01 September 2015

Siakap Stim Limau Restoran Pak Soh Stulang Laut, Johor Bharu.

Assalamualaikum semua dan hai. Sudah bulan September lah. Kejapnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik je kan, dah nak hujung tahun dah.

Cuti merdeka balik umah mertua. Sampai sana Jumaat malam. Sampai-sampai je mak ayah mertua, kak ipar cerita pasal Legoland diorang pegi minggu lepas. Khusyuk la dengar. Aku penah pergi legoland tapi tak masuk. Eksyen jela bergambo kat pintu masuk legoland. Hahahaha. Sekali mak mertua cakap ada lebih 3 keping tiket free. Minggu lepas ada yang tak sempat diterjah. Spontan je mak mertua ajak. Aku ni tak leh buat keputusan. Keputusan ditangan my boss. Dia kata ON. Okey, ON. Esoknya pukul 8 gerak dari Seremban. 

Singgah dekat RNR Machap, makan nasik lemak ayam. Sampailah ke Legoland, Nusajaya. 

Tapi aku tak nak cerita pasal Legoland dulu, kita cerita pasal makan dolu. Muahaha. Gambar banyak sangat, so nanti la edit-edit dulu bagi hilangkan jerawat n lemak-lemak. Baru update hokey hahaha. 

Malam tu selepas maghrib,nak cari port makan. Sebelum keluar dari Legoland, Husband tanya kat reception. Jauh tak Danga Bay ke, Bandaraya ke dari Legoland ni. Sekali mereka kata tak jauh pun. 15 minit dah sampai. Kitorang pun ape lagi. Cepat-cepatlah google tempat makan yang menarik. Husband kata alang-alang kita dah merentas beratus2 kilometer, 4 jam perjalanan, setakat nak ke Legoland je, baik kita jalan-jalan jap. Memang dasar kaki jalan. Adra pun jenis okey dibawa berjalan. Ahamdulillah, senang. 

Google-google, kami nak makan kat Stulang Laut. Teringat pulak member cakap, siakap stim limau terbaek kat Stulang Laut. Google Stim limau, jumpa la restoran Pak Soh. Waze, jumpa. Tepi jalan menghadap laut. Angin laut bukan main kuat dan nyaman lagi. 

Restoran Pak Soh ni sebelah restoran cina. Betul2 mengadap laut. Dekat dengan The Zone (Mall bebas cukai). Kalau dah sampai depan laut tu, slow2 je jalan pandang kiri. Parking susah sikit. Kami parking kat tepi jalan sebelah laut tu. 

Makan 4 orang, aku orderkan nasi putih + Siakap stim limau + tomyam campur + kailan ikan masin + Udang butter = RM 80.00


Menjejes air liur bila ingat balik. 

Tengok rupa, macam biasa je kan. 
Takdela nampak macam tempting sangat kan.
Tapi bila rasa, fuhh masam, manis ikan. Lembut ikan, diganding dengan kuah tu.
Kuah masam, aroma serai, limau, ketumbar, cili, halia.
Fuhh. Rasanya tak yah order lain lah. Order ni ngan sayur je cukup.
Tula orang kata, jangan menilai dari rupaa. Haha

Tomyam biasa2 je aku rasa.
Ni je yang WIN.

Okey, lain kali boleh repeat lagi.

Korang, penah makan kat sini? 

Kacang pool, stimboat dataran, 
cakoi bakar, tauhu bakar tu aku dah rasa sebelum mengandung.
So, takdela rasa nak try. Muahaha.

Okey, edit gambo jap.




9 comments:

shaFazie said...

tak pernah try mkn kt ctue..
boleh try balik jb nanti.. tq eka

Norma NML said...

Nampak sedap ..kawan2 cakap makanan kat situ mmg sedap2 :)

HanNis SaNia said...

amboi berjalan sakan ye.. hihi :)

Nastyna said...

ha ha, tengok gambo macam biasa2 jer.. tapi bila baca ulasan u tu... wallawehhhh. Slurppp.

mdm nissa said...

Salam, nisa singgah malam meninggalkan jejak. Done follow Cik Puan Eka :D

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa

Sakila Rani said...

ufffffhh bestnyaaa terliur sudaaa^^

jemput baca sihat cantik dari dalam

Nurul Aula A'Akif Fadzil said...

tak pernah lagi cuba.. tapi kalo cik puan eka kata best mestilah sedap wajib cuba


Soya antara Fakta dan Auta

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eka,
akak pun soka kalo ikan steam
tapi sejak2 kawen ni dah jarang sangat dapat order masakan ikan steam
aternya hubby xsoka ikan stema
dia soka sweet sor la, tiga rasa la
he3