07 September 2015

Percubaan Buat Puree

Assalamualaikum dan hai semuaaa.

Selamat hari Isnin. Takde istilah monday fever harini muahahaha. Pagi tadi si kecik Adra pukul 5 pagi dah bangun. Aiyoo ayah dia tu, suka betul nyakat anak dia. Dah terbangun sikecik tu sampailah turn mama nak pegi kerja. 

Sekarang Adra dijaga oleh adik aku ngan mak aku. Lega la mereka nak jaga. Alhamdulillah. 



Adra dah nak masuk 6 bulan. Aku mula introduce dia dengan solid food walaupun Adra macam dah ready nak makan masa 4 bulan lebih. Tapi aku sabar je dulu hehe. Bagi dia susu ibu. Aku ada masuk group di FB. 

Nama group tu 'Homemade Baby food & Information'.

Banyak info dan resepi-resepi yang aku dapat kat sana. Seronok pulak tengok bermacam warna puree tu. Ada orang kata, tak payah nak ikut sangat. Kot kita tengah makan, suap-suap je sikit apa yang kita makan. Aku sebenarnya tak berani nak sumbat-sumbat sebab takut hahaha yelah takde pengalaman kan. Dulu kita masa belum kahwin pun ada jugak nak tersuap anak orang, tapi tak berani la nak suap betul-betul.


Jadi, aku baca jela info-info. Info tentang 4 days rule jugak. Untuk menentukan baby kita ada allegic ke apa. Ada yang kata bila baby dah 4 bulan, boleh mula bagi. Ada yang kata selepas 6 bulan. Ada yang kata kalau dah ready nak makan, boleh bagi dah. Kalau ikut mat salleh, mereka start bagi masa 4 bulan. Aku macam, emmm takpalah dah nak dekat 6 bulan nanti boleh cuba. Memandangkan Adra macam dah ready, so aku try. Kalau ikut orang tua-tua, mereka dari dalam pantang lagi dah bagi baby makan. Kuat kan orang dulu-dulu. Aku ambil contoh opah aku. Mak ayah aku lah. Dia kata selepas je pantang, ayah aku dah makan pisang lenyek. Aku macam haaaaaaaa? Awalnya. Terkagum kejap. Hehe. 

Kalau nenek aku pulak, mak kepada mak aku. Katanya anak-anaknya termasuk mak aku, makan bubur nasik blender selepas je dah 2,3 bulan. Aku terkagum lagi sekali. Memang kuat baby dulu-dulu. Ada juga yang bagi air beras. Air beras yang sedang menggelegak. Sejukkan kemudian bagi baby. Aku takut sebab banyak terbaca. Memang baby akan kenyang selepas makan, tapi usus dia yang kecik tu mesti berusaha nak hadamkan makanan-makanan tersebut. Tapi tu cerita orang dulu. 


Ni antara puree yang aku buat :,


Puree Pir
Puree Apple
Puree Pumpkin

Puree pertama aku cuba adalah puree pisang. Ada pisang kat rumah. Maklomlah mak bapak Adra penggemar pishang. Muahaha. Anak pon suka pisang. Aku blend pisang kemudian campur ngan my fresh milk hehe. Nampak sedap. Adra sukaaaa. hehehe.

Kemudian aku try plak bagi puree pir. Okey lepas. Adra suka. Tadi adik aku bagitahu. Adra tak suka puree labu. Ditolaknya. dijuihnya bibirnya hehe. Adui anak. Puree labu tu la sedap. Lemak. Macam makan lepat labu plak hahahaha.

Kemudian adik bagi puree apple. Ok dia suka.

Lepasni nak ajar puree lain plak. Lepas tu boleh la makan bubur nasik pulak. Banyak jugak resepi best-best dalam group tu. Tunggu masa nak try. 

Nanti mama nak belajar buat biskut baby pulak. Hehehe

Ada tips2 lain mommy? Ada info masa anak mula2 makan? Meh la share dengan sayee.




3 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Akk lum cuba bg ariz labu. Brokoli nnt akk update eh. X smpat snap gmbr lg.

dalila said...

sy pun tgh gigih buatkan puree ank ni..semalam br introduce labu..tp mlm td mengamuk sebab kembung..huwaaaa..dh la byk sy buatkan..yg lain2 stakat ni ok lg..sy pun ade update puree2 yg penah bg baby..tp org dl2 memang..mak sy pun kate lps pantang dl mkn pisang lenyek..tp skang ni mcm2 jadi..byk kes baby pecah usus sebab perkenalkan makanan cpt sgt..wlupun air beras mendidih..sy ade bace kt fb baru ni..takut rs..sebab tu sy perkenalkan makanan yg sesuai ikut umur baby..gud luck sis..kite bg yg terbaik utk baby..yg penting dr air tgn sendiri..

mrs.aziz ummi aariz said...

akak suka bg anak2 akak puree kurma...stok kurma mmg sentiasa ada kt umah sbb tiap2 hari ummi dia kena mkn kurma utk byk kan susu...so senang la agak2 tk sempat masak bubur lenyek2 je kurma bg mkn....pisang pun boleh jd penyelamat kalo tk sempat nk wat bubur or stok puree dh abis sbb pisang senang akak lenyek je...lgpun pisang tk sesuai wat stok byk2 sbb pisang cepat lebam...

akak ada wat jadual mkn medina dr umur dia 6 bulan ari tu...tp sampai skrg tk sempat2 la nk update blog...kalo tk leh jd rujukan utk eka...