19 October 2015

Aiskrim Kelapa Sangkaya Creamery

Assalamualaikum dan hai semua.

Sibuk sikit dua tiga hari ni menguruskan persiapan kenduri aqiqah Adra. Ingat nak hired sorang photog tapi over budget pulak. Takpala. Kita snap pakai hp je la ye. Hehe.

So minggu lepas ke Nilai 3 kejap cari bag untuk isi goodies. Nilai 3 tak jauh dari rumah kami. So senang ke sana je. Beli woven bag saiz comel tu. Murah. Sepeket 2.00 tak silap. Dalam ada 10 pcs jadinya sehelai 20 sen. Setel.

Lepastu kami ke Bangi Sentral. Aku jadi personal shopper untuk kengkawan aku. Hihiii. Deme kirim botol sempena tommee tippee fiesta kat butik baby tu. Yela murah kot botol yg 9 oz tu harganya rm 19.90 je.

Pastu ke ioi city mall pulak. Lama tak kesini. Last pergi masa ngandung Adra tu pon tak habis tawaf sebab tak larat nak jalan hahahahahaha sebab terasa berat masa tu.

Alang2 jenjalan situ, kali ni nak try aiskrim sangkaya. Aiskrim kelapa tu. Ni pun ha dari ngandung tringin. Hehehehe dah nak masuk 8 bulan baru merasa haha. Nak kata air liur adra meleleh. Memang baby suka main air liur. Banyak dah cawangan Sangkaya ni. Memang sedap.

Tak manis sangat, lemak berkrim, rasa kelapa dia umpphh unik. Siap ada isi kelapa lagi kat dalam tempurung tu.

Dak apple pun suka. So ada can la repeat lagi aiskrim kelapa ni :p


Sangkaya Creamery IOI Mall Putrajaya
 Kedai ni kat LG. Dekat depan big apple donut.


Aku ambik yang ni.

RM 10.50

Yang signature aiskrim.
4 scoop ice cream + topping.

Yang ni aku campur 2 scoop aiskrim kelapa + aiskrim teh tarik Thai. Sedapp tapi next time nak aiskrim kelapa semuaaa lagi sedap.

Topping dia ada kelapa kering, kacang tanah (fav aku), nestum, jagung manis (fav jugak) dan kacang merah.

Untuk perfect combination, jagung + kacang tanah kisar tu terbaekkk.

Nyum nyum teringat lagi ni haha..

Korang mesti penah rasa kan?

Tringat lak ayah kawan aku, mniaga aiskrim tradisional aiskrim kelapa. Sedapp sangat,



8 comments:

mama leen said...

sedapnya

Inani Hazwani said...

Yg teh tarik thai tu nani tak try lagi. Heheh :D

MizzTina said...

terliurrrrrr uit..

eima said...

Tak penah lg rasa....mcm sedap nk pi cr kat oio lananti

aiman mania said...

bestnyaaaaaaa~~~~~~~tgok aiskrim pon dah macam ala-ala hawaiiiiii ......take care of ur health ^^
kalau nak makan,makan je...jgn simpan niat lama2..nnt badan merana..hooohooohooo....

aiman mania said...

bestnyaaaaaaa~~~~~~~tgok aiskrim pon dah macam ala-ala hawaiiiiii ......take care of ur health ^^
kalau nak makan,makan je...jgn simpan niat lama2..nnt badan merana..hooohooohooo....

cik hani said...

kat opis pun ada kedai ni, ingat nak try tapi tak berkesempatan lagi..
gaji nanti, nak ajak suami terjah sini....

LYAfrina said...

sedapnyaaa