26 March 2015

Baju Ayah


Haii. Busy skit sekarang. Menyesuaikan diri dengan tittle omak2 ni hehehehehh.

Aritu Adra rindu ayahnye. Kot hehe. Kebetulan baju ayahnya ada tinggal tersangkut kat bilik. Cium2 bau perfume hihi. Terus mak kata selimutkan dia. Nyenyak dia tidur. Petua orang tua kata mak. Baju ada bau lagi. Hehe. Tapi wangi tau hihi.


Bukan Adra je rindu ayah ni.
Mamanya pun lahai. Hahahaha.

Ayah cepat balik tau. 

P/s : Alhamdulillah making sihat dan kuat. Syukur.


23 March 2015

Berpantang #myadra

Assalamualaikum dan hai. Selamat pagi uols. Best tak keje harini. Monday blues tak? Hihi. Sementara Adra tido ni, baru bole update blog. Kalau tak memang takde lerr nak pegang henpon ni. Dulu cas sehari 3,4 kali. Skang ni sehari sekali hahahaha. Best. Tumpu pada baby.

Sekarang aku berpantang kat umah mak ayah aku. Nanti habis pantang baru kerumah mertua. 'Dalam hari' ni mak mertua tak kasi jalan jauh. Ingat nak juga pantang disana separuh kan. Tapi mak aku kata takpalah. Mak jaga. Adik aku pun bantu jaga. Bak kata dak apple. Kita ni newbie mama ayah hihihi. Banyak orang bantu. Aku pun baru rasa segar ni.

Urut mengurut dah selesai haritu. 3 hari.

Rutin harian aku. Pepagi subuh sepie dah mandi. Pastu ngepam.

Kemudian bertungku. Berbengkung. Haritu maktam aku yg pakaikan bengkung lilit2 tu. Tapi skang aku pakai sendiri. Breakfast kopi o panas + biskut lutut.

Lepastu susukan si Adra. Dia dah tido. Aku makan plak. Menu masa awal pantang. Luka tak baik lagi. Mak aku kasi makan nasi panas + ikan bilis bersama bawang putih digoreng tanpa minyak.


Nasibla aku memang suka bilis. 
Kadang mak taruk lada hitam. 
Alhamdulillah Adra takde kuning.

Untuk luka. Aku takde taruk apa. Cuma makan limau sunkist dua biji sehari. 
Alhamdulillah bertambah baik. 


Dah lama sikit baru mak aku bagi ikan bilis goreng dengan minyak. Sedapnyaa. Hehehe ni paling aku suka.
Tak sabo nak timbang berat.

Korang tau berapa berat aku masa preggy? 
Haha malu nak kabo.

85kg uols.
Walopon tak nampak gemok. Tapi hanya aku je tahu betapa beratnya aku nak duduk bangun. Hihihh.

Untuk set bersalin. Aku pakai NR @Nona Roguy.

Best pakai semua produknya.
Nanti kita review. Aku ngantuk beno nim tatatata

20 March 2015

Resepi Mee Maggi Kari Ketam Nipah

Hai semua. Amboi kemaen betul tengah dalam pantang pulak aku update resepi maggi ketam ni. Sebenarnya masa pregnant,aku teringin nak makan maggi ketam. Dak apple kata buatla sendiri. Puas hati. Beli mahal sampai semangkok dalam RM 40 + + . Tapi aku malas. Camneee haha.

Ingat nak ajak dak apple makan kat Slero Di Timur Ayer8 tu tapi tak berkesempatan nak pegi situ. Ermm takpela buat sendiri.

Satu hari pada pagi hari minggu. Kitoram pegi paso. Nampak orang jual ketam nipah hidup lagi. Pergh ini sudah bagus. Bole buat maggi ketam nih. Yihàaaa. Dua ekor ketam nipah RM 15.00.

Petang tu buat. Resepi campak-campak jer.

Mee maggi ketam nipah

1 bungkus mee MAGGI perisa kari
4 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
Segenggam tauge
Daun bawang
Cili merah
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Seekor ketam nipah

Mula-mula tumbuk cili,bawang merah,bawang putih. Tumis bahan tersebut. Dah naik bau,masukkan ketam nipah. Masukkan air. Masukkan perencah mi maggi kari ( tak payah masuk garam sebab perencah ni dah masin tapi kalau nak letak boleh je ) . Kacau sebati. Masukkan sos cili dan kicap secukup rasa. Perahkan limau kasturi sebiji. Masukkan mi maggi. Masukkan tauge dan daun bawang. Siap. Hidang dan hias.


Alamakk terliur.
Ada rasa masam,manis ketam,pedas.
Perghhh. 

Tunggu habis pantang ni. Nak buat jugak. Hehehehe.

Selamat mencoba.







18 March 2015

:)

Dulu. Hidup bujang.

Kemudian, hidup berdua. Ada cinta yang melengkapkan.

Sekarang, bertiga bersama-sama buah cinta.

Cukup cantik perancangan dariNya.

Bila kurenung si buah cinta, ada satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Meskipun masih dalam kesakitan, tapi bila memandangnya sakit itu jadi reda.

Pernah sekali bila sakit tiba, sang cinta merenung aku.

Lama.

Bila aku tanya, mengapa pandang aku begitu.

Dibalasnya begini.

Kasihan. Kalaulah sakit itu boleh dipindahkan. Rela rasanya.

Allahuakbar. Tak perlu. Aku gembira diberi sakit ini. Sakit yang nikmat. Sakit yang menghapus dosa-dosa aku.

Sang cinta. Terima kasih. Tidak jemu menjaga aku dan buah cinta. Walaupun dibantu keluarga aku. Aku bahagia melalui detik-detik indah ini.

Walaupun makan nasi bersama bilis. Dibengkung. Dipilis. Diurut. Ditungku. Aku suka. Pengalaman baru aku bergelar ibu.

Nanti aku cerita. Syndrome baby blues masih berleluasa. Hehe.

Tidur sebentar. Kejap lagi Adra mesti bangun. :)


13 March 2015

Pengalaman Bersalin #MyAdra

Assalamualaikum. Awas entry ni panjang gila. :p. Tanak baca. Komen terus. Hihi.

Baby tengah tido. Jadi baru buat entry ni. Aku sebenarnya start cuti awal sebab anak first ni kita tak tau bila kluarnye kan. Awal ke lambat ke aku memang nak cuti awal. So. Bincang ngan dak apple. Aku start cuti masa preggy 37weeks. Masa tu aku dah start rasa pelvic pain. Bayanglah nak naik tangga opis yg 60 anak tangga @ 3 tingkat. Tak lalu rasenyer dengan boyot2 nih. Hihi. Aku duduk ngan family aku sebab nak bersalin dekat ngan umah mak aku je.

Masa cuti waa best kot duk umah. Layan anak buah anje aku si Zara tu. Dak apple standby jer kot aku nak terberanak kan. Hari berganti. Ramai yang due date sama dah bersalin. Hihi nebes mula terasa. Contractions pun ada tapi ala2 palsu @ braxton hicks.

Sepanjang cuti tu dak apple selalu bawa berjalan. Ikut dia jogging. Aku jalan jela hehe petua org kata nak mudah bersalin kerap berjalan. Tak dinafikan :).

Pastu dak apple layankan aku nak makan apa. Makan kenyang2. Tq suami. Last ngidam nak maggi ketam nipah. Aku buat sendiri. Resepi menyusul haha sempat lagi.

Bila masuk 40 weeks jatuh pada hari Ahad. Subuh ahad tu aku mimpi dalam class. Aku nak duduk lepastu sakit pinggang belakang. Mengaduh sakit pastu aku terjaga bila dak apple kejut n tanya sakit ke?

Aku bangun dan ternyata sakit pinggang macam nak patah nak tercabut ahh sume ada la. Aku bawa mandi. Perut mengeras. Baby punya movements makin kurang tapi mengeras jer. Lepas mandi. Breakfast. Sakit kurang. Mak aku cakap ni awal2 sakit ni. Kalau makin kerap pegi hospital.

Pagi bawa ke tengahari perut makin kerap mengeras. Contractions dah mula sikit-sikit. Lunch tu mak masak sedap2. Aku bab makan jangan cite ah. Lalu lagi haha. Bila petang bawa ke malam asyik ngeras jer. Dah takleh jadi. Dak apple bawa aku pi spital. Buat CTG. Cek jalan baru 1cm. Doc suruh duduk ward jer. Sampai bersalin.

Masa kat wad pemerhatian Labour Room. Katil aku kat sebelah seorang ibu yang babynye IUD ( meninggal dlm kandungan 36weeks ) sedihnya tengok. Doc n nurse tumpu pada dia. Aku pun masuk ward. Al Fatihah untuk anak syurga itu.

Hari isnin. Pagi. Aku ada rasa sikit contractions. Doc pakar kata kalau tak sakit kuat lagi. Hari selasa pecahkan air ketuban kalau perlu.

Bila bawa ke petang. Sakit sikit-sikit. Cek jalan baru 2cm. Aku kerap2 jalan dalam ward tu. Jumpa kawan baru. Sambil borak2. Tengok baby orang.

Malam pukul 9. Tetiba contractions datang makin kerap. Kerap dan kerap. Sakit tu tak taula macam mana nak cakap. Kejap dari belakang. Ke depan. Kejap dari depan. Istighfar sambil Lailahailaantasubhanakainnikutumminazzolimin. Mulut kunyah kurma. Dengan air kosong. Pejam mata menikmati sakit bersalin yg indah ni. :) Lepastu baring terlentang jap. Baby kerap sangat mengeras.

Baring ngiring pon tak mampu sebab sakit. Tapi nurse kata klau ngiring lagi sakit lagi bagus. Okey aku ngiring.

Bila pukul 11.30 malam. Makin kuat. Cek bukaan  3cm. Erkk sakit kuat pun still macamtu bukaan. Nurse kata pegi tido. Selawat banyak2. Minum air ke. Makan roti ker. Aku buat milo + marjerin. Petua kate orang. Ahh belasah banyak2 milo tersebut. Roti tak lalu telan. Mak call. Dak apple call. Adik call aku tak jawab. Sebab sakit sangat. Sangat. Sangat. Allahuakbar.

Bila pukul 2 pagi. Aku rasa nak terberak. Nak terkencing. Rasa nak teran tapi teran dia lain machiam.. Aku baring pastu bangun. Masuk toilet dekat 10x. Tetiba 2.30 rasa nak teran. Alamak ini nak beranak ke ape ni. Laju aku bangun. Terus pegi dekat nurse. Nurse tolong la cek bukaan. Merayu la aku hihihihi.

Bila cek haaa 7cm. Nurse terus cakap pegi amik baju baby. Napkin. Kelengkapan perlu kat katil. Call husband. Sambil tu diorang tolak wheelchair. Aku call mak aku suruh kejut dak apple datang spital. Dah 7cm ni. Dekat atas katil labour room tengok jam 2.45am. Aku merayu lagi dekat nurse saye nak teran sangat. Tolonggggggggg. Allah swt.

Nurse cek jantung baby. Dah kebawah sgt. Aku tak tahan nak teran aku teran tetiba zusssssss air ketuban pecah. Panas je rasa. Terkena muka nurse. Alamak sorry nurse. Aku teran lagi. Nurse kata sikit lagi kepala dah nampak. Ohh bila dikata dah nampak kepala. Lagi semangat lipan bara datang. Tutup mulut. Amik lajak. Tarik nafas. Pushh. Keluar kepala.

Nak keluar badan lak. Nurse2 Spital tu sgt support dengan tangan2 sekali. Malam tu aku sorang je nak branak. Aku teran lagi sekuat hati aku tetiba PLUPppppppppp badan baby kluar. Terus nanges. Nurse sebut Alhamdulillah. Aku raut muka. Syukur Alhamdulillah. Tengok jam tepat 3.00am. Uri keluar 3.10am. Allah swt permudahkan semuanya. Terima kasih yang mendoakan.

Nurse kata suami awak dah datang tengah azan baby. Dia tak sempat tngok sebab tak sangka aku bersalin cepat camtu. Padahal rumah ngan spital 5 minit je. Takde rezeki. Next lah. Haha.

Proses jahit sume pukul 4 kot siap. Masa jahit baru doc sampai. Sembang ngn nurse n doc yang jahit. Tapi sakit ye jahit. I is ngiluuu. Tapi lega lah bila dah keluar.

Dah siap jahit. Diorang letak baby kat sebelah. Allah menitik air mata. Baunya wangi. Muka macam ayah dia. Hidung sebiji ayah. Tapi jantina macam mama hihi. Dia diam je. Pastu uwek. Satu perasaan yang sukar digambarkan.

Tolak masuk ward. Nampak dak apple. Senyum kat dia. Dia senyum meleret sambil iring aku n baby.  Rehat sambil pandang anak. Hilang semua sakitt. SubhanaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Pengalaman yang manis. Sakit bole ilang. Tapi rasa sayang pada anak tu menebal rasa.

Terima kasih buat semua. Makayah suami keluarga termasuk kawan3.

Terima kasih jugak doctor2, nurse2 ,PPK di Ward 3 & Labour Room.

Maka. Tamatlah kisah bersalin aku. Panjang tak? Banyak stop ni sebab Adra merengek hehehe.


Ni 3 ari sebelum beranak.
Sempat lagi makan kenduri hihi.

Nanti cita pasal preggy. Macam panjang. Hehe.



Hai !

Assalamualaikum. Harini cite pasal Adra lagi lah. Hihihihihi sorry ya.

Dah ada anak, update anak la plak. Kalo tak asyik omak apak eh yang nempel.

Ingatkan nak update pasal bersalin. Tapi taip taip tak abes hahaha. Lagi plak update guna phone jewwwww. Tu postpone dulu la.

Semalam aku gi bawa Adra ke Klinik untuk cek kalau ada Jaundice. Lagipun aku dahler darah O+. Kemungkinan dapat kuning tu tinggi. Ayahnye B+.

Alhamdulillah takde kuning. Nanti lagi seminggu ulang lagi test darah.

Belanja satu gambo Adra.


Hihi. Muncong tuu. Tarik tau la.

Sebenarnya rasa macam tak percaya jer dah ada anak. Kadang sembang ngan dak apple sambil renung muka anak. Sengih sesama tak caye.

Inila baby yg aku kandung 9 bulan 1 hari. Overdue sehari :p
Dulu tengok dan rasa je dia berombak sambil gymnastic berirama dalam perut. Skang dah ade depan mata. Rasa takmo tido nak tatap dia hihi.

Seronok gak pantang ni. Iman maseh kuat lagi tengok makanan haha.
Pepagi dah berbengkung sume. 

Nanti cite lagi. Macam bese. Adra sudah bernyanyi-nyanyi mamaayah mamaayah




12 March 2015

Assalamualaikum Dunia :)

Bismillahhirohmanirrohim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur.

Lahir sudah puteri kami.

Mama dan baby sihat.


Kiri - Scan 26 weeks
Kanan - 2 hari

2.87 kg
3.00 am
Normal

Macam muke sape? Hihi


Korang bole panggil , Adra.

Maknanya Keberanian.

Tak terungkap rasanya bila dapat cium dia. Masa bersalin pun dipermudahkan oleh Allah swt.

Nanti kita cerita panjang lagi tau. Bukan nak rahsia tapi saje nak surprise. Banyak nak cite especially pengalaman masa mengandung.

Hehe

Babai, Adra dah nangis nak mama. :)