16 December 2015

Pulau Pinang | Part 1

Assalamualaikum dan Hai hai hai hai semuaaaaa.
Minggu lepas kami ke Pulau Pinang. Saja berjalan n ini plan ayah Adra. Aku tau booking hotel je n plan nak jalan kemana.Kira anniversary trip. Tahun lepas tak pegi memana sebab tengah sarat mengandung. Hehe.
Petang jumaat tu aku masih kerja. So, half day. Balik keje, siap2 zup zap. Gerak. Destinasi pertama, sampai kat sana kami terus ke Kepala Batas. Tu ke rumah kakak sepupu dak apple. So, kami bermalam kat sana malam tu.
Siang esoknya, kak sepupu dak apple siapkan masak breakfast. Nasik lemak lauk macam2. Kenyang sampai tengahari. Lepastu siap bekalkan bubur Adra lagi. Thank you kak Ina. Nanti boleh datang lagi.

Kenyang sampai tengahari!
3x tambah kahkahkah.
Bukan i okey. Ayah Adra. :p

Pukul 10.00 pagi baru gerak dari Kepala Batas ke Pulau.


Oloh2 senyum ye anak mama dapat berjalan.
shukee. Ni baru bangun. Dari Kepala Batas tido.


Cuaca sangat cantik dan baik
Pegi naik jambatan lama.

Sampai je kat bawah Bukit Bendera tu, alamak penuh orang.
nasibla dapat parking kat dalam parking building baru siap.
Legaaa.

Sementara tunggu ayah Adra beli tiket, Adra mamam duluuu.
Bubur nasi ada ayam dan kentang.


Dah kenyang makan, jomm naik bukit hehe.


Dari awal aku cadangkan supaya beli tiket Fast Lane sebab ramai sangat orang.
Berduyun. School Holiday kan. Memang masak la.

Harga Fast Lane 
RM 30.00 

tapi ayah Adra dapat diskaun guna Kad Siswa.
Dia dapatla RM15.00 je. 
Aku tetap RM 30.00


First time jejak kaki ke Bukit Bendera ni hahahahahah.
Ayah Adra dah selalu pegi, last pegi Penang masa kursus tahun 2011 tu pon tak kemana2 sebab balik awal.

Ha hambek punya ramai orang. 
Ni kalu beratur ni tah pukul brapa naik.
Nasib amik fast line.


Kelebihan naik fast lane ni,
kita masuk dulu, kita dapat duduk dulu,
keutamaan diberikan kepada yg bawa baby, ibu mengandung,warga emas,OKU.

Ada satu lorong fast line, ada bilik menunggu juga utk yg beli fast lane.
tunggu dalam 15 minit. Yayyy train sampai.

Train ke Bukit Bendera.
weiiii aku gayat kot hahaha memang tinggi,
Aku ada baca, train Bukit Bendera ni train pertama di Asia Tenggara yang mendaki. Bapak gayat ah aku haha. Adra dia belom kenal erti gayat. Dia rileks je hahaha. Tu dak apple tu pon gayat. Diam je pastu nak ilangkan takut. Dia ajak aku selfie dalam train haha.

Senyum senyum hikhikhik.

View kat atas bukit Bendera
Cantik tapi agak berkabus sikit.

Teropong Pulau Pinang uolss.
Dak kecik Adra pon nak nengok juge hehehe


Selepas tu kami pon penat.
Mohla naik Tram ni hehehe
Naik dalam 20 minit ronda sekitar Bukit Bendera ni cuma RM 30.00
Driver yg bawa ni namanya Pakcik Zaini
Dia banyak cerita pasal Bukit Bendera ni.
Rupanya ada kampong, kg bukit bendera la siap ada ketua kampung, banglo2 unik menarik dan cantik dalam ni.

Tengokla Adra dah nangis nak tido hehe 


Kemudian kami ke sini pulak.
Ala2 Korea hehe.
Kat sini banyakla mangga berjenis2 n lekatla kat situ tapi kitorang tak beli pon.
Kunci di dalam hati ye hehe.


BFF mama. Adra skang kalu bergambar tangan dia mesti nk letak kat muka mama.
So sweet lah anak mama ni. Muahh.

Dah penat mestila lapo kan. Pastu kami ke food court dia. Beso gak food court kat situ. Harga pon not bad takdela mahal mcm dicerita. Sedap gak.

Masa kami kat sana tu memang time lunch. Padat betul. 
Nasibla ada seorang indian guy staff bukit bendera tu pelawa kami duduk semeja sebab kami melilau tak de pon tempat duduk. Maybe nampak kami bawa baby. So dudukla semeja ngn dia. Thanks.


Kite beli laksa ni harganya Rm 3.50.
Sedap dan ni la paling sedap. 
Tengok gambo bawah. 
Tadaaaaaaaaaaa hehe


Abc fruit RM 10.00
Ni pon sedap lega bila makan banyak buah. Adra boleh makan buah kemaen suka dia. Makan betik,mangga.

Ok next sambung lagi.



1 comment:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

How Ai miss my darl kampung halaman ni😂😂😂 bila tgk n3 Ni...well last Ai pi bukit bendera b4 Mai dok jepun mean-+7 years dh la masa Tu x dak lg tempat ala2 namsam tower tu😁...