04 November 2015

Ngidam Buah Tarap

Entry edisi Throw back.

Assalamualaikum semua.

Sejak adik aku dah ngidam ni. Teringat plak kisah aku ngidam haritu. Yelah haritu aku tak pernah pun update pasal preggy kan hehe.

Ni yang aku ingat la ya. Versi tak ingat tu biarlah. Nanti ingat.

Aku ngidam buah tarap!!!

Hahahh

Nak tergelak. Masa Adra lahir. Ayah adra cuit2 adra. Ni la budaknya ya yang nak buah tarap tu. Haha.

Tak bole blaaa la apak Adra ni.

Tah macam mana aku bole mengidam buah tarap tah. Tetiba je terlintas kek hati. Tula ajaibnya orang ngandong ni.

Buah tarap tu adalah sejenis buah yang seakan cempedak tapi susah nak dpat beb. Kalu kat Sabah ke Sarawak ke banyak. Lagi2 kalau musimnya.

So sementara tak dapat makan lagi tu. Hari2 aku tengok Instagram #buahtarap

Rasa macam teringin sangat. Apela rasanya. Sambil usap perut. Sob sob sobb. Masa tu 3 bulan rasanya.

Husband tanya sana sini. Minta tolong kawan opis dia. Ada akak tu husband dia orang Sabah. Tq Kak Ila!! Lebiyyyuu.

Masa raya ke 7 tak silap. Kak Ila baru sampai umah dia dari Beaufort Sabah. Kak ila call dak apple. Suruh amik buah tarap dah sampai. Dalam hati gumbiraaa baq hanggg. Tak tau nak kataaa haihhh.

Kami terjahla umah kak ila kat Beranang. Ke Semenyih. Eh sama kot. :p

Kak ila siap dah kupaskan buah tersebut. Aku pon makan. Uihh sedap. Rasa macam cempedak. Tapi macam durian belanda pun ada dalam dia. Aku rasa Adra mesti melompat2 dalam tummy selepas makan tarap. Kahkahkah.

Pastu siap dapat buah yang belom masak lagi. Jenuh balut bungkus kata kak ila takut tak lepas naik flight sebab berbau kan. Tula kak ila siap kupaskan tu backup kalau tak lepas naik flight buah tu.

Selepas dah makan. Ouhh lega. Alhamdulillah. Takdela tringat dah. Camtu ye rupanya orang ngidam. Tak dapat terbayang2.

Hehe teringat plak video pendek liyana jasmay ngidam tv flat screen hahahaha.

Lagi yang pelik2 aku rasa takda. Ke tak ingat. Maklomlah uratku dah banyak putus dan aku pelupa. Sangat!! Nanti tanya dak apple. Apa lagi aku ngidam.

Ada gak aku ngidam ikan kelah. *_^
Dapat masa aku dah 9 bulan. Hehe.

Korang. Apa yang korang mngidam masa ngandung? Ada yang peliks???
Share meh share.




Ni lah buah tarap tersebut.Kocik je buah eh.


Ni rupa isi dalamnya.

Tq blog House Of Annie
http://www.houseofannie.com/buah-tarap/

pinjam gambar.

:)



Ni masa pregnant 4-5 bulan tak silap aku. 
Perut aku comel2 je.
Start besar masa 8 bulan. 
7 bulan masih kecik dan kalau dari belakang pun orang tak perasan aku ngandung hehehe. 


5 comments:

nini said...

Uittttt buh tarap ni memang sodappppp....memang ada kat sabah ka...nasib baik tak menidam...kalau tak haruuuu...hahaha

Puan Awin said...

sedap buah ni, harum je baunya...nasib akak dpt mkn time peknen ritu coz kebetulan turn balik raya kg husband kat tawau. jenuh dia carikan buah tu kat pasar besar tawau...

eima said...

aku pun suak sbb masam2 ..toka ku suka buat sambal gitu la ...
sedap ....

tapi aku tak ngidam time ngandung hehehe

LYAfrina said...

buah tarap??
1st time dgr n 1st time tgk ni...

lya xde pglaman mgidam..dh spnjg pregnant koma...

cute je perut msa mgndung tu.. hehe
biasalah..bila dh smpai bln perut akn membesar dgn cpt

Inani Hazwani said...

Buah tarap ni macam buah cempedak pun ada jugak :)