersalin. Kan Doc Faiz kan?? Hehe.

Kisahnya semalam. Ayah adra la menegur. Kejap2 dia tarik rambut kat baju Adra. Siap sound aku tu hahah.

Rambut sapa laaa banyak sgt melekat kt baju adik ni syg. Rambut mama adik ke ni.

Aku cebik je haha memang rambut aku la pon. Dah potong pendek pun masih ada yg gugur. Nasibla rambut jenih lebat . Takde la nampak botak ke hapa sangat kan. Hahaha. Selepas je pantang haritu,memang terus aku potong pendek. Aku ingat nk buat rambut macam dak apple je, pompadour style tapi bulat bijik matanya tak kasi pendek sangat haha.

Yang masalah ini. Memang takde penyelesaian.  Hahahaha.

Nonhadooo




Hai semua pembaca blog mama saye.
Apa? Rambut mama gugur?
Pegi yunnam la mama.  hahahaha

10 comments:

MizzTina said...

eka, rmbut akak smpi skang gugur.. tapi xseteruk masa memula pas habis pantang tu la.. hazab nk kutip rambut tu woooo

Kakzakie said...

Hadiah Adra buat mama kan...bagi rambut mama yg lebat tu kurang sikit.
Alaaahhh... tak lama bila adra tak menyembur lagi pulihlah:)

Cik Puan Eka said...

Haha haritu mcm tak teruk. Ni rasa lg teruk hahaha.

Cik Puan Eka said...

Haha kak zakie. Mama nk potong pendek lg nih.

Fieda Redzuan said...

rambut kite pon dah start gugur.. banyak giler!! tak tahu la nak buat cemana dah

Nory Zoulkefle said...

nory pon sama..pening aihh...

Cik Puan Eka said...

fieda. haha tula. meh kita potong lagi kasi pendek

Cik Puan Eka said...

nory, tak sempat anak nombor dua keluar, rambut gugur berterusan hahaha

aizamia3 said...

eemm.. rambut akak sampai sekarang masih ada yang gugur tanpa segan-silu

QasehnyaRania said...

sama la dgn saya.
tp skrg dh kurng.masa memmula dlu boleh la dua plastik.gerun nengok .bnyk sangat.sekali lurut selambak kat tapak tangan