04 December 2015

Kursus | Kem BTN Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua. Update yang pertama bulan Disember 2015 hehehe. Aku baru balik kursus setelah 3 hari 2 malam berkampung kat Kuala Kangsor yop yong oi. Kursus aku baru 3 hari tahun ni memandangkan awal tahun tgh sarat ngandung, pehtu cuti lama plak kan, memang naik saja la nama.

Menarik kursus. Kursus yang membuatkan aku dan peserta lain rasa lebih bersemangat mencintai negara kita, Malaysia. Kita cintakankan keamanan.

Sampai kat tempat kursus pukul 11 pagi. Lapor diri. Terus diberi penginapan.  Aku dapat bilik Langkap A. Kat belakang bilik tu air terjun uols. Memang bunyi air terjun. Fuhh tenangnya rasa. Suasana sangat sejuk, nyaman, tenang. Tepi kiri kanan hijau je dengan pokok tinggi melampai, kat dalam tu banyak bongkah2 batu sungai jugak.

Ni biliknya. Dorm. Aku cop katil bawah hehehe.


Macam biasa la kalau pegi kursus ni mcam2 kawan2 dari jabatan lain boleh jumpa. Yg bujang boleh la jumpa jodoh. Hahahaha.
Yang dah kawen jangan cari pasal ye. 

Benda penting yang aku risaukan masa kursus ni manalah aku nak letakkan susu aku yang di pam ni. Harap ada peti ais kat kantin.Kalau dah takde pilihan langsung, aku terpaksa buang sebab memang jauh kedalam kem ni. Tapi tulah, aku tawakal. 

Masa daftar, jumpa urusetia. Aku tanya. Mereka kata ada peti kat kantin. Minta kat org catering. So masa lunch pukul 1, aku dah siap pump. Aku terus bawa susu ke kantin. Alhmdulillah pihak katering bagi tumpang. Yayyy. Maka mak mengepam dengan hati yang senang. 

Selepas siap makan, solat semua. Pukul 2.30 ada taklimat dan seterusnya ada perkongsian minda yg disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekarang baru aku tahu apa fungsi MKN ni. Slaid yang ditunjukkan juga sangat menarik. Banyak isu2 yang berlaku dalam negara dan luar negara yang berlaku dan antara kita sedar dan tidak sedar. Masa ni tetiba rasa sedih jugakla dgn video yang dipaparkan.

Pertama, kami didedahkan dengan isi kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ada buku yang menjadi rujukan. Baru la sedar perlembagaan 
Persekutuan ini mempunyai persamaan dengan piagam Madinah.

Aku rasa aku kali pertama tahu isi 7 wasiat Raja Melayu. 
Dan wasiat itu dibuat di Kuala Kangsar, Perak.

Dan aku juga baru tahu tentang Maqasid Syariah.
Ada 5

1. Memelihara Agama
2. Memelihara jiwa
3. Memelihara Akal
4. Memelihara keturunan
5. Memelihara harta

Setiap apa yang dibincangkan, jika ada yang perlu rujuk, maka akan dirujuk ke buku perlembagaan yang dibekalkan. Mula2 rasa macam eh boring ke tak ni. Tapi sebenarnya tak. Menarik. Santai je kursus ni.



3 hari kami duk ulang ulang buka buku ni, 
Sapa ngantuk, dia kena baca. Haha.
Aku adela 2,3 kali kena. :p

Malam tu kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan. 
Namanya Jana Minda.
Satu kumpulan ada dalam 10-20 orang.
Kami duduk di dalam kelas dan ada seorang fasilitator dari MKN.
Kelas ini akan membincangkan tentang perlembagaan Persekutuan.
Kira lagi senang la sebab ada dalam kumpulan kecil.
Nak tanya, nak bincang apa2 pun mudah.

Kami akan duduk dalam kumpulan ni sampailah habis kelas jana minda. Last kelas, pagi Rabu sebelum sesi penggulungan kursus.


Kelas malam. Sebelum fasi masuk. Kita selfie dolu haha.
eh wefie. 


Urusetia memang dah maklumkan line hp memang tak berapa nak ada.
jadinya urusetia siap bagitahu port line yang agak kuat. Nunnn dia kat astaka n tiang bendera. Makanya beratur la kami peluk tiang bendera semata2 nak dapat line hahahahaha. 
U mobile je line kuat ckit, maxis pon ok2 la ada tempat dia.
dapatla call dak apple, call mak jaga adra hehe.
lepas rindu kepada dua2 kesayangan. 



Pagi2 cuaca sangat sejuk dan nyaman.
Ada aktiviti riadah. Senamrobik gitew.
pagi2 berjalan dari dorm ke kelas, macam ni la, seronok.
sejuk, nyaman, bunyi unggas dan lotong aukk ok okkk okk.



Ni la kelas kitorang. Keliling hijau je.


Yang kat ujung tu la dorm kitorang.  Yang lelaki dapat nunn jauh kat atas ckit.

This is my friend, DHCK
sama2 intake tahun 2013.
kami selalu dapat kursus sama takpun memang mohon kursus sama hihihi.

Hari kedua, kelas ada dari pagi sampai petang.
Petang tu habis awal sikit, dan kami ada aktiviti riadah. 
Jadi kami ambil masa tu untuk berjalan kat depan Kem tu.
ada air terjun kat Hutan Lipur Ulu Kenas.
cantik. Sejuk. Nyaman.
tapi kami dah diingatkan supaya jangan mandi,
hati2 kalau mandi, dengar je bunyi siren. Cepat2la naik sebab kepala air nak turun!

Nak dijadikan crita, tgh bersiar2 tu bunyi la siren.
Kelam kabutla org tgh mandi naik ke atas. Ada yang buat tak gheti je.
rupanya kepala air nak turun. Kami tak sempat tengok. Tapi ada kawan lain intai dari belakang bilik air kami, memang nampak la deras dan lajunya air tu.



Cantik kan. Amik dari google.
ika tak snap gambo huhu.

Lepastu kat tepi2 sungai tu ada la gerai kecik. Kami makanla rojak buah ni sambil sembang2 dengan kawan2.

Hari ke 3, pagi ada kelas sampai pukul 11 pagi. Minum pagi dan masuk le dalam dewan cemara untuk sesi penggulungan kursus.

Kemudian yayyy tamat kursus. Makan sebelum balik.
biasa kalay kursus, hari last makan sedap skit. Hehehe.

Makan nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam dan jelatah.
siap ada dessert choc cheese cake. Nasib ada hari last je. Kalau hari2 mau bertambah kilo makk haha.


Alhamdulillah. 

Oh ya, stock susu aku alhamdulillah selamat dibawa pulang.
Sebelum pakcik driver sampai ambil kami 5 orang ni, aku kirim ais batu.
senang la nak bawa stok susu aku.



Alhamdulillah.

Okey tuje cerita kali ni.
Next pasal lain pulak ya. Tatatttaaaaaaa

3 comments:

Inani Hazwani said...

Seronok part sungai tuu. Sedapnyaaa rojak buah :)

wahida said...

mmg best btn ni...sesetengah org kata boring...aku pulak suka sama mcm ko...sbb tambahkan semangat cintakan negara sendiri...dan pengetahuan tentang malaysia pun banyak yg kita tak tahu sebenarnya..kat sini lah kita boleh timba ilmu...
dulu aku btn kat perlis, nun jauh kat atas bukit...signal fon pun teruk jugak kat sana...agaknya kursus btn ni mmg sengaja carik tempat yg susah dapat line kot...hahaha...

Khairul Bariah said...

hai!eka dah sampai kuala kangsar. rumah akak 10 minit jer dari situ. selalu bawak anak2 mandi.