20 November 2015

Breast Pump Spectra 9+

Hai semua.
Alhamdulillah Adra dah 8 bulan lebih dan masih minum susu aku.
Alhamdulillah rezeki untuk Adra.

Kalau dekat office, aku memang ada jadual pump sendiri. 3x bermula dengan,

Sesi 1 - 10.00 pagi
Sesi 2 - 01.00 tengah hari
Sesi 3 - 4.00 petang

Port pump biasa kat surau. Kadang2 kalau busy, aku pump kat work station sahaja. Cover dengan nursing cover takpun dengan tudung. Tudung labuh sikit, setel.

Terima kasih officeku bagi kelonggaran untuk pump dan memahami.

Aku guna pump single brand snowbear adik aku bagi. Pump ni mampu milik. Seperti yg aku pernah kata. Aku kan lambat menggali ilmu penyusuan. Disebabkan adik aku bagi pump ni, jadi aku tak spend duit langsung untuk beli pump dan tak tahu pun pump apa yang okey dan yang bagus dan yang sesuai.

Tapi bila susu pun dah mantain. Aku mula rasa aku memerlukan pump yang double supaya aku boleh jimatkan masa mengepam. Takyah cucuk bateri. Nak pegi kursus takyah cari plug etc, ringan, part kecik2 takyah basuh banyak2, mampu milik,tahan lama dll.

Lama juga aku survey. Pump apa yang aku perlu beli.

Medela free style
Lacte duet
Malish Ilaria
Rumble tuff
Spectra M1
Spectra 9+
Autumnz passionpassion
Avent

Tengok, google, baca pehtu pening nak beli. Nak menabung lagi ni. Untung2 nanti kalau ada rezeki mengandung anak no 2, boleh guna untuk anak no 2. Kan. Kira melabur beli pump hihih.

Setelah ditolak tambah bahagi kira semua duit tabung, aku membulatkan keputusan untuk beli breast Pump Spectra 9+.

Bole dibeli secara ansuran tapi mcam biasa la selepas habis bayar baru dapat barang.


Aku amik basic pakej. Harga Rm 660.00 free postage. Dapat 2 connector from wide to standard bottle + 5 milk storage bottle apple tree.

Pump ni rechargeable. So, dah cas. Senang aku nak bawa pi office dan pump di mana sahaja tempat sesuai hehe.

Jom tengok macam mana nak guna.


Parts dia sikit je. Only 3 parts kena basuh.

Shield
valve
bottle


Lepastu connect dengan backflow protector dan tubing.
dua part ni tak payah basuh.

Settle.

On pump.


Massage dolu.

Kemudian tukar expression mode.
Senang kan.


Antara ciri2 pump ni adalah:

1. Double pump. Boleh guna jadi single pump jugok.

2. Ringan. Berat 900g jer.

3.  Ada massage mode. Urut2 dulu bagi melancarkan urat2 miss B

4. Ada 10 suction level. Boleh tekan ikut kita suka nak level brape.

5. Ada timer display. So bole tengok brapa minit kita pump.

6. Ada back flow protection. Takde la susu masuk kat tube! Jahanam motor pump kang.

7. Ultra quiet. Tak bising sangat. Kira pendiam sikitlah. Tapi ade je bunyi, cuma less vibration dan sengap sikit bunyinyer.

8. Part nak basuh tu sikit je. So senanglah aku nak basuh aksesori pump ni hehehe.

9. Best dan menjimatkan masa. Kalau pakai single, aku amik masa dalam 45 minit tau. Yelah bergilir2. Tapi pakai double. 15 minit dah siap.

10. Ape lagi ye. Nanti la cari lagi hahaha.
Pagi tadi sampai. Dah cuci semua aku pun try. Hehe.

Apa2 pun, terima kasih buat pump snowbear yang cute mute tu. Tetiba aku rasa sedih sangat. Tengok pump tu. 8 bulan aku guna. Dah beribu oz aku pump dan dia bekerja keras untuk aku selama 8 bulan lebih ni. Touching bila aku basuh, sterile dan sedia untuk disimpan. Menitis gak air mata mak ni.

Apa2 pun aku harap perjalanan penyusuan ini dipermudahkan untukku. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh emel aku di 

ekaseven@ymail.com

Mana yang aku tahu dan boleh share tu, aku share ye.

Terima kasih.

Ohh lupa nak share. Aku beli pump ni dekat seller paling best. Love you Aliaa. Hihi. Meh meh cuci mata kat 

BREASTFEEDING BABY ROXX

Search dekat FB tau. Macam2 ada. Nak breast pump, plastic milk storage, cooler bag etc. Actually cooler bag Gabag pun aku beli kat Aliaa jugak. Tu pun entry terperam. Nanti update hehe.

Korang, yang bf tu. Guna pump apa. Meh share.

2 comments:

HanNis SaNia said...

Wow hihi semangat ye. Nanti kita pun nk review pasal breasfeeding ni. Anyway sy pakai autumnz bliss jek. Tapi tunggu dah lm nanti baru cari lain. :) Niat nk BF smpai baby 2 thn :)

Fieda Redzuan said...

wah dah beli baru :-)
haritu dah tengok jugak pump ni. tunggu bonus tengok teringin lg ke tak. haha