06 October 2015

Cerita Aidiladha

Hai semua. Susahnya nak update sekarang. Malas pon ye jugakla hehe. Lagi2 kat office aku ni dah tak bole bukak blogspot. Nak update guna tab pon kekadang malas. Penyudahnya update guna hp je.

Dah basi dah cerita raya haji. Baru nak update :p

Tapi entah kenapa agak kurang meriah tahun ni. Kome rasa camne? Ke aku je rasa begitu.

Hari raya Aidiladha haritu aku balik ke Nogori 9 umah mak mertua.
Aku kerja Rabu tu cuma balik awal sikit sebab nak ke Nogoghi kan.

Sampai kat Seremban pukul 10 lebih. Mak mertua baru siap buat rendang. Abang ipar aku pulak baru siap buat lemang. Ayah mertua ku dah lelap dulu. Tak sihat mungkin panas dengan jerebu kuatnya.

Pagi raya. Makan juadah raye le hehe. Pak mertua aku pandai masak. Ayah buat sup kerbau. Rendang mak mertua aku plak torbaek makan ngan nasik paneh. Ngan lomang lagila thorbaek.


Hai saya Adra. First time beraya Aidiladha ni hehe. Dak uchuk mama ayah ni dah banyak akalnya ni


Ni je gambo raya kami hehehe.
Nak bergambo ngan dak kocik ni skang kene cepat. Tak diam dah dia. Mulut membebel je. Seronok tengok keletah dia. 

Pagi tu, Ada jiran datang beraya. Makan-makan kemudian kami lepak jap. Pastu kami ke rumah kak ipar pulak.

Petang tu dah menung. Nak kemana nih. Terus ayah adra ajak pegi jalan. Yayyy sonoknya adra. Eh mama dia hahahaha.


So petang tu kami ke Palm Mall. Tak boleh jalan ke taman. Jerebu. Masuk mall takde jerebu kan. Hihi 

Ingat raye2 ni takdela ramai. Rupanya ramai ye beraya kat Palm Mall hahaha
Makan-makan, jalan2 and shopping sikit utk ayah,mama and Adra jugokla hehehe.

Adra memang suka dibawa berjalan. Nasibla suka. Kalau nak susu, mama akan keluarkan apron ajaib. Nursing cover. Hihi tapi weols panggil apron. 

Tu nanti kita cerita dilain entry ya.

Okey tujela update . Sok kalau rajin aku update. Eh korang. Aku dah jadi pemain bola jaring. Haha excited bagitahu korang tapi serius wei last main masa darjah 5, lupa habis. Tak tau apa kerja Gk GD GA. Jadi WA WD jerla. Kaki pon gerak lagi haha.

Babaiiiii

3 comments:

eima said...

kami yg raya kat kl ni lagi la tak meriah kami zoo tghari raya tu hahahaha

Cik Puan Eka said...

Ahahaha lagi syiok tu kak raya kat zoo. Kita raya kt mall

pipie azati aziz said...

syoknyeee die .. hihihi ...