15 September 2015

Misi Mencari SSC

Assalamualaikum.

Bila dah jadi emak-emak ni, asyik la mencari barang-barang bayi. Macam-macam benda rupanya hahaha. So, slow2 belajar dan cari info-info sikit.

Salah satunya, selain daripada stroller, Soft Structur Carrier (SSC) juga menjadi kepentingan lagi-lagi mak bapak suka berjalan. Adra dah hampir 7 kg dah pepaham jelah ya tangan mak rasa sado sangat. Hahaha. Bergilir dengan ayahnya. Tapi ayahnya lebih suka bawa handbag dan beg-beg. :p

Aku dah beli stroller. Mula-mula kalau ikut kehendak, cantiknya Quinny tu. Cantiknya *_*
Smartnya kuinin tu. Ouhh lawanya warna merah tu. Hehehhh.

Tapinya, husband kata. Untuk permulaan, apa kata kita beli yang harganya tak terlalu mahal dan tahan. Kita pun tak tahu anak kita nak duduk lama2 ke tak dalam tu. Hahaha. Test dulu. Kebetulan Stroller Graco Evo Mini ada diskaun, maka ayahnya belikan Adra stroller Graco Evo Mini tersebut. Harga RM 500.00++. Suka stroller tu. Nampak tegap dan ringan. Aku pon boleh angkat n buka tutup stroller tu.

Setakat ni Adra taknaknyer duduk lama2. Macam anak orang lain gak yang taknak duduk lama-lama. Hahaha. Kalau dia tidur je, taruk kipas. Lama la dia tidur. Kalau tak. nangislah minta angkat.

Ada orang add dalam group Malaysian Baby Wearers. Banyaklah info dapat kat situ. Macam-macam jenis ada. SSC, Ring Sling, Mei Tai etc. Bermacam-macam jenama jugak aku kenali. Antaranya Cuddle Me, Pognae, Ergo, Boba, Tula, Neezaneedles, Jumpsac, Tugeda, Snugbaby,Andrea( Tak Approve di Malaysian Baby Wearers), Lenny Lamb dan macam-macam lagi. Harga pun not bad. Kena menabung nih hehehe.



Aku teringin jugak nak belajar melilit2 tu tapi aku tak tahuuu hahaha. Kena belajar ni. Nampak kemas je mak ayah yg pandai ikat2 dan lilit tu. Poor me. Huhu.

Setakat ni aku berkenan dengan design NeezaNeedles. Tadi dah emel ke NN tu tapi owner n husband akan pergi menunaikan Haji. So, katanya 15 October dia akan open slot. Okey tunggu dulu lah kot hehe.

Nak cari SSC ni kena cari yang bersesuaian. Bukan nak cari yang menarik je tapi kena ada ciri2 keselamatan yang baik. Bersesuaian dengan berat baby, umur baby dan jugak mak ayahnya jugak.Posisi baby. Baby selesa ke tak. Tak terlalu panas, material yang bagus .

Hati2 memilih SSC, ada yang FAKE jugak. Banyaklah info. Aku masih belajar dan belajar ni.


Bila tengok orang bawa anak macamni,
kita pulak yang rasa sakit.
:(



Jom, cuci mata tengok SSC. Teringin nak beli pink colour. Ala2 gegel tapi kena fikir jugak. Nak guna untuk adik-adik Adra. Mana tahu boy ke kan. Cehhwaahh hahha adik Adra. :p
Terfikir gak kot kang beli pink ayah adra segan nak pakai pulak. Hahaha.

Yang ni Local Brand.
















CUDDLE ME







TULA





BOBA






Okey tu je. Yang lain korang boleh google.

Banyak kan yang menarik.Ingat nak test drive dulu SSC yang mana sesuai untuk aku dan yang penting, Adra selesa kat dalam tu. Penah jugak minta bibik kak ipar yg asal dari Indonesia ajar aku gendong tapi aku tak pandai2. Hahaha. Tak sekemas yang bibik buat. Aduh bik. 

Korang, meh la share SSC apa korang guna. 

TQ kak Tina sebab selalu melayan pertanyaan eka pasal SSC ni. Hahaha. Banyak yang tak tahu. 

Babai








9 comments:

CiK aNiS said...

Tugeda pn best. Harga masih affordable.

MizzTina said...

eka, corak BES (big eyes shop) pun comel.. sesame street..


most welcome..akak pun msh belajar gak..

EZAN IDMA said...

wahhh good info. kalau kita dh ada baby nnt refer sini je la hehehe

sya mimie said...

Eka.. Kita ada tag kt Fb 1 cntest bby carier ni.. Hrga Rm180..

nini said...

comey comey la cik eka....ayoooo kite pon gerammmm

cik chinta said...

bgsla up entri ni. kt ni pon nk cr gak ssc. kn ajr dr awl la pki mende ni. sng nk bw anak kedua n pertama jln sekligs klo laki xde.

safurara said...

mcm mcm pattern eh. suka nengok! tgu 2nd baby #ehh hahaha

Hafiza AizZawa said...

cantik dan comel design.. Fiza pun beli untuk baby tapi tak guna.. last2 masuk baby dlm stroller jer.. huhu

IamAin said...

SAMA.
since dh status emak2 ni mula nk survey ssc
1st baby baru 3 months
so tgh korek2 pasl ssc
setakat ni aim boba dgn LL je