02 September 2015

Part 1 : Adra ke Legoland Malaysia, Johor

Hai semua, sambung semula cerita Legoland.

Tapi gambar jela banyak. Bertabah jela korang tengok hehehe. 

Seperti yang sedia maklum, ecewahh haha ni last minute punya plan. Ingat nak balik Negeri Sembilan je ke umah mertua. Tapi pakej berjalan. I follow. Cuti-cuti camni walaupun balik hari je tapi best. Masing-masing enjoy.

Walaupun Adra kecik lagi tak pandai main. Sebab tiket free, jadi biarlah mama ayah uwan ngan maksu yang main hahahaha.

Sampai Legoland pukul 12.30 pm. Masuk terus lah.

Harga tiket seperti berikut. Untuk keterangan lanjut, KLIK SINI.


Selamat menabung. Nanti Adra besor kita repeat lagi hehe.
Pastu kan ayah, kita pegi USS tauu hihihi


Yayy yippee. Walaupun saye ni tak tahu apa2 lagi,
nak main ke apa. Tapi tiket free, mama kata rugila saye tak join sekali.
Muahahaha.

Ni kat Medini Mall. Kat bahagian luar Legoland Malaysia.
Ada pameran doodle kat situ.


Pintu masuk.
Jommmm masuk.
Cuaca hari tu tak berapa panas sangat.
Kejap mendung kejap panas.
Tapi okeylah, tak panas sangat.
Legoland ni banyak section dia. Tapi aku tak sempatlah nak explore satu2.
Lagi dah beranak kecik ni. Tengok map pun sekilas lalu saje hehe



Nanti kita boleh tidur kat hotel ni.
Next time okay sayang. Bila awak dah pandai main Lego.
Ni pandai main air liur je. Hahaha


Haruslah ada wefie anak beranak.
Mama dah ada kawan la kalu nak selfie. 
hehehehe.


Adra terpegun dengan pakcik ni.
Kalau nak tahu, patung ni berbunyi.
Bunyi berdengkur. Makin lama makin kuat dengkurnya.
Mesti Adra tertanya2, macam bunyi ayah berdengkurlah.
Hahahahahaha.

Sampai-sampai je kami naik train.
Saje je, malas nak berjalan sebab baru sampai hahaha.
Tunggu train dalam 15 minit, pon ponn.


Yayy keretapi dah sampai. 


Jommmm jalan. 


Alaaaa anak mama sedappp die tido kome.
Tak sedar2 dia nyenyak tidur dalam tu.


Pusing-pusing sekitar legoland
tapi takdela semua tempat.
Kawasan yang ada rel ketapi je. Hehehe


Lama jugak tak naik keretapi macam ni.
Last pegi Zoo. Entah berapa taun lepas tah. Hehe.


Lalu kat Boating School
Ouhh dak apple nak naik benda alah ni.
Jom ma, petang kang redup kita naik.
Aku okey je. Hahaha mak pak yang teruja hahaha.


Siap ada driving school.
kalau ada orang tua punya aku nak join tapi budak2 je bleh la.
Hahaha

Surau pon senang nak pergi.
Ada 2 dalam tu. 
Nampak patung lego wanita bertudung dan lelaki berbaju melayu,
ha situlah suraunya. 


Pic Source: Klik


Lepas jalan-jalan, eh lapar pulak. 
Kita cari restaurant. Banyak restaurant dalam ni.
Tapi kami pilih restaurant yang ada nasik.
Haih tekak orang melayu ni payah kalau tak bernasik. Hehe.


Maaa lapar maa.Hehehe acah-acah je kan Adra.
Padahal Adra belom makan lagi.

Kat sana banyak juga pilihan restoran dan makanannya.
Ada pizza, muffin dan macam-macam lagi. 


Kami ke Market Restaurant.
Macam-macam ada dalam ni.
Ada chicken rice, briyani rice, fish and chips etc


Aku pilih nasik beriyani ni.Walaupun harga tercekik.
Set Combo ni harga RM 28.00

*_*

Berpinar gak mata ni memandang eh tapi ape nak buat, lapor.
Nasib baik sedap. Ayam lembut. Kuah sedap.
Alhamdulillah, burppp.

*Mohon Legoland buatla diskaun sikit yer. 
Hahaha.

Dah makan, kami tengok show pulak.
Lego NinjaGo Live

Kat sebelah Market restaurant tu jer.


Cute kan building ni.
Adra suka tengok kalau berwarna warni ni.


Best.


NI masa show.Show ni setiap satu jam skali ada.
Kena masuk awal tau. Dalam 10 hingga 15 minit show bermula.
Masa show ni dalam 20 minutes.

Ada budak-budak baya Adra yang nangis.
Takut kot sebab kadang-kadang kluar bunyi kuat hihi.
Kalau babak ada angin, kita rasa sekali angin tu. Macam tengok 4D.
Jap lagi kita cerita pasal Show 4D yer. 


Yayyy dah tengok. Adra suka.
hahaha padahal Adra tak faham pon. 
Mata tak berkelip tengok patung ninja tu.

Jalan-jalan lagi, kami nak main pulak. 

Kami ke Beetle Bounce.


Gayat wei naik ni walaupun takdela tinggi mana.
Bila dah dibounce tu, rasa nak tercampak hahahaha.
Aku naik bertiga la ngan dak apple ngan kak ipor.
Tapi tak nak ah tempek gambar hahahaha. 


Bila dah kena lantun, nak tergelak pon ada.
Aku ngan dak apple kan acrophobia kekdahnya hahaha.
Takut pada ketinggian :p Gayat tauuuu. 

Tapi rasa nak naik lagi hahahahahaha.
Next visit lah ya. 

Bila jalan-jalan, nampak orang pegang botol ni.
Mak mertua ngan biras ada beli minggu lepas.
Siap kirim lagi beli botol ni. Aku pun macam nak. Hehehe


Menarik kan. Siap boleh pilih air apa nak taruk dalam tu.
Kalau nak refill. Tambah la RM 5.00 kat mana-mana stall yang ada jual air.
tapinya jangan lupa bawak air mineral sekali.
Diorang takde cek pon beg kita hehehe.
nak lagi best, bawakla makanan sendiri.
Kudap2 sendiri. Sebab mahal kan.
Eskrem magnum 7 hengget, Eskrem hijau ade vanilla tu 4 hengget haha.
Baik beli kat luar.
Kat Mall of Medini tu banyak restoran ngan kedai2.
Beli dulu sebelum masuk


Tadaaa. Mama dapat botol.
Ice Lemon Tea. Sorry Adra. Awak tak bole minum.
Hikhikhikhikhikhikhik
Sian anak mama terliur. Jap lagi minum shushu yer.


Hahaha masam muka anak mama ni tak dapat air botol slim tu.
Ayah acah-acah dia pun dia masam je.
Dengan seluar pendek sebelah, asyik ditariknya.

Aku nak salin-salin and susukan Adra.
Masuk ke Baby Care.
Besar. Selesa.


Ni lah baby care.
Macam-macam ada dalam ni.
Sesuai untuk anak-anak berehat, mak pon nak berehat. 
Nak tukar baju ke apa ke, nak air panas, nak warmer pon ada.
Macam biasa, Men not allowed sebab ada tempat breast feeding


Cutenyer. Adra bukan nak nyusu sangat.
Dia seronok pandang kiri kanan.
Hihi 


Masa ni takde budak2. Aman je la dalam ni hehe
nasib tak terlelap. Ayah Adra ada kat luar pintu baru kami keluar.


Selesa.


Yayyyy happy dah mama. HIhihihi.

Dah siap, mama nak gi main lagi. 
Kami ke sini.


Naik train dalam terowong tu.
Dua orang je boleh naik. Lepastu tembak-tembak untuk dapatkan point.
Aku dapat 1200 point je. Dak apple dapat 15000. 
Jenuh dia gelakkan aku. Adoi hahahahahaha.
Ala gambo dalam tu takde la. Dalam tab. Malas nak transfer haha.


okey, akan bersambung. Buibuibui










9 comments:

Nory Zoulkefle said...

bestnyaaa adra pergi LEGOLAND...

eima said...

ooo botol die lain2..ari tu kami beli jenis lain ....
cantik gak yg eika punya tu ....
anak-anak tak suka sgt pi legoland sbb panas gile .... huhuhuhu
diorg suka angry bird ...dan nk repeat uss

Alia Shaari said...

bestnya.... boleh masuk dalam list lah lego land nih.... =)))

Nooriah Abdullah said...

selamat petang dik
wah best nye macam nka jalan je kan bawa anak2 kesini

Jen Jen Areff said...

bestnyer Adra dah g Legoland. hehehe

nur nabihah yunus said...

Wahhh. Bestnta Adra dapat pergi Legoland
Saya yg dah besar ni pun belum pernah jejak kaki ke sana heheheh :)

Akmar Ramli said...

teringin nak bawak anak ke sana, tapi tak berkesempatan. Rasa johor tu jauh sangat. huhu.. Itu yang pikir banyak kali kalo nak ke sana. :(

Inani Hazwani said...

Seronoknyaaa pegi Legoland :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
saja ja kan guna nama adra
mama tu yg excited nak play lego
he3
lariiiiiiiiiiiiiiiii