29 January 2015

Nak Update

Hai. Korang sihat? Aku sihat walapiat dah bertambah embam gitu hahaha.

Nak update, tapi malas. Banyak benda nak cerita. 

Tak boleh nak buat apa lah.

Tapi aku baca tau dan komen jugak blog awak-awak semua hehe.

Nak juga cerita mengenai kenduri dan juga Birthday Zara 1 tahun.

Tapinya malas menguasai diri. 

Jadinya, nanti lah ya. Nak pilih gambo sikit, edit gambo skit hehehehehe

Makan kacang pistachio jap. :p



Semoga cerdik bila makan kacang cerdik ni hehehe



22 January 2015

KUASA TIGA

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 hal yang paling berharga

1. Kasih sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti

1. Kejayaan
2. Ketulusan
3. Mimpi

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang

1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 hal yang membuat kita sukses

1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI

1. TUA
2. SAKIT
3. KEMATIAN

*Copy dari perkongsian rakan facebook. Thank You :)




21 January 2015

Sakit Perut Masuk Ward

Hai semua. Dah basi dah cerita aku masuk ward tahun lepas. Tahun ni baru nak update. Sangat melampau kan. Hehehe.

Haritu aku masuk ward. Sebab utamanya keracunan makanan. Dicampur dengan gastrik lagi. Patutla asyik heart burn je. Perghhh pestaim aku kena sakit perut yang serius sakit gila. Allahuakbar. Tapi beranak lagi sakit agaknya kan. Perghh tu je aku boleh cakap. 

Last aku makan malam tu, sup sayur. Sup sayur tu ada ayam + sayur + telur. Beli di kedai. Memang aku pangkah siap-siap ah kedai tu. Haha. 

Dah la masa tu dak apple ada hal. Perbincangan dekat U dia. Aku call dak apple, dia cancel nak datang meeting tu. Dia terus pegi hospital sebab aku dah sampai hospital dah time tu. Terpaksa suruh mak ayah aku ambik aku cepat dengan kesakitan yang tiba-tiba je datang. Selang 15 minit macamtu. Perut aku memulas-mulas. Tak tahu lah nak cakap macam mana memulasnya. Nak teran tak keluar pon tinja. kalau keluar tinja, boleh la lega. Duduk la dalam tandas lama. Air mata keluar sendiri. Tak payah nak teruk-teruk keluarkan. Hehe. 

Penyudahnya doc cakap, admit ward. Tak kira. Aku pon okeylah duduk ward. 

Dah doc cek ape sume. Aku pun masuk ward. Dak apple sampai, aku dah duduk atas katil. Nak cakap pun tak boleh dah. Sebab sakit sangat ni ngerekot atas katil hospital. Terus aku rasa nak nangis dah. 

Tapi dalam pada nak nangis tu, aku tercakap kat dak apple. Tak jadilah kita pegi Cameron Highland esok kan. Hahahahaha melampo. Ingat lagi planning tu. Sebabnya memang plan nak ke naik Cameron hari Sabtu. Terus bulat bijik mata dak apple hahahahahahaha :p . Dah-dah katanya, rehat kat hospital. Dah la sakit. :(

Dia datang bawa barang-barang aku. Lepastu aku suruh dia balik umah mak aku. Boleh dia tak nak balik,nak tidur kat depan ward. Memang tak aaaa aku nak bagi. Baik dia balik rumah boleh rehat lagi-lagi dah rushing datang sini tadi. Dengan jemnyer. 

Malam tu, tidur dengan kesakitan. Esoknya pun dengan kesakitan memulas kriuk-kriuk dan masuk tandas tanpa mengeluarkan tinja. Tapi lepas dah cucuk ubat, makan ubat, petang tu aku cherry berry akhirnya. Gila lah. Dekat sehari semalam aku menahan kesakitan, petang Sabtu baru cherry berry. Kuat sangat kuman dia tu yaaaa. 

Aku keluar ward tengahari Ahad. Lega. Alhamdulillah. Tapi sakitnya masih bersisa. Masih memulas-mulas. Aku MC lagi sampai Krismas, terus dengan cuti rehat. Koman-koman, 5 hari aku sakit perut tu baru lah sembuh sepenuhnya. 

Dah namanya blogger, haruslah aku nak update pasal makanan dan keadaan di dalam spital tersebut. Hehehehe. Disebabkan aku tak berapa nak lalu makan, yelah sakit kan. Aku makan sikit je. Selebihnya mak aku datang melawat, mak aku makan. Hihihihi. 



Kat situ aku sorang je. Huwaaaa. 


Breakfast hari pertama.
Sedap tapi pedas. Dah sakit perut, memang aku tak makan banyak.


Lunch hari pertama.
Makan sikit je sebab tak larat. Hukhuk.


Minam potang. Kuih sagu ni sedap tapinya aku tak larat.
Eh asyik asyik tak larat kan, hehehe makan sikit aje. 


Makan malam. Pon sikit je. 
Mak aku makankan hehehehe.


Ni lauk last ada kat hospital. 

Ini adalah pengalaman pertama aku duduk tido ward.
Tak pernah pun. Pengalaman baru. 
Sekarang ni aku sangat fobia makan AYAM.
Aku syak ayam dalam sup yang aku makan tu bermasalah.
Eii takut aku. 
Ayam kan ade virus salmonella kalau tak dimasak dengan betul.
Aku sanggup makan udang atau ikan dari ayam. 

Sekian. Tatatatatata.

p/s : Ngantuk ni. Tadi makan kenyang sangat :p



Tiba-tiba

Tiba-tiba.

Ada orang menyentap.

Kita tegur, dibuat derk. 

Okey takpa.

Saja nak cakap.

Bumi ni bukan besar mana pun. 

Bumi ni bulat sebulatnya.

Pusing-pusing jumpa jugak.

Ni kes hari-hari pun berjumpa. 

Malas nak layan hal remeh temeh ni.

Lagi satu. 

Berkaitan dengan ikatan silaturrahim ni,paling penting.

Janganlah ada tercuit. Tak elok. Kena jaga itu.

Aku cuma pelik. Apa salah aku?

Kawan-kawan ni kan. Bila susah cari kita.

Bila senang tak peduli kita.

Lumrahnya.

SABAR

*baik makan laksa. Laaaaaaaaaaaaaaagi sedap.
Laksa depan mata aku ni hehehe. Panas-panas lagi.
Pekat pulak tu. Telur sebiji. RM 3.00 je



20 January 2015

Mee Goreng Legend

Hai semua. Alamak pasal makan lagi. Hahaha takde modal dahla nak up. Tapi kalau pasal makan-makan banyak modal aku nak up buat entry.

Kali ni nak cerita mengenai satu kedai makan popular kat kampung nenek aku. Kampung nenek aku terletak di salah satu daerah yang berada di dalam negeri Perak. Sempadan Selangor. Cukup sampai situ hint dia hehehe. 

Menu popular ' Mee Goreng'.

Kedai ni memang dah lama. Lama gila. Sejak aku lahir dah ada dah kedai ni. Anak ownernya ada sebaya aku dan juga sebaya adik perempuan aku. Aku sekelas dengan anak ownernya hehe. Kedai ni jugak jadi port mengopi orang kampung pada waktu petang hari sebab buka waktu petang pukul 3 sampai malam pukul 10.00 malam. 

Dulu kedai ni kat tepi padang. Tapi sejak padang tu dibesarkan, owner dah meniaga kat depan rumah dia. Dia besarkan depan rumah dia. Memang lagi senang la aku nak pegi kedainya. Hihi dekat je ngan umah nenek aku. Aku siap ajar dak apple makan kat sini. Dia pun dah jatuh cinta dengan mee goreng kat kedai ni. Asal lalu je, kalau tak makan lagi mesti nak singgah. 

Sabtu haritu dak apple baru kebah demamnya. Petang tu dia ajak pegi makan. Nak hirup sup-sup katanya. Kebetulan nak balik kampong, aku terus ajak dia ke sini. Dak apple makan laksa. Aku makan mee goreng. Ermm nyum nyum. Sedap. 



Rasanya masih sama macam dulu-dulu.
Dulu-dulu masa tahun 1997-1998, RM 2.50 sepinggan. 
Sekarang rasanya RM 3.00 ke RM 3.50 aku tak ingat sebab bukan aku bayor haha.

Mee gorengnya cukup rasa, tak pedas sangat.
Dalamnya mesti ada tauge, sawi, ayam, cekodok, tauhu.
Perah pula limau kasturi. Memang meleleh makan panas-panas.

Ni tengah menaip pun nak lagi apa crita. 
Hahahahaha.


Okeylah, tu aje. Lain kali cerita lagi.
Dah nak dekat pukul 5 dah rupanya.


Tatatatata


19 January 2015

Aku Tanya Pekaboo?

Assalamualaikum dan hai semuaa. Aku tanya apa kabar????? 

Heheheh. Bertuah lah lagu 'pekaboo' malam tadi. Serius masa aku tengok pon aaaaa okey Joe Flizzow dan Sona One menang. Ohh okey. Mungkin lagu ini ada keistimewaan yang tersendiri dan juri pilih lagu tersebut. Rupanya lagu tu mengingat Joe dengan Malique masa zaman Too Phat. 

Shila Amzah dapat nombor dua dan Dayang Nurfaizah dapat Nombor 3 siap rangkul Vokal Terbaik. Mojo paling best, dapat Persembahan Terbaik. Terharu benar lihat persembahan tu. Edry KRU ambil Caliph Buskers untuk menggantikan penyanyi asal lagu Roman Cinta tu. Rupanya Caliph Buskers ni selalu Busking di depan Sogo dan Jalan TAR.

Yelah, mereka semua istimewa.

Aku jarang tengok anugerah-anugerah ni tapi dah takde benda nak dilayan. Tengok jugalah walaupun kejap-kejap Qu Puteh, Qu Puteh, Qu Puteh. Dak apple pun menyirap je bila aku buat eksyen jari kat pipi sambil menyebut Qu Puteh, barulah putehh gitu. Hahahahaha.

Cepat-cepat letak jari kat pipi. Layang-layangkan di dagu tauuu.




Hehehe

#sayataknakputeh
#sayabersyukurdengankulitsaya


Keranamu Apple

Apple. 

Dua tiga hari ni heboh diperkatakan tentang apple. Bukan dak apple my darling tu ya. Hehehe. Tapi dua jenis buah apple yang dikatakan dicemari bakteria 'listeriosis'. Apple jenis Granny Smith & Royal Gala dari California. Jadinya penjualan dua jenis buah apple tersebut telah ditarik balik daripada pasaran di Malaysia dan beberapa buah negara lain. 


Royal Gala


Granny Smith

Memang takde kes lagi kat Malaysia ni. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, memang kena tarik balik la penjualannya kan. lagi-lagi ada kematian di Amerika Syarikat dan Kanada.

Aku, memang suka makan apple. Aku tak suka apple hijau sebab masam.  Lepastu royal gala ni memang aku suka dan selalu jugak makan. Kalau ke jayen beli barang dapur, tangan laju je capai buah apple. Royal gala kan rangup dan juicy. Selain daripada Royal Gala ni, aku suka juga ambil Apple New Zealand yang dah siap packing satu plastik tu. Geram je tengok buahnya merah tu. Bila balik umah, sambil tengok tv ngap ngap buah apple dengan dak apple. Dia pun suka buah apple jugak. Tapi kat umah kami, memang ada je stok buah-buah. Dua-dua pun gila buah. 

Untuk semua, berhati-hati ya membeli apple. Nampaknya aku kena berhati-hati kalau nak minum jus apple ni. Stop kejap jus apple asam boi bagai-bagai tu hehehe.

Take care semua. 





15 January 2015

Selamat Pagi

Hai semua. Kurang aku update entry minggu ni. Entah, tak tahu nak update apa. Tapi aku hari-hari blogwalking tau. Hari-hari juga aku mengomen. Cuma aku je malas nak update. Hihihi. 

Gambar banyak je dalam henpon ni ha. Tapi bila malas menguasai. Memang malaslah jadinya. :p

Pagi tadi aku breakfast ini. 

Bihun goreng daun pisang RM 0.80 je uols.

Bihun goreng ni simple giler. Dalamnya ada kobis dan sawi. Atasnya ada fishcake. Walaupun simple begini tapi rasanya cukup rasa. Aku kalau pepagi tak tahu nak makan apa, memang aku singgah tepi jalan beli bihun ni. 



Tengok pun simple kan. 
Tapi yang penting sedap dan bukan alakadar sangat bihunnya. 

Korang, breakfast apa pagi ni?




12 January 2015

Kemonnnlah kemonnn kepop

Nah.

Hahahahahaha.
Agak-agak, dak apple pun begini kan. :p
i like. tall, dark n hensem haha

p/s : Agak terkejut juga yang pasal kepop eskrem pop tu. Sorrylah aku tak minat pon pasal kepop eskem pop tu semua. Semalam pun dak apple tunjuk dekat aku video tu. Cehh. Dah peluk sekali, nak lagi. Adeyyy tepuk dahiku. Teringat pula pada sepupu-sepupu BBNU aku tu. * baca Budak Baru Nak Up

Punya lah minat kepop bagai ni. Sanggup ni tercongok depan tv. Haraplah sepupu-sepupu aku tu tu tidak begitu.

Bab yang panas dan hangat tu, malas nak ulas. Dah beso panjang kan. Sebelum buat pape fikir dulu ya hadek-hadek hakak sekalian. Minat pun minat juga. Cuma kita kena tahulah batasnya. Tatatatatata.




08 January 2015

Gulai Telor Ikan Mayong

Hai semua. Selamat tengahari. Cerita pasal makan lagi. Hehehe.

Minggu lepas kan aku balik kampong. Mak aku ada beli telor ikan mayong atau ikan bagok orang cakap. Kalau dekat Sg Besar sana tu, memang selalu ada telor ikan ni. Aku tak tahu mana mak aku dapat bende ni. Aku penah makan, nenek selalu masak. 

Rasanya macam telor ayam. Tapi bila buat gulai, rasa lemak-lemak. Lepastu yang best, dia meletop-letop di dalam molot kita. Auchhh sedap sangat uols.

Orang kata buat asam pedas pon sedap. Nenek aku pula biasanya dia buat gulai lomak aje. Pedas-pedas. Aummmm.

Dak apple tengok aku makan ni, kerut-kerut dahinya. Bila aku offer, nak ke. Cepat-cepat dia menggeleng kepala. Dia memang jenis tak makan benda eksotik ni. Tapi pekasam dia makan pulak!

Cis, teringin pekasam lak aku hujan-hujan ni hahaha.


Ni kira makanan eksotik la kan? hehehehe.


Yang ni separuh masak punya macam Kak Suria Amanda cakap hehe
Sedap jugaaaaa. Nyum nyummmm


Korang, penah makan? 


06 January 2015

Berkelah Di Pantry

Hai semua. Dah setat lah cerita pasal makan aje ni. Tadinya opismet aku, Kak Paghah siap whatsapps dalam group. Katanya lunch nanti jangan keluar, dia masak. Siap awal-awal bagi menunya iaitu gulai lemak labu, ikan goreng, salad telur. Sambal belacan je takda sebab cili habis. Katanya. Aku pun volunteer nak beli sambal belacan kat cafe bawah opis ni. 

Time lunch, turun pantry technic dept. Tengok menu, auwww sedapnyaa. Kelip-kelip mata. Hahahaha. 


Gulai lemak labu. 
Sedapnyaa. Makan panas-panas.
 Macam mak aku masak. Labu empuk dan lemak manis. 
Ada daun kunyit macam biasa. 
Tapinya Kak Paghah buh serbuk kunyit sikit.
Kalau mak aku, gulai lemak labu kaler putih je. 

Gulai lemak labu begini gu dia adalah sambal belacan lembik, 
dan juga ikan goreng. 
Aku pun turun pegi beli sambal belacan dan sedikit ulam ulaman. 


Amacam, rasa terliur tak melihatnya?
Hehehe aku macam biasa, dua kali tambah hehe.
My fav ni. 

TQ Kak Paghah kerana rajin memasak dan membawakan kami bekalan yang sedap-sedap. Siap nasik pun ditapaunya juga. Semoga dimurahkan rezeki ye kak. Next time, buat potluck pulak. Hehehe camtula kitorang kat sini.Ada geng makan-makan, semua suka makan. Kalau aku dapat tukar office nanti, mesti aku akan merindui semua ni. Mesti punya. 

Korang, suka gulai lemak labu tak?



Header Baru

Hai.

Perasan tak header dah tukau baru hehehehe. Sebenornyer cadang nak mekap belog ni dekat seorang blogger. Tapi aku plak busy tak sempat lah nak draft macam mana konsepnya. 

Konsepnya nanti dah bertukor. Hehehe. Lebih matured, tiada la pink semua macam dolu2. Hahaha. Kalau dulu semua benda alah taruk pink. 

Tapi rasanya tengah-tengah tahun nantilah tukar. Sekarang ni masih lagi begini. 

Simple, clean dan tak semak. Pada pandangan mata aku lah.

Ke ada yang rasa semak sikit? Mohon bagi pandangan :)

Gambor plak recycle je guna gambo kawen. Dah tu je yang ada dalam PC ni hehe. 

Okey tu je update untuk setakat ni. Nampak sangat pemalasnya ye hahahahaha :p

Bye. Nanti sambung.


05 January 2015

2015

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entry kedua untuk tahun 2015 ini. Sebenarnya aku malas nak update musim cuti-cuti haritu. Hehehe. New year aku dan suami tak kemana-mana. Masak kat rumah, balik rumah mak ayah aku dan terus ke kampong nenek aku.

Kat kampong nenek aku memang tak delah nak update bagai sebab line internet mak aiiiiii teruk gila. G sentiasa yer. Makanya henpon kitorang terperuk terperam dalam henbeg. Whatsapps boleh, lepas. Tapi engko nak berpesbuk, blogging bagai rentikanlah. Tu yang senyap je tu.

Kendian, hari Jumaat kitorang jalan-jalan kejap. Kepam plak rasa terperuk hehehe. Bawak Zara jalan-jalan, terlapar pula tetiba kaki terjejak Resepi Rehsiaaa. Nyampah. Boleh gemok lagi cenggini.

Ada kek baru. Makan kek baru kat situ. Chocolate Brulee namanya. Memang sedapp.
I like.


Sikecik ni tak nak duduk dekat kerusi baby.
Nak duduk dekat kerusi biasa pastu kuat makan kek. 
Cium kuat-kuat baru tahu. Hehehe.


Berbalik pada cerita tahun baru, serius tak sangka kejap aje dah masuk tahun 2015. Dah 5 hari berlalu. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga segala impian aku tercapai pada tahun ni. Hehe. banyak juga yang ingin aku capai tapi ia tersimpan kemas di dalam hati.

Okey tu jelah. Aku agak malas nak update sekarang tapi aku cuba. Sehari satu entry.

p/s : Cepat pukul 5. :)



04 January 2015

Testimoni #Glamoskin

Hai semua. Haritu saya ada buat entry tentang produk Glamoskin. Klik SINI untuk entry tersebut.

Setelah mencuba selama beberapa minggu. Wahhhh memang best. Kulit muka banyak sangat perubahan.

Haritu ada pegi laut lagi. Pegi Port Dickson lagi berjalan meronda. Memang gelap la muka sebab terik time tu. Sunburn lagi. Lepastu ada plak jerawat kat dagu + jerawat halus kat bawah mata.

Sebenarnya kulit muka saya tak de problem sangat cuma tula jerawat halus tu ada je. Yang jerawat nasik tu.
Bila cuba je Glamoskin tu. Perlahan-lahan jerawat nasik tu kurang. Jerawat cepat kecut dan paling best tak payah edit edit dahhh hehe.


Guna dua ni saja tau. 
Glamoskin Cleanser dan Glamoskin Collagen Gell


Sebelum.
Muka sunburn wuhuu.
Ada jerawat halus lagi tu.

Selepas hampir 3 minggu penggunaan produk Glamoskin ini.


Tak payah make up tebal.
Tipis aje. Dah hilang sunburn dah. 
Jerawat halus pun dah kurang.
Kulit muka rasa tegang tau. 

Berbaloi-baloi.

Berminat?

Ni antara kelebihan produk Glamoskin ni.

GlamoSkin Cleanser

Pencuci GlamoSkin ini menggunakan teknologi terbaru dalam pembuatan kosmetik.
GlamoSkin Cleanser ni bukan sahaja mencuci, tapi mampu mencerahkan tona kulit dengan sekata. Baunya fresh je dan ringan sangat. Buih pun tak banyak. 
Semalam dah cuba, wahhh lepas guna memang terasa segar je. 
Pencuci ni jugak membantu proses penyerapan collagen gel 
supaya kesannya lebih cepat.

Antara kelebihan produk GlamoSkin ini dengan produk lain antaranya :

1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi dari ekstrak tumbuhan
2. Paduan Teknologi Nano dengan bahan aktif Niacimade PC dari Korea
3.Bebas Merkuri dan Hydroquinone
4. Perbezaan ketara selepas 30 hari pemakaian



GlamoSkin Collagen Gel

Yang ini paling best. Collagen Gel.
Bila sapu je dekat muka, sejuk je rasa.
Collagen Gel ni mampu membaiki kulit kita supaya lebih segar,
tegang dan cerah berseri. Cuba juga sapu dengan gel ni.
Memang terasa lembut je kulit muka. 

Ini pula kelebihan Collagen Gel ini.

1.Collagen Gel pertama di Malaysia sebagai altenatif penggunaan krim.
2.Menggunakan teknologi Korea yang canggih dan menggunakan formula terbaru Niacinamide PC buatan Korea
3. Membaiki DNA kulit
4. Mengawal minyak
5.Mengecilkan liang pori
6. Memutihkan 
7. Menghilangkan pigmentasi
8. Kesan seawal 4 minggu
9.Harga mampu milik 
10. Mencegah kesan buruk sinar UV pada kulit

Menarik kan.

Harga Asal produk ni

Glamoskin Collagen Gel : RM 120 / RM 130 SS
Glamoskin Cleanser : RM 80.00 / RM 90.00 SS
Set : RM 200.00 / RM 220.00 SS

Tapi sekarang ni ada diskaun.
Sempena Launching Promotion Price:

Glamoskin Collagen Gel : RM 90.00 / RM 95.00 SS
Glamoskin Cleanser : RM 70.00 / RM 75 SS
Set : RM 150.00 / RM 160.00 SS

Untuk maklumat lanjut boleh klik disini.

Facebook : GlamoSkin

Untuk link Testimoni Klik SINI

Untuk link Video Testimoni dari Korea Klik SINI

Sekian, terima kasih.