06 October 2015

Pak Daud dan Serum Jambang

Hai.

Lama ya tak cerita tentang Pak Daud dan Makcik Tipah. Deme dah ade anak sorang dah skang. Hoho. Hehe.

Kisahnya.

Sekarang kan trend jambang ala2 wak doyok ataupun jambang halus ataupun sideburns yg cantik rapi kemas tu.


Ya. Memang handsome kan. Hehe

Pak Daud juga gila pomade. Rambut pompadour. Siap sikat sintetik. Pomade tu pulak bau dia rasa nak makan. Haha.


Pergh macho baq hanggg.
Pak daud nak jadi gini kot.
Pergh lagi skali.

Tu juga merupakan kegilaan lelaki masa kini selain daripada #vapeon!! Nasibla pak daud tak merokok. Kalau tak mesti sibuk nak tukar flavor etc. Tu pun tah2 ada cuba. Mesti ada tu.

Berbalik kepada cerita serum jambang tersebut. Pak daud pon beli la dua tiga jenis serum. Makcik tipah ingat orang pompuan je siap berserum bagai. Tapi orang lelaki pon.

Tapi makcik tipah selalu tegur. Sejak guna serum jambang tersebut. Takda pon jambang yg tumbuh. Yang ada hanyalah jerawat je yang tumbuh di sekitar kawasan yg disapu serum. Haha.

Jerawat ya bukan jambang.

Pak Daud tak puas hati. Dia pakai jenama lain. Pon sama. Bukan jambang yang tumbuh tapi makpak jerawat yang tumbuh.

Lagi sekali Makcik tipah ketawa berdekah2. Yela ingat jambang. Tapi jambangwat a.k.a jerawat.

Tapi pak daud ni jenis nak cuba. Dia pakai lagi. Makcik Tipah bising. Apala beli mahal tapi jerawat. Tu tandanya kulit awak tu tak sesuai la pak daud. Dah la stop pakai tu.

Pak Daud diam je sambil senyum senget.

Makcik tipah geram. Satu hari Makcik tipah sorokkan serum tersebut di bawah bantal. Dengan harapan takpayah la pakai lagi. Tak sanggup tengok jerawat berceratuk di mukanya.

Sekali pak daud lepas mandi. Sengih2 dah sapu serum sebab bau serum tu kuat gak. Makcik tipah terkejut.

Eh mana awak jumpa ni. Kan saya dah sorok.

Pak daud cakap. Elehh nak sorok plak. Hahahaha.

Adoi. Terus berhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu Makcik tipah.

Ateeeeeee..
Bagaimana partner kome.

2 comments:

eima said...

sape pak daud ni ..ai konpius ni cerpen pendek ke ape ni ???

Cik Puan Eka said...

Hahaha lebih kurangla tapi ia kisah b benar :p