26 October 2015

Majlis Aqiqah Adra Safiyya

Assalamualaikum dan hai semua.

Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah anakanda tersayang hari Sabtu baru ni.

Semua berjalan lancar. Menguruskan kenduri ni penat sebenarnya tapi bila dapat jamu tetamu makan,tetamu ramai datang tu memang penat rasa hilang. Seronok rasa tengok ramai datang. Alhamdulillah murah rezeki si kecik Adra Safiyya.

Kambing golek pun licin sampai kepala pun diorang makan hihi. Sos pun Sedap. Ada side dish potato salad + coleslaw.


Lauk pauk pun cukup siap ada berlebih lagi dan boleh bagi bungkus untuk sedara mara.

Menu haritu nasik tomato,ayam masak merah,dalca,jelatah timun nenas,papadom,nasik putih pun ada. Gulai lemak nangka, keladi masak asam,ikan goreng,sambal belacan,buah tembikai. Lauk pauk semua masak gotong royong. Mak masak dibantu adik beradik mak ngan adik bradik abah aku. Terima kasih sangat. Siap ada yg sponser macam2 hehe.

Dessert pulak aku tempah kat member2. Ada brownies kedut,cup cake,blueberry cheese tart. Bubur pulak, bubur anak lebah sedapp tempah kat sedara. Makcik2 aku pulak sponsor dadih, kuih sampan,apam,kaswi. Pastu jiran opah aku sponsor lagi kuih muih macam2 jenis. Kuih pau,karipap. Nenek masakkan pulut ngan sambal tumis. Ya allah terkejut aku kluar umah tengok banyaknya makanan. Rezeki.

Goodies pun licin takde tinggal satu pun hihi. Dalam goodies aku taruk Yassin,telur dan muffin coklat + vanilla.



Yassin ni aku order kat Kiz Wedding di facebook. 


Majlis mula pukul 9.30 pagi. Marhaban start pukul 9.30 pagi. Adra ok pagi tu. Pukul 8.30 Adra dah siap2 mandi n pakai baju. Susukan dia. Biasany pagi pukul 9 tu time dia tido. So, susukan dan marhaban start. Dia tido. Hihi terus masukkan kat dalam buai berendoi


Marhaban habis dalam pukul 11.30 pagi. Terus ada bacaan doa dan jamuan makan pon bermula.

Gambar lawa2 ni kawan kami berdua. Amin yang snap. Amin bagi service free.!! Alhamdulillah murah rezeki ko Min. Lagi2 nak menimang orang baru. Hehe . Cantik2 gambo. Soft copy je tak ambik lagi. Amin ni photog kami kahwin masa kt sebelah aku.


Hihi sukanya dia. 
Baju ni simple je. Trudy and teddy.
Mula2 aku nak baju lain.
Sekali ayahnyer kata beli baju yang boleh dipakai selepas ni. Beli ropol2 kang susah nak pakai berjalan2 hehe betul gak.
Buai berendoi ni member2 gak.
Zahra Bridal punya.
Thanks kak Yana.
Harga kasih sayang gitu. Hehe

Anak kesayangan ayah.
Memang geng berdua ni.
Muka pon serupa. Padan sangat haha.
My little family.
Terima kasih Allah swt atas kurniaanMu.
Moga berpanjangan kebahagiaan ini.


Okey tu je. Nanti kita sembang lagi okay. Tatatata.

Terima kasih untuk semua yang menjayakan majlis aqiqah ni. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya.







7 comments:

yaya cendana said...

asssalamualaikum...yeayyy...adik comel dah cantikkk... ^_^

yaya nak jemput join pertandingan Dove .... mana tahu bertuah ... dapat rangkaian produk Dove bernilai RM100 !! ^_^

http://www.yayacendana.com/2015/10/peluang-mendapatkan-rangkaian-produk.html

goodluck tauuu ^_^

Norma NML said...

comelnya dia :)

Jen Jen Areff said...

alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah adra. sweet family.

eima said...

alhamdulillah ..meriah ....

nini said...

Comelnye si kecik tuuuu

LYAfrina said...

alhamdulillah..

meriah sgt majlis adra...
adra pon sgt comey

HanNis SaNia said...

akikah adra masa dia brape bln??