11 August 2015

Scan 3/4D Klinik Fauziah Ampang.

Hai semua. Adra dah 5 bulan, baru aku nak publish entry scan 3d/4d nih. Hahaha lagi satu, entry masa mengandung pun berlambak lagi dalam draft. Nantilah ya kalau rajin, tah2 tunggu2 sampai Adra dapat adik baru publish hahahahaha. Oh tidakkkkkkkkkk. Krikkrikkrik.

Meh baca entry throwback Bulan November 2014 yang lalu. Hehe.

******** Hari Sabtu aritu aku scan Baby kat Klinik Fauziah Ampang. Aku book melalui online dekat Web scan 3/4D online Malaysia dengan harga RM 120.00 termasuk Cd video dan gambar.

Banyak review kata ok kat situ. Sonographernya sama ada Miss Jezlyn atau Miss Celynn. Patutnya kat schedule Jezlyn tapi diganti Miss Celynn.

Mula2 aku masuk seriusla berdebar kot hihi. Lepastu Sonographer tu tanya brapa weeks,tanya khabar dan baring. Hati dup dap ni. Harap anak bangun dah ya. Tadi dah duk mengeras tendang2 dah. Ayahnya excited ni sampai duduk depan screen. Muke senyum je. Hehe.

Lepastu sono terus letak gel. Aku dalam hati, Assalamualaikum baby, tunjuk leee muka. Hehehehe. Dia terus cakap baby,baby. Baby buat apa tu?? Ini mama sama ayah datang nak tengok baby.

Time tu scan 2D dulu. Sono tunjuk mulut anak aku tengah nyotnyot. Aku pon nampak hihi kelakar muncong2 pulak dia.

Die terus kata olooo baby lapar yeee. Mama belum makan lagi utk lunch yeee. Memang aku belum makan lagi time tu. Hahaha lapooo anak yer.

Sekali baby taruk tangan kat muka. Kaki tangan semua ke atas dah ni. Adey anak. Bagi kerjasama plis haha.

Celynn terus turn to 4D mode. Alahaiii anak comelnyaa dari tepi. Celynn kata baby idung mancung dan berisi. Tengok idung siapa ini. Haha terus dia tengok aku tengok laki aku. Idung  ayah sama. Idung baby pon sama. Saye suke idung baby. Tapi memang idung tu jerla yang nampak jelas sepanjang scan.

Nah. Cenggini rupe die dalam tu.


Kemaen taknak tunjuk muka tu.
Selalu tengah hari, dia jaga. Ni sedap dia tido.


Tutup muka. Malu sangat ya 
Tengok tangan jari tu macam ayah.
Panjang-panjang.

Jenuhla sono tu ketuk-ketuk perut aku. 
Suruh aku ngiring kejap kiri kejap kanan.
 Mama. Lurus kaki mama,ngiring kanan. Ketuk ketuk.


Sekali sono tu kata.

Amboi baby bunyi gempa bumi pun dia tak heranlah.
Ketuk2 dia .Dia cebik,masam terus nangis hahahahahaha ketawa kami bertiga. 
Kat dalam tu bising masa buat scan ni. Tu yang dia marah tu haha.

Marah sangat dia kena kacau.
Sementara tu sono explain perkembangan baby,uri dan air ketuban.
Alhamdulillah semua okey. 


Amboi senyum pulak diaaaaa.


Ni je antara yang jelas.


Ni pun antara yang terjelas.
Yang lain, takmau tunjuk muka. 
Muahahaha.

Sono ukur kepala,tapak kaki,tulang peha. Tulang peha kemain panjang macam ukuran 27 weeks. Sono cakap baby tinggi macam mama dan ayah hehe.
Tapak kaki jangan citela panjangnya haha. Dak apple kata ikut aku kaki saiz 9 haha.


Yang lain normal. Dan part gender.
Alhamdulillah baby kangkang dengan jayanya sampai sono kata amboi baby ni tunjuk muka malu tapi anu tak maluuu haha. 100% confirm katanya. 

Tapi rahsia dulu ya. Ayahnya suruh tunggu lahir nanti hehe.

Last2 dia tunjuk muka. Comel anak mama. Alhamdulillah. Perasaan masa tu tak tau nak cakap macam mana. Happy,sedih terharu semua ada.
Aku tengok dak apple. Nampak benar dia gembira. 
Tengok muka dan mata die pon tahu. Syukur atas kurniaan Allah swt.
 Asal dia sempurna ciptaan Allah swt,sihat sudah memadai. 

Nnti aku cerita lagi ya. Sambung keja jap
***************************************************************

Haa begitulah ceritanya. Seronok hehe.
Walaupun tak scan 5D, tapi scan 4D ni pun cukup dah.
Nak tengok yang real, kena tunggu dia keluarlah hehehehehe.

Yang ini, gambar Adra beberapa minit selepas dilahirkan.
Ayah Adra snap. Masa ni handphone aku pun dah lupa hahaha.


Wangi. Time ni memang semua rupa pun rupa ayahnya.
Kulit cerah. 
Rambut lebat.Halus, lembut. Tapi rambut tu dah dibuang pun.
Skarang dah berambut baru. 

Masa dah ditolak masuk ward, terus jaga Adra.
Adra diam je. Lepastu nangis wawawawawawa.
Gelabah ayam kejap. Lepastu baru dia tidor, kami pun tidur berdua peluk2
sampailah pagi. Weeeee~ sweet moment. 

Okey dah. Nanti cite lagi. Tatatatatata





9 comments:

nurerna hazwani said...

Wahh! Tahniah!!!!

http://alongwawaerna.blogspot.com

HanNis SaNia said...

berapa kene caj untuk scan 3/4D ni ??

nini said...

Cuteeenyeeee,......

Inani Hazwani said...

Ok. Noted untuk akan datang. Haha

qaseh dalia said...

seronok bila dpt tgk prkembangan baby di alam rahim hehe ,

cik hani said...

Cuteeenyeeee,......
seronok bila dpt tgk prkembangan baby di Rahim..

aizamia3 said...

kan.. ;) hilang sekejap rasa sakit masa nak bersalin tu.. ;)
Oh.. rindunya bau baby..

huda azmi said...

bestnyee dapat buat scan 4D..kat ipoh nie ade sampai 3D jer..hehe..

bayi ibu said...

terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.