13 October 2015

Persediaan Majlis Aqiqah

Assalamualaikum dan hai.

Mood blogging kelaut dah rasanya sejak dah tak boleh update kat office. Paham2 jerla kalau update guna hp,tab macam mana. Agak lemmmm gak kekadang. Kalau guna keyboard. Laju je tangan nak taip ye tak. Haha.

Kena ada mood yang okey dan betul2 ada hati nak menulis. Kalau update pun banyak cerita pasal anak. Modal nak cerita.

Serius rasa macam. Anak? Pergh dulu update tah hapa2 skang ni pasal anak je beb. Pasal diri sendiri. Pasal dak apple. Memang jarang.

I love you Adra. Muahh.

Okeylah berbalik pada cerita aqiqah. Adra dah 7 bulan baru berkesempatan nak buat. Alhamdulillah ada rezeki lebih. Semua untukmu.

Dulu sibuk buat persiapan kahwin. La ni kenduri aqiqah anak pulak. Rasa kejap sangat masa berlalu. Kan.

First skali.

1. Tarikh.

Tarikh ni la paling susah nak confirm. Dan berita gembira. Aku takpayah main netball sebab tarikh karnival sukan tu sama ngan aqiqah Adra. Yayyyy. Yelah. Dahla aku pon bukan terer main pon. Tadi last training. Lutut kanan aku sakit. Main takda tara mana pon. Haha.

Akhirnya dapat tarikh. Lepas dapat tarikh.

2. Cari kambing.

Kambing seekor. Alhamdulillah selesai dicari. Kambing bakor.

3. Marhaban

Selesai jugak. Punyala jenuh cari nombor hp ketua marhaban. Alhamdulillah dapat booking. Risau juga kot ade yg booking kan.

4. Jemputan

Baru la boleh jemput orang. Tapi belum keseluruhan. Aku bagitahu parents dan family aku. Family husband. Husband yang akan bagitahu. Ada juga buat kad. Kad simple je. Cari template kat internet dan edit sikit. Setel.


Hehe pink jugokkk dia nak.



5. Hidangan lauk-pauk

Ada dah bincang ngan family. Maybe nasik tomato + nasi putih. Ayam masak merah maktam aku yg best, lauk2 lain lagi. Kuih muih sikit.

6. Goodies

Ni goodies aku dah order buku Yassin. Aku order di Kiz Wedding. Satu buku RM 0.70. Cantik-cantik. Ada jugak yang lagi murah . RM 0.50 tapi aku pm,wasap dah seminggu tak balas2. Hmm ada la dua tiga tak berbalas. Takpala. Dapat yang Kiz Wedding ni pon okay. Cepat je respon. Bukan kita nak cepat sangat. Kita pun faham orang meniaga kan.

Yang lain. Aku tengah fikir nak bagi apa dalam beg goodies tu. Any ideas?

7. Buai berendoi.

Ni dalam dilema. Haha adra dah beso. Nak ke pon dalam buai. Nasibla butik pengantin buai berendoi tu kawan aku. Dia bagi diskaun gegila punya. Tengok bajet dulu.

Okey setakat ni itu jelah dolu. Yang lain belom lagi. Nanti aku share lagi ya.

Bye.


5 comments:

cik hani said...

syoknya..
nak buat persiapan akikah anak, mesti eksaited kan..

Inani Hazwani said...

Bila majlis besar macam ni, preparation memang penting :)

Wann Mohri said...

Hihi

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat kerja2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,siling kapur,sambung rumah,buat pagar,grill dan owning,wayaring,plumbing,waterprofing,vinyl floor dan wall paper,landskap dan kolam ikan(simen ferro).terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,sepang,nilai,cheras,pucong,dan kl.hubungi sy d no 192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

aiman mania said...

alolololololololo....comelnya baby adra..geram nak gomol pipi...biasalah...nak buat majlis kena bnyak berkorban tenaga,masa dan kewangan..all the best with ur family.... ^^

klik nuffnang akak...kalau sudi ...semputlah sggh ke blog saya.klik nuff sekali.ahahahhahahaha.....buat duit tbung katakan.....