18 August 2015

SERAM

Hi.

Ni nak cerita. Tak tahula lawak ke apa. Kesian anak aku. 

Minggu lepas, nenek Adra, mak aku la. Bawa Adra ke rumah makcik aku. Kat rumahnya banyak kucing. Masa sampai tu Adra nangis. Maybe dia ngantuk nak tidur. Mak aku baringkan Adra kat atas sofa. 

Esoknya Jumaat balik keje, aku perasan kat bawah pipi Adra sebelah kiri, ada macam tahi lalat. Macam kutil tu. Ade la sebesar semut. Aku cuba kuis. Kot semut ke kan. Tapi tak bole tercabut. Tunjuk kat mak, mak kata ni tahi lalat kot kaklong. 

Tunjuk kat adik aku, adik kata ni kutil ni. Siap ketawa la kami, ala adra kecik2 dah bertahi lalat. Bila lalat berak ni bla bla bla.

Aku tak puas hati. nak tahu gak pebende tu. Adra tak nangis. Takde plak tunjuk tak selesa ke apa. Tapi mak2 ni mesti nak tahu gak.

Bila ayah Adra sampai, aku tunjuk kat dia pulak. Ayah adra ni jenis lagi details orangnya. Pantang ada yg pelik mesti dia nak tahu jugak pebende tu

Gigih ayah Adra suluh guna flash light henpon dia. Bila disuluh dan diamati jelas-jelas, nampak macam serangga. Ada kaki.

Ayah adra cakap, eh ni bukan tahi lalat ke apa ni. Ni kutu kucing ni. 

Ha, serius ke? 

Kami tarik tak mau tercabut. Adra dah meronta-ronta sebab rimas kami berdua nak cabut bende alah tu. 

Nasib baik nampak VCO @ Minyak Kelapa Dara. Sapu VCO kat cotton bud, ayah adra tenyeh kat bende alah tu. Sambil tu aku nyusukan Adra nak bagi dia diam. 

Akhirnya tercabut. Taruk kat atas screen handphone, berjalan hokey!!!! Macam semut tu. Berlari ayah Adra tunjuk kat mak aku. Mak aku picit bagi mati.

Lepas je cabut, merah sikit lah kat bawah pipi dia tu. Sapukan minyak. 

Aduuuuu first time aku tahu itu kutu kucing. Nasib la ayah adra tahu benda tu kutu kucing sebab penah buang kat kepala kucing dia. 

Sherammmm sangat okey. Baru la teringat mak kata haritu singgah umah makcik aku yg bela kucing.

Nasibla bukan kutu khinzir ke apa. Kalau tak mesti lagi gatal. Sebab kutu2 ni hisap darah.

Ade yang pernah kena? Google tak jumpa lak gambarnya. Yang ada kutu2 yang menggelikan. Eiuwww




9 comments:

Inani Hazwani said...

Sebab tu Nani tak minat sangat kucing, takut ada kutu lah. Huhu. Mujur lah perasan awal

ziana eunos said...

ape tue.. seram gak bace

*singgah sini zianaeunos.blogspot.com

Kakzakie said...

Nasib baik papa bersungguh perhatikan kalau tak kenyang kutu tu hisap darah Adra.. Kesian dia..

MizzTina said...

nsb baik nmpk, bahaya tau sbb hisap darah.. pastu gatal..

Yana MIB said...

nasib la papa adra tu peka org nya kan...sian adra mesti dia x selesa tp xreti nk ckp..huhu slh satu sbb akk x kenan bwk ank g rmh yg ada kucing² ni..hikss

Nastyna said...

Kembang pipi, meremang bulu roma kita. Hahahaa walhal i bukanla seorang yng penggeli sangat, tapi knowing benda alah tu gigit pipi Adra, tu yang jadi ngeri sikit. Dulu masa kecik2 selamba jer bawak balik kutu babi bertepek kat betis sebab duk ikut nenek masuk kebun getah hihihi. Ala, masa kekekcik dulu, pacat tu tarik2 buat lastik jer.

nini said...

Ala siannya adra.....dia tak nangis ke....

HanNis SaNia said...

Ala Eka xde gmbrnye ke kutu kucing tu?? bahaya jgk tu.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
laaaaaaaaa
akak tak pernah lagi tengok kutu kucin