30 September 2015

Keunggulan Empayar Rizman Ruzaini di ZALORA

Hai semua. Selamat pagi. Kalau sebut Fashion Designer Rizman Ruzaini, mesti semua kenal kan. Lagi-lagi design baju dia yang fuhhhh gorgeous tu. Kalau dulu, mungkin kita mampu tengok sahaja design mereka yang cantik tu, tapi sekarang koleksi Rizman Ruzaini dah ada kar Zalora ! 
Ya, Zalora ! Zalora memang best. Sebab tu suka shopping kat Zalora, hehe. 



Industri fesyen di Malaysia telah memperlihatkan perkembangan positif yang cukup ketara dengan skala revolusi yang cukup untuk member impak ke atas bidang itu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat lihat seakan ada perubahan yang cukup baik dalam industri fesyen tempatan yang mana telah mengeluarkan pelbagai koleksi fesyen yang sangat menarik. Ini pastinya adalah datang daripada usaha para penggiat fesyen di Malaysia yang ternyata member kesan yang maksima.Selain daripada itu antara yang memainkan peranan utama adalah kesan daripada lahirnya ramai pereka fesyen tempatan muda yang berbakat.Kini antara label fesyen yang paling dikenali adalah duo terkenal Rizman Ruzaini. Dua orang anak muda yang berbakat ini telah bekerjasama yang mewujudkan label dengan nama Rizman Ruzaini.



Nama Rizman Ruzaini mula disebut ramai selepas kerjasama antara mereka bersama penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza beberapa tahun yang lalu. Sejak daripada itu nama Rizman Ruzaini semakin popular dan meniti di bibir para peminat industri hiburan dan fesyen di Malaysia.


Setiap koleksi baju Rizman Ruzaini untuk Siti Nurhaliza sentiasa menarik perhatian ramai. Busana indah yang membaluti tubuh penyanyi tersohor Asia  Tenggara itu juga selalu menjadi bualan ramai dan menerima pujian dalam kalangan pengkritik fesyen.


Rizman Ruzaini telah memperkukuhkan label mereka dalam pasaran sebagai antara nama besar dengan melahirkan pelbagai koleksi busana indah untuk para selebriti tempatan popular seperti Nur Fazura, Ziana Zain, Erra Fazira, Nora Danish dan ramai lagi. Selain daripada itu, koleksi baju pengantin Rizman Ruzaini juga merupakan antara yang paling popular!


Busana Muslimah Rizman Ruzaini juga mendapat perhatian para pemerhati fesyen antarabangsa dan terpilih untuk digayakan di pentas-pentas fesyen antarabangsa di luar negara. Kini anda juga boleh beli baju 
Rizman Ruzaini online 
yang ditawarkan di Zalora!
Cepat dapatkan koleksi yang cantik dari Rizman Ruzaini.

Happy shopping uols.
Jumpa lagi. 

1 comment:

Inani Hazwani said...

Cantik cantik koleksi baju dia ni. :D