05 October 2015

Adra dah Makan

Hai semua. Ni cerita pasal anak pula. Adra dah nak masuk 7 bulan.
Adra dah makan dah. Seronok sangat tengok dia makan. Suap bubur nasi pon kemaen suka sampai habis semangkuk.

Aku pelbagaikan bubur nasi tu.

Bubur nasi kosong tu diblend. Kemudian aku campur dengan puree.

Puree yang aku buat selalunya puree pear. Adra suka. Pastu up sikit puree carrot,keledek @ sweet potato, kentang, brocoly.

Buat 4 day rules jugak. Tapi setakat ni Adra okey je makan puree2 tu.

Kadang bubur nasi blend halus kemudian taruk dua-tiga sudu puree carrot. Laju dia makan.

Setiap kali makan, berperang. Dia sibuk nak pegang sudu jugokkkk.


Tengok tu. Nak suap jugakk dia. 
Ayah tolong pegang tangan. Mama suap.
Kalau taknak ditepisnya. Ternganga mak tengok anak menepis sudu haha rasa macam culture shock sebab kena tepis. Mak2 baru blajo. Haha.
Sebelum ni tengok Makcik 2 aku bagi anak deme makan. Tu la tau skit cara bagi makan baby. Sulamkan dengar air masak. Aku introduced juga air masak. 


Ready untuk di stim. Nasibla hadiah kahwin aritu ada periuk nasi brand Tefal. Aku stim guna periuk tu. Mudah. 

Blend dan simpan dalam freezer. Macam handle ebm gak cuma bubur nasi kena buat hari-hari. Banyak yang aku perlu belajar. 

Kalau kat group home made solid food tu macam2 resepi utk baby ada. Tunggu baby beso sikit kita buat yg menarik.

Lepasni nak try buat rice cereal sendiri ngan serbuk bilis.

Harap mak rajinnn. Tapi kena rajin untuk masakkan makanan untuk anak tersayang. Korang mehla share solid food baby korang.

Jumpa lagi!

2 comments:

eima said...

good job ... kena rajin je ... pasni mcm2 ko boleh buat ...
kami dulu rajin tp icha je yg tak mau mkn samapai skrg jenis tak mau mkn

shaFazie said...

seronok bila tengok anak2 dah start makan kan eka..
macam2 nak buat .. hihi