26 August 2015

Support Breastfeeding

Hai. Pagi tadi sambil buat kerja, sambil jenguk tv. Ada iklan dari KKM mengenai penyusuan susu ibu. Pertamanya rasa happy tengok ramai yang sedar tentang kepentingan penyusuan susu ibu. Sebelum ni rasanya ada ke takda iklan tentang susu ibu di dalam media massa? Kebetulan pulak, sana sini media siarkan tentang minggu penyusuan. Lagi banyaklah info yang kita dapat.




Aku antara orang yang masih menggali ilmu penyusuan. Aku sebenarnya tengah draft entry tentang aku punya breastfeeding journey. Tapi tak siap-siap lagi entrynya. Hehehe nantilah tau. 

Sebenarnya breast feeding ni perlu ilmu. Kalau nak tahu, masa mengandung haritu, aku tak ambil kisah sangat mengenai susu ibu semua ni. Sebabnya aku ingat bila bersalin nanti susu mesti ada. Tanya dekat orang lain pun, orang akan kata begini:,

' ala nanti bila bersalin, adalah susunya tu'

' lepas bersalin terus ada susu'

 & etc

Tapi aku silap,badan orang lain-lain. Mujurlah selepas bersalin, ada sister kat hospital yang round ward dan ajar cara yang betul, lekapan yang betul untuk baby stimulate kelenjar susu dan macam-macam lagi. Kemudian sehari selepas bersalin dah balik rumah, mak bidan urut susu pulak. Alhamdulillah rezeki Adra. Saat tibanya Colostrum atau lebih dikenali dan digelar 'titisan emas' tu, rasa nak melompat suap ke mulut Adra. Itulah yang dinantikan. Susu pekat bewarna kuning yang sangat berharga itu.

Satu info jugak, awal-awal pengeluaran susu, susu tak akan melimpah ruah dengan banyak. Susu akan keluar mengikut perut anak iaitu pada awalnya hanya sebesar guli. Apabila baby makin kerap menyusu, susu semakin bertambah dari sehari ke sehari. Cuma kena sabar ye.


Info yang bagus untuk ibu baru.


Dalam pantang, kerapkan direct feeding. Baby kan lahir2 je kerap nangis. Menangis bukan lapar sahaja tau, cek diapers dia, basah ke tak. Cek perut, kembung ke tak. Peluk, dia nak dipeluk. Yelah, cuba bayangkan dalam perut kita bising, bila dah keluar, dia nak sesuaikan diri dia dengan dunia baru. Dia nak dekat dengan ibunya setelah 9 bulan dengar degupan jantung kita di dalam perut. MasyaAllah hebat sungguh kuasaMu.

Walaupun masa awal-awal tu agak stress jugakla baby nangis, orang cakap ni baby ni tak cukup susu ni. Baby ni lapar ni. Aih macam-macamlah. Tapi aku kuatkan semangat. Suami kata sabar, jangan putus asa.

Breast feeding juga perlukan sokongan especially dari suami. Aku bersyukur suami sangat membantu dan sangat menyokong aku untuk bf Adra. Dia pun gigih dan usaha snap info2 tentang penyusuan, aku pun selalu bercerita tentang info2 yang baru aku dapat. Family pun sama. Banyak bantu. Kalau nak tahu, semua orang dalam rumah mak aku tu dah pandai memanaskan susu. Hehehe. Husband semestinya. Mak ayah aku, adik2 aku pon pandai panaskan. Kadang2 onyang Adra jaga, Onyang pun pandai panaskan susu sebab kawan onyang pun cucunya minum susu frozen. Alhamdulillah.

Walaupun ada sesetengah orang dengan sinisnya berkata, kenapa perlu susah-susah lagipun kamu dahla kerja. Nanti baby tinggal dengan pengasuh macam mana bla bla bla. Tapi aku diamkan saja. Ramai Baby Sitter sekarang dah biasa handle ebm. 

Kemudian, Kawan blogger, Jen add aku dalam group #bfmembers di facebook. Banyaknya ilmu baru yang aku dapat. I love you Jen.


#bfmembers ni Closed Group dan untuk wanita sahaja. 
TQ Admin-admin gojes buat group ni. Sangat bermanfaat buat new mom 


Barulah dapat tahu macam-macam perkara. Pertamanya DEMAND and SUPPLY. EBM, pump, freemie, marmet, Let Down Refleks, NIP, (Nursing in public, Nursing cover, pump schedule, power pumping, hindmilk, foremilk, how to handle ebm and so many info about Breast feeding. Speechless. Banyak sangat yang aku perlu belajar.

Lepastu ni nak story. First time bawa Adra keluar masa tu aku tak ingat rasanya Adra 2 bulan lebih, pergi la shopping kat Palm Mall Seremban. Time tu nursing cover pun tak beli lagi wakkk. Jenuh la cari nursing room. Nonhadoo. Palm Mall tak ada nursing room ! Berlari la aku ke sudut yang jauh dan Adra dah okey sikit, masuk dalam kereta plak. Fuhh.

Sekarang, okey dah. Hehehe dah boleh agak bila Adra nak susu. Tak pun susukan dia sebelum turun kereta, bawa nursing cover dan pergi ke mall yg bf friendly. Hehehe. 



Buat masa sekarang, jika di office, aku pump susu dengan jadual sendiri.
3 sesi di office. 

10 am
1.00 pm
4.00 pm

Alhamdulillah susu masih ada untuk anakku sayang.
Aku tidak mengamalkan sebarang milk booster.
Minum air kena banyak.
Makan kena makan yang berkhasiat.

Perut selalu lapar, hehehe. 

Bagi yang tidak berpeluang untuk menyusukan anak, tak apa sayang. Usah bersedih. Tidak semua punya rezeki menyusukan. Kita saling sama support ya. Mana tahu rezeki anak seterusnya ke, kan. 

Semua yang kita punya, adalah rezeki dariNya. 

Alhamdulillah.

Sesiapa yang tengah preggy, cepat2lah gali ilmu jika berniat nak susukan baby. InshaAllah.
Yang penting, kena bersemangat tau. banyak cabarannya. Alhamdulillah Adra hampir 6 bulan. Mama dah nak dapat diploma penyusuan hihihi




9 comments:

Jen Jen Areff said...

Go Eka Go. In Shaa Allah semoga dipermudahkan breastfeed Adra.

dorsett pink said...

best kan bile dapat bagi breastmilk sepenuhnya kat anak kita kan..

memang betul.. ramai orang ambik mudah pasal bf ni and bile dah bersalin bila susu tak keluar mulalah cakap " susu tak ada"... so sad, bila dengar mak cakap macam tu walhal si anak BERHAK dapat susu ibu dari mak nya, bukannya kena dapat susu lembu..

Nastyna said...

YAyyyyy!!! MEMbaca sambil cik TIpah melekap menenen hehehehe. Your writing sums up all the basic important necessary info for breastfeeding, and yes... we do need support or at least basic knowledege, then baru la tak panik or susah hati manjang nak bf anak.

merahitujambu said...

betulkan..bykan ilmu penyusuan.sy ni memang salah sorg support bf =)

merahitujambu said...

sy dah fully bf anak sy skang dh 1 thn alhamdulilah dear

eima said...

good luck .... semoga terus berjaya dgn niat murni tu

liana sulaiman said...

nice info

Nurul Aula A'Akif Fadzil said...

Semoga di permudahkan..
Happy Breastfeeding.
Terbaik


Soya antara Fakta dan Auta

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalama eka,
ish3
bila baca entry ni
rasa rindu peluk cium anak masa baby he3