17 September 2015

Makna Nama Adra

Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal nama baby pulak. Mana tahu jadi inspirasi atau ada nama yang sama. Kita boleh buat #tag dengan nama #gengAdra hehe. Haritu ada jugak yang bertanya, apa makna Adra ni. Jarang orang bernama Adra kata mereka. Tapi rupanya, ramai je nama Adra hihi. Masa pegi Legoland tempo hari, ada satu family ni tegur. Mereka makan sebelah kami. Dia tanya, apa nama baby uols ni. Dengar macam Adra. Kitorang kata ha ah Adra Safiyya. Dia senyum, rupanya anak dia pun Adra. Tapi Adra Alisya tak silap, 3 tahun. 

Haritu, masa tu baru pregnant aku di add masuk dalam group Nama-Nama Indah Yang Bermakna di Facebook. Suka pulak masuk group2 mak-mak ni ni. Kat group tu, ada  Prof, Ustazah dan admin-admin yang banyak membantu. Mereka refer mukjam @ kamus dan kepakaran Ustazah2 di dalam Bahasa Arab. Scop dalam bahasa Arab sahaja.

Sebenarnya ikut kepada parent untuk menamakan anak2 mereka dengan bahasa apa pun asalkan ianya ada makna yang baik dan tahu origin word nama tu.

Aku sebenarnya banyak nama yang dah disenarai pendek. Yang kelakarnya tu, masa awal-awal pregnant, rasa macam baby boy ni. Tapi sibuk cari nama baby girl. Cari dalam fail, dah siap cari, bagi plak dak apple pilih. Dia suka nama yang mana. Akhirnya dia pilih nama Adra Safiyya. Aku pun suka nama tu. Hehehe . Bila scan, girl. Ohh bubuh lah nama kita pilih tu. Terus panggil nama tu bila usap perut hehe.

Maka, terhasil nama ni.


Rupanya, baru aku tahu Uwan yang jaga dak apple masa kecik, namanya Sapiah. Kan dekat-dekat dengan nama Safiyya. Agaknya sebab tu dia pilih nama ni kotnya. Tapi aku memang berkenan nama ni ehehehe.

Skarang ni hari-hari tengok nama kat situ, semua menarik. Maknanya semua indah. Tapi masalahnya, belom mengandung lagi anak nombor 2. Hahahahahahaha :p Sibuk je kan aku nak cari nama lagi. :P


Apa nama baby2 korang? Meh la share nama anak-anak korang. Mesti sedap-sedap kan. 

Terima kasih semuaaa. Jumpa next entry. 





10 comments:

safurara said...

Puteri Imann Sophea, amik nama sophea sbb suka nama anak syeikh muzaffar tu.hehehe. 2nd nt leh rujuk group FB tu, tp eka sbb add akak.hehe

Jen Jen Areff said...

Hai Adra. hehehehe.

eima said...

sedap nama .... esindah maksudnye juga

Hafiza AizZawa said...

Nama anak2 sekarang memang sedap2..

pipie azati aziz said...

assalamualaikum .... pp baru follow sini, pp pon dulu cari name anak dekat group tu jugak maka terhasilah , Firhad tiada makna ambil sebab minat gile syukri yahya die berlakon dalam ombak rindu. Irsyad pulak bermaksud "pertunjuk" . sebab selalu memberi pertunjuk kepada ummi dalam mimpi.

nini said...

Kisah nama ni panjang...haha

At first nak letak nama nik abdul aziz...sebab terpengaruh dengan nik aziz....

Lepas tu en somi tetiba berkenan dengan nama ammar....
Kite selalu panggil ammar kat baby dlm perut....eh eh dia cakap
Nama syabab pon ok....

Mcm kelakar je nama syabab....sebab nanti panggil bab bab...terus dia cancel...

N last dia berkenan ngan nama haikal...eh eh...

Now nama dia nik ammar haikal...tapi nam ni tak valid selagi baby lom keluar..sebab tak sure suami tukar lagike dok..haha

Ayumieka said...

Salam.. anak ke2 saya guna nama Safiyya tu.. Nur Safiyya Iman. (13bulan 1minggu)

Khairul Bariah said...

hai adra saffiya!.. nama baby achik Yusuf bin Anwar. simple, senang nak panggil dan senang nak tulis. moga2 handsome macam nabi yusuf hehe!

Inani Hazwani said...

Wahh sedap nama dia :)

anez zamri said...

bagus maksud die..nama hadeen pun ambik kat fb tu jugak..hehe