07 September 2015

Pantang

Hai.

Ni nak cerita pasal pantang.

Aku ni memang kuat pantang.

Tapi pantang nampak ! Hahahah
Hehe takdela. Memang pantang lagi. Takut. Body nak pakai lama. Memang kadang2 kita try n error. Tahla aku takut gak kekadang.

Baby memang okay. Tapi kadang2 mak dia yang tak ok. Mak kena pantang lama. Sebab badan kita ni berbeza-beza. Ada yang tahan, ada yang tak tahan.

Semalam, tengah duk belek-belek Adra, husband yang tengah study kat tepi katil tetiba whatsapp.

Eh-eh dak apple ni. Duduk sebelah pun nak whatsapp jugak. Macam penting sangat.

Aku pun buka.

Nah, ini dia bagi.



Dia highlight tu, yang bawah sekali tu.

Ais dengan laksa.

Tu memang fav aku. Tapi laksa aku belum sentuh lagi.
Takut makkkk. Aku boleh tahan lagi yang tu.

Sekarang memang aku masih jaga makan lagi.
Makanan berangin macam pulut, ikan berbisa aku tak berani lagi.
Sayur pun tak semua aku makan, contohnya kangkung, kobis pun tak berani.
Aku makan sawi. Sawi bunga tu la ditelan. Sedap. 
Banyakkan susu jugaa.

Dak apple beria suruh pantang ni bukan apa,
pernah sekali tetiba badan aku seram sejuk.
Macam nak menggigil. Tapi tak gigil. Sejuk hangat camtu.
Masa tu baru 3 bulan lebih kot.
Aku makan nasik dagang. Sikit je. Nak rasa.
Tapi kan beras tu ala2 pulut jugak.
Apa lagi, memang sakit sendi semua lah.Bentan kot.

Call nenek, call mak bidan.
Terus buat macam pantang balik. 
Minum kopi o panas, rambut sanggul tinggi. 
Pakai stokin n pakai sweater.
Start dari situla, aku berjaga2.
 Tu takut tu. Sayang badan uii hehe

Bab ais tu, kadang2 aku terbabas jugak.
Baru nak minum, dak apple dah warning.
Jangan minum banyak!
Dah. Tarik cawan.Tapi lama kot pantang ais.
Ni baru mencuba hehehe. Sikit jela.

Hahaha. Yela kadang-kadang panas tu. 
Hausnyaaa. Rasa tak puas kalau tak pekena ais.

Terbabas sikit tu takpela kot. 
Sebab masuk dalam perut dah. Hahahahahahaha............

Apa2 pun tengkiyu sangat dekat dak apple sangat ambik berat apa yang masuk dalam mulut aku.

Ingat anak ma. Jangan ikut tekak kita.
Tu je aku ingat. Mak aku pun kalau dia masak benda berangin. Memang aku tukang tengok jela. Cium bau pun takpa.


p/s : Minum air banyak2. Cuaca panas dan kering betul sekarang. Tatataaaaaa

Korang, pantang lagi tak?



18 comments:

eima said...

org kate klu dah menggigil tu maknanye bentan .. bahaya tu

CikLa Shahril said...

Pantang jgn tak pantang... hehe

mrs.aziz ummi aariz said...

huhu akak konon nk pantang laksa dan ais tu setahun tp tewas...tp laksa tu tk beria mkn...ari tu mkn sbb hari raya...open house byk lak org hidang laksa...tp ingat pesan mak mertua dia kata nk mkn boleh tp sikit je jgn sampai melantak...hehe...ais pun tewas masa gi bercuti kt redang bulan 5 ari tu sbb kt sana panas sgt...tp tu la ais pun akak minum tk selalu...selagi leh control akak control la...lgpun ari tu lps raya medina dok batuk selsema tk baik2 dr bulan puasa lg...doktor kata kalo kita nyusukan anak,kalo kita minum ais anak kita alah anak pun dpt effect gak terkena batuk selsema....sejak tu akak akan control selagi boleh utk elak minum ais....

aizamia3 said...

Pantang dibuat untuk kebaikan dalaman kita. Lagipun badan nak guna lama.. ;)

Ummu Athiyah Ismail said...

Good info! Thanks for sharing :)



Wahh Menarik: TIPS SUSUKAN ANAK HINGGA DUA TAHUN

Fieda Redzuan said...

tengok orang jugak kan semua ni. macam kite lepas habis pantang memang try makan semua benda tapi dalam kuantiti yang sikit2 je la. alhamdulillah setakat ni semua ok. hihi

Inani Hazwani said...

Banyaknyaa pantang

Cik Puan Eka said...

Kak Eima. Ha tula memang takut. Bila cek balik, la makan sikit je nasi dagang tu. Maknanya sikit pon tak boleh :(

Cik Puan Eka said...

Cikla hehehe meh la pantang bersama2 hehe

Cik Puan Eka said...

Kka Thaibah. Ha kan Masa tu cuaca panas. Eka ade gak teringin nk makan laksa tu tapi eka tahan je ni. hahahaha lagi skit je ni. Lagi 6 bulan macamtu. Masa pantang, mak buat laksa. Eka suruh pizi duduk makan depan eka. Cium bau je pon jadila hahahahahaha

Cik Puan Eka said...

kak Thaibah ha lagi satu pasal ais pun sama. Kita takleh mnum sgt takut anak. Sian anak kan.

Cik Puan Eka said...

aizamia ha ah betul sgt tu kak. Mmg kita kena patuh pantang orang lama ni. Semua ada kebaikan. Walaupun rasa macam haih susahnya. Selalu tgok page Bidan Siti Aishah tu. Sangat terinspirasi dgn ketekunan dia berpantang

Cik Puan Eka said...

TQ Ummu. Sharing is caring :D

Cik Puan Eka said...

Fieda yup tengok org jugak tapi kita ni penakut hahahaha. Setakat ni alhmdulillah okey.

Cik Puan Eka said...

inani hahaha banyak kan. Info utk awak ni muahahaha

cik chinta said...

aaa..byknye nk pntang..huhuh

Ayumieka said...

Pantang ni sebenarnya best. Rasa menjaga diri sangat... tapi yang tak best nya ialah LAKSA... laksa kenapa mesti laksa... tapi nak buat macam mana. kena la ikut.. kang kembang urat sape yang susah.. ngam2 anak saya happy birthday to you happy birthday to you, saya makan laksa... wahhhh nikmatnyaaa setahun tak dapat.

Khairul Bariah said...

sbnrnya pantang ni ikut badan..setgh org tahan, stgh nya tidak. mcm akak alhamdulillah setakat ni bdn sihat. anak dh 4, paling kecik sebaya anak eka..born on 22/3/15. fully bf tp dh x pntg.